MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Insafilah bahawa PAS itu bukan agama- Profesor Agus.

Profesor Agus Tegur Penyokong Tegar PAS Yang Taksub..!!
PAS bukan agama malah ia hanya sekadar sebuah parti politik yang ada kelebihan dan kekurangannya.
Perkara itu dinyatakan penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menasihati penyokong tegar parti itu supaya tidak keterlaluan menghukum seseorang yang mengkritik parti itu.
Katanya, penyokong PAS tidak seharusnya menganggap orang yang menegur PAS itu telah terkeluar dari Islamnya.
“Nasihat saya kepada penyokong tegar PAS, jangan menganggap orang yang menegur PAS itu sebagai telah terkeluar dari Islamnya. Insafilah bahawa PAS itu bukan agama.
“Tetapi janganlah sampai kepada kita mencarut atas nama perjuangan Islam untuk mencari keredhaan Allah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.
Jelasnya, sikap sesetengah penyokong tegar PAS yang suka melabel orang dan mencarut dengan hal-hal yang tidak perlu akan menjejaskan parti itu.
Katanya, PAS perlu mendakwah secara berhemah jika mahukan sokongan tanpa perlu menuduh sesiapa mengkritik parti itu adalah mempermainkan ulama dan menolak Islam.
“Cumanya saya terkilan apabila ada yang mengaitkan tulisan saya itu sebagai saya menolak Islam, mempermainkan ulama sebagai pewaris Nabi.
“Terlalu mengejar kuasa dunia sehingga lupa dosa pahala, bersekongkol dengan orang kafir, telah diupah untuk menulis cerita yang tidak benar tentang ulama PAS, dan tidak istiqamah dengan akidah perjuangan Islam,” jelasnya.
Ini susulan kenyataannya semalam yang menulis mengenai perbandingan profil parti itu dahulu dan kini.
“Dahulu meraikan perbezaan pendapat, sekarang alergik kepada pendapat berbeza. Menentang pandangan ulama adalah sifat syaitan, kata seorang pemimpin pas katanya..

6 Responses to "Insafilah bahawa PAS itu bukan agama- Profesor Agus."

  1. Pas ternyata parti yg penuh dgn broka dan barua..
    Kahkahkah
    Ingat pas,ingat umno,mca,mic

    ReplyDelete
  2. Memang PAS bukan agama..saya akui itu.. tapi wpun bukan agama kami tetap x sanggup menolak hudud sbgaimana parti yg lain..itu je nak habaq...

    ReplyDelete
  3. anan 8.02 setakat hudud je nak yang lain lain tolak tak guna juga. yang terlalu banyak cakap bodoh barua dan seumpamanya lebai parti pas le.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Bila hudud pun boleh dikategorikan 'je', apa lagi yg boleh kita harapkan pada balaci DAP utk memertabatkan islam.. terutama jika islam yg menurut amalan Rasulullah saw yg termasuk hudud.. kalau yg menurut amalan TGLGE plk pasti x nak ke hudud!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punya la bangsat hg ni,parti hg sendiri pun tolak hudud..
      Kahkahkah
      Sekarang dah jd PASIK.pas+ikatan,
      Dua2 besetuju utk tolak hudud..
      Tu la,makan taik banyak sgt

      Delete