Terkini

Usul singkir perdana menteri, bukan seperti main guli.

YB Wan Azizah kena bertindak sebagai Ketua Pembangkang.Usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, beliau kena kemukakan. HAL ini perkara serius.

BUAT kata Lim Guan Eng, ini bukan seperti main guli.
____________________________________________________________________________________________

Hari pertama sidang Parlimen hari ini menyaksikan perpecahan dalam pembangkang mengenai usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini susulan arahan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu ahli parlimen PKR Hee Loy Sian menarik balik usulnya mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Batu Tian Chua mempertahankan Hee atas alasan wakil rakyat PKR itu mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, Lim berkata isu penting seumpama itu seharusnya perlu dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Jika kita mahu singkirkan Perdana Menteri, ia tidak seharusnya dibuat oleh Ahli Parlimen biasa, sama juga yang berlaku di luar negara.

"Ini bukan permainan seperti main guli.

"Jika kamu mahu merendahkan kepentingan usul itu dengan main guli, silakan,’ katanya sambil menambah bahawa DAP tidak akan menjadi sebahagian daripada langkah berkenaan.

Sumber mk.

0 Response to "Usul singkir perdana menteri, bukan seperti main guli."

Post a Comment