Terkini

Isu saman RM200 ribu, masa itu Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Saya telah diminta oleh wartawan bagi memberikan respon berkaitan Saman RM200K bekas Timbalan Pengerusi SPR terhadap Presiden Amanah, Hj Mohamad Bin Sabu. Berikut adalah respon saya :

1) Isu ini adalah berkaitan isu negara dan cukup merakyat. Perihal perjuangan mempertahankan kedaulatan negara (menerusi sistem pengundian yang sah) dan legitimasi sesebuah kerajaan dengan memastikan sistem pilihan raya bersih, adil, telus dan diyakini para warga. Maka tentulah tumpuan kita adalah institusi yang bertanggungjawab iaitu SPR dan seluruh penjawat jawatan penting di dalamnya.

2) Seluruh dunia tahu akan perjuangan rakyat Malaysia melalui BERSIH menuntut pilihan raya bersih dan adil. Khususnya memulihkan dan menambahbaik peranan SPR dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan sistem dan perjalanan pilihan raya. 

3) Komandan perjuangan rakyat Malaysia ini sejak awal adalah tuan Haji Mohamad Bin Sabu (Mat Sabu). Beliau ternyata berjaya membangkitkan kesedaran dan keberanian rakyat untuk turun ke jalan raya dan sekaligus berjaya menggembleng seluruh rakyat tanpa mengira kaum untuk sama-sama bertanggungjawab memastikan SPR menjalankan tugas seperti yang semua kita tuntut dan harapkan.

4) Justeru, saman bekas Timbalan Pengerusi SPR ke atas Mat Sabu ini bukanlah suatu yang memalukan kita khususnya ahli-ahli AMANAH. Bahkan saya percaya kebanyakan aktivis kebangkitan rakyat serta aktivis masyarakat sivil juga sependapat dengan saya. Malahan setiap rakyat Malaysia yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil akan bersama dengan pendirian ini . 

5) Sebab itu, kita lihat terdapat beberapa kumpulan aktivis dan masyarakat yang kini sedang mengambil tanggungjawab untuk mengumpulkan sejumlah RM200k bagi memastikan wira rakyat ini terlepas daripada hukuman muflis sepertimana yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab atau lebih tepat saya sifatkan sebagai kelompok desprado - terdesak. Percayalah rakyat tidak sekali-kali akan membiarkannya keseorangan menghadapi ujian perjuangan ini. Hj Mohamad Sabu adalah mewakili rakyat seluruhnya dan beliau kekal sebagai ikon pejuang anak-anak muda Malaysia sepanjang zaman.

6) Sebagai anak jati Sabah, isu projek IC di Sabah bagi memastikan survival BN bukanlah suatu perkara yang diada adakan. Ia krisis dan skandal yang benar-benar berlaku. Persoalan bahawa telah berlaku kepincangan urus tadbir dalam pilihan raya negeri Sabah sejak zamn Tun Mustafa, sekaligus usaha BN memastikan parti bumiputera Sabah iaitu PBS tumbang dan sekaligus memberi kesan besar dalam politik bumiputera Sabah dengan kemasukan Umno ; adalah isu besar dan tidak mungkin akan terpadam daripada sejarah hitam Sabah, termasuklah ingatan kebanyakan rakyat jelata di sana.

7) Justeru, apa yang dilakukan oleh Hj Mohamad Sabu wajar dilihat sebagai bakti dan budinya kepada negara seluruhnya, terkhusus bahkan buat rakyat jelata di Sabah. 

8) Adalah sangat jelik dan pelik melihat kelompok desprado yang bertindak seolah-olah memperlekehkan isu saman RM200k ini. Apatah lagi pada ketika itu kita semua sebenarnya sedang berhempas pulas mendesak dan memastikan SPR agar berlaku adil dan bersih dalam menjalankan tugas menjelang dan sepanjang PRU13, 2013.

9) Lebih menyedihkan, saman itu sebenarnya dikenakan pada ketika Hj Mohamad Sabu menjawat jawatan Timbalan Presiden sebuah parti (2013), dan amat malang seolah-olah langsung tiada pembelaan ke atas orang nombor 2 ini sekalipun manifestonya adalah perihal negara berkebajikan. Kebajikan pimpinan yang berhempas pulas langsung tidak diumpamakan sehinggalah kita semua dikejutkan dengan berita kemungkinan muflis ini sekiranya Hj Mohamad Sabu gagal membayar RM200k tersebut!

10) Justeru, dengan penuh rasa tanggungjawab, saya bagi pihak Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, bersama dengan seluruh jawatankuasa AWAN seluruh negara, rakan-rakan aktivis pelbagai kumpulan serta rakyat Malaysia seluruhnya akan mengambil tanggungjawab kami bagi memastikan Hj Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) bebas daripada pengisytiharan muflis sekaligus melunaskan saman RM200k itu, in shaa Allah.

Fa'iza azamta fatawakkal alalLah.
Allahul musta'an.

🅰🅰🅰
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional,
Timbalan Ketua AWAN Nasional
15 Februari 2016, 20:30

4 Responses to "Isu saman RM200 ribu, masa itu Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS."

  1. Sejak bila pulak org memperlekehkan kes saman ini..tulah Aiman, PAN dah byk buat salah yg lebih besar iaitu bwk lari kerusi PAS ..itu yg patut dimalukan.. Kami malah simpati dgn mat Sabu dlm kes saman ini wpun sy amat benci pada PAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak tak percaya pada Hj hadi dan benci Din Ayam

      Delete
    2. Lebih meyedihkan, kemenangan kerusi itu dimenangi sewaktu menjadi calon parti PAS.....amat malang seolah2 tiada langsung erti dan kesucian baiah kepada pengkhianat2 tersebut.

      Delete
    3. Istilah pengkhianat tak kena langsung.
      Jenis walaun karat,org bagi penerangan mcmna pun,duk karat jugak la.mentang2 duk mandi air kencing umno,mca,mic..
      Pengkhianat tak termasuk dalam sifat munafik.
      Sifat munafik ada 3 pekara,semuanya ada pada hadi marang..
      1- bila cakap,berbohong
      2- bila berjanji,mungkir janji
      3- bila diberi amanah,pecah amanah
      Sekian,ingat pas,ingat umno,mic,mca

      Delete