KENYATAAN MEDIA: SELAMATKAN MALAYSIA!
' Dan hendaklah ada di kalangan kamu suatu golongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang orang yang beruntung'.
Surah Ali Imran 104
Negara kita berada dalam situasi buruk, ekoran ketidakstabilan politik dan ekonomi. Rakyat sedang menanggung akibatnya.
Gagasan Selamatkan Malaysia adalah usaha menggerak dan menggembeling tokoh tokoh politik, agamawan, cendekiawan, NGO dan aktivis masyarakat tanpa mengira latar belakang politik, agama dan bangsa; bagi mengembalikan Malaysia yang di kasihi, menjadi negara yang dihormati, urustadbir yang telus dan dipimpin oleh pemimpin yang berintergriti.
Bagi mencapai matlamat di atas, beberapa siri program dan aktiviti dilaksana dengan tujuan berikut:
1. Meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang salah laku serta kepincangan yang sedang dilakukan oleh kepimpinan negara; maka mekanisme tertentu mesti di buat ke arah merubah Malaysia menjadi lebih baik.
2. Menggabungkan seberapa ramai tokoh politik, cendekiawan, agamawan, NGO dan aktivis masyarakat agar segala usaha yang dilakukan mendapat dokongan bersama, mengenepikan agenda peribadi; bagi mencapai natijah yang diharap harapkan iaitu negara Malaysia yang diperintah secara ADIL dan BerAMANAH.
Adalah dipertegaskan, mempertahankan Islam sebagai Agama Persekutuan, kebebasan beragama,budaya dan hak bagi non muslim, mempertahan Institusi Raja Berperlembagaan, melindungi kedudukan Bumiputra dan memertabatkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa resmi, adalah jelas dan mesti dihormati seluruh masyarakat Malaysia.
Bagi memulakan gagasan besar ini, suatu pidato dan pelancaran Kempen Selamatkan Malaysia akan di sempurnakan oleh YB Dato' Husam Musa pada 27 Feb, jam 8 malam bertempat di Creator Hotel(Grand Hall), Kulai, Johor. Seluruh lapisan masyarakat dijemput hadir.
Moga usaha kita diberkati Allah.
Mazlan Aliman
Pengerusi Jawatankuasa
Kempen Selamatkan Malaysia
25 Feb 2016
Ya..
ReplyDeleteKempen selamatkan umno pula oleh hadi marang and the walauns..
Hadi jadi broka,harun jadi pencacai,nasaruddin jadi barua..
Walaun2 tempik takbir2
Sudah hampir 1 tahun muktamar PAS 2015 berlalu mana pergi agenda dan matlamat PAS? Tiada sebarang halatuju yang jelas, hanya bermusuh dengan bekas ahli sahaja kedengaran. Dr Zuhdi pakar strategi PAS juga lebih sibuk menghentam sahabat-sahabat tanpa ada idea baru untuk mengukuhkah PAS. Sebalik idea kitar semula yang dikeluar oleh TGHH. Mana perginya pakar-pakar yang menghina golongan yang keluar dari PAS satu masa-masa dulu? Mana perginya janji-janji ustaz yang akan meletakkan jawatan jika Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan? Berapa ramai hulubalang PAS yang berjaya menyerang Umno selepas gencatan tamat? Semoga kita sama-sama bermuhasabah diri dengan apa yang pernah kita ucapkan.
ReplyDeleteAdakah Dr Zuhdi telah selesai kerja selepas berjaya memecahbelahkan Pakatan Rakyat? Tiada satu idea pun yang dikeluarkan bagi menaikkan PAS seperti dahulu, sebaliknya makin ramai pula penyokong PAS yang semakin menyepi sekarang. Sebaiknya marilah kita bersama-sama menjatuh rejim Umno yang semakin hari semakin ganas menyiksa rakyat dengan pelbagai bebanan, lupakanlah sengketa kepentingan diri dan parti semata-mata. Rakyat terseksa tetapi PAS dan pembangkang sibuk dengan perkelahian yang merugikan rakyat. Ke mana arah tujuan perjuangan kalau tanpa rakyat? Berjuanglah demi rakyat Malaysia, semoga Allah memberkati perjuangan kita.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAku nak tgk berapa ramai yg akan terpedaya dgn mainan husam nih.. masa dia jadi naib presiden pas dia tutup mulut atas perkara 'balak di kelantan' diam seribu bahasa..bila dah kalah marah plk sampai sanggup merekacipta isu yg sebenarnya tidak wujud.. kerana kalau wujud pasti laporan polis sudah dibuat..
ReplyDeleteAda sape2 kat sini tahu tak?.. Pan ada perlembagaan ke idak?..
ReplyDeleteKebanyakan dari kalangan malauan2 ini tak tahu apa yang PAS buat sebab malaun2 ni tak ikut perkembangan dalam PAS, yang mereka tahu hentam saja. Nasihat saya mudah saja, kalau tak tahu baik tutup mulut dan jangan bercakap yang kita tidak tahu.
ReplyDeleteKesiannya bila tiada hujah ini sahajalah yang mampu diketengahkan suruh orang lain diam. Semoga kita semua dikurniakan Allah kebenaran dan keberkatan.
ReplyDeleteKesiannya bila tiada hujah ini sahajalah yang mampu diketengahkan suruh orang lain diam. Semoga kita semua dikurniakan Allah kebenaran dan keberkatan.
ReplyDeletePAN ada perlembagaan ke idak?? Ada ciri islam ke?? Atau ciri yg selainnya???
Deleteade live streaming x tuan sisibukit?
ReplyDeleteCukuplah tu.. dh berpisah jgn gila talak. Tunjukkan kejantanan Pan atau akan pupus sblm berkembang.
ReplyDelete