Terkini

Ahli PAS boleh langgan TMNet, Maxis, Astro tetapi HARAKAH tak belipun.

✳ MELANGGAN HARAKAH SATU INFAQ WAJIB KEPADA PARTI ISLAM OLEH AHLI PAS YANG ISTIQAMAH

Assalamualaikum wbt.

Anggaplah suatu Infaq ke Jalan Allah - HARAKAH wajib dilanggan oleh Ahli PAS dalam memperkasakan Media PAS Pusat.

1) Langganan HARAKAH perlu diperhebatkan oleh semua Ahli PAS disemua Peringkat dari Ahli akar umbi sehingga pimpinan Cawangan, Kawasan dan Negeri.

2) Sejauh manakah Ahli PAS membaca setiap edisi keluaran HARAKAH? Itulah persoalannya.

Penyata Jumlah langganan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pemasaran Harakah Pusat menunjukkan fakta langganan yang mendukacitakan di setiap negeri.

3) Kita boleh melanggan TMNet, Maxis, Digi, Astro setiap bulan malah kalau talian tertunggak dan dipotong langganan dengan serta merta Ahli PAS dikalangan kita dengan segera membayar untuk di sambung semula talian yang disekat tetapi bagi HARAKAH langganannya tidak dipedulikan sedangkan kita mengaku Istiqamah bersama Parti ISLAM.

4) HARAKAH hanya bernilai RM16 sebulan dengan 8 edisi keluaran (seminggu 2 keluaran). HARAKAH memerlukan bantuan langganan dari Ahli PAS Sendiri sebab ia khusus untuk Ahli. Maka Ahlilah yang wajib melanggannya dan perlu ada sifat bimbang jika HARAKAH setiap edisi disekat atau tidak sampai di depan pintu setiap Isnin dan Jumaat.

5) Untuk makluman setiap edisi HARAKAH kini sejak 1 March 2016 di seluruh Pulau Pinang diedar melalui Cawangan. Buat masa ini setiap Cawangan hanya melanggan kepada 10 Ahli yang membuat tempahan tetap dengan 10 naskah setiap edisi keluaran secara pembayaran tunai kepada Bendahari PAS Kawasan yang akan membuat pesanan terus dari HARAKAH Pusat dan pembayaranya juga dibuat secara Tunai. Amalan berhutang dahulu kemudian bayar tidak lagi diamalkan yang membawa Seribu satu masalah kewangan.

6) HARAKAH yang sudah dihentikan edaran melalui Pengedaran di kedai di seluruh Pulau Pinang disebabkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh HARAKAH Pusat sekian lama.

7) Bayangkan setiap bulan HARAKAH Pusat menghantar edaran 5,000 naskah ke Pulau Pinang dan Zon Utara menerusi sebuah syarikat pengedaran yang memberi komitment untuk mengedar 5,000 naskah sebulan tetapi hampir 3,500-4,000 NASKAH dipulangkan oleh syarikat berkenaan kembali kepada HARAKAH Pusat di Kuala Lumpur. Ini amat membimbangkan sama ada disabotaj atau akibat kurang sambutan dari Ahli PAS yang kurang minat membaca Harakah malah SINAR Harian mendapat sambutan dikalangan Ahli PAS.

8) Bangun dan sedarlah wahai Ahli PAS yang leka dengan berwhatapp sepanjang hari membaca dan mempercayai berita yang tidah sahih. Kesahihan sesuatu berita itu terdapat di dalam HARAKAH itu sendiri yang merupakan media rasmi PAS Pusat.

9) Arahan dan keputusan Mesyuarat PAS Pusat mengarahkan setiap Kawasan Perlulah melanggan 100 NASKAH HARAKAH atau lebih dan sekurang kurangnya 10 NASKAH setiap Cawangan dengan pembayaran perlu dibuat secara TUNAI sebelum penghantaran dibuat ke kawasan-kawasan oleh HARAKAH Pusat.

10) Saya mohon setiap Ahli jadikan kembali amalan budaya membaca HARAKAH setiap edisi sebagai rutin harian sebagai Rujukan Infomasi TEPAT dari Parti dan membudayakan 3B @ BELI, BACA & BERI.

11) Sila hubungi dengan Setiausaha dan Ketua Cawangan atau wakil pengedar cawangan untuk dapatkan Harakah. Sila buat bayaran tunai untuk setiap bulan yang hanya RM16 terus kepada bendahari Cawangan atau wakil cawangan yang bertanggungjawab mengurus HARAKAH.

12) Pembelian HARAKAH juga merupakan satu Infaq Fisabilillah iaitu membeli sambil menderma untuk membantu kewangan HARAKAH Pusat yang semakin kusut dan merupakan sumber kewangan PAS PUSAT dalam menguruskan majlis dan program Parti di seluruh Malaysia serta Pengurusan Pejabat Agung .

13) Saya MENCADANGKAN supaya setiap Pusat Asuhan Tadika Islam (PASTI) diberi ruang dan tempat untuk menjadi PUSAT Edaran bagi memudahkan ibubapa yg menghantar anak kecil ke Tadika PASTI setiap hari untuk membeli harakah namun ia masih tanggungjawab wakil Cawangan untuk Mengurus edaran tanpa menggangu Organisasi PASTI. Kaedah ini juga memudahkan orang awam mencari Harakah bila mana PASTI menjadi tempat One Stop Center "OSC" untuk mendapatkan HARAKAH.

14) Moga amalan murni mengamalkan kembali budaya membaca HARAKAH sebagai rutin harian dan rujukan maklumat sahih dari pimpinan PAS Pusat menjadikan Ahli PAS lebih yakin dan berIstiqamah dibawah pimpinan Ulama Parti Islam SeMalaysia.

"AHLI PAS YANG ISTIQAMAH, TETAP MEMBELI, MEMBACA & MEMBERI HARAKAH"

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

Sekian.

Iszuree Ibrahim
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang

💚 Rujukan :
📮 http://harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33349-harakah-beli-baca-beri

6 Responses to "Ahli PAS boleh langgan TMNet, Maxis, Astro tetapi HARAKAH tak belipun."

  1. Aku dlu siap tunggu keluaran sulung yg baru trun dari lori kat pejabat pas bulatan pahang...skrg PAS da jd mcm haram jadah..buat blok ke 3 utk menangkan UMNO.

    ReplyDelete
  2. baca harakah serupa mcm baca utusan meloya dan beriha hairan...
    haramjadah tol...

    ReplyDelete
  3. Terbaik blok ke 3.... diharap rakyat kini faham akan inspirasi yg dibawa oleh PAS setelah acapkali cuba dikelirukan oleh PAN dan penunggangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ni mmg muka tak malu..
      Kahkahkah
      Orang komen bedasarkan apa yg berlaku,hang komen off topik.
      Sebijik sewel mcm hadi marang..
      PASIK

      Delete
  4. Infaq kepala bana KO... Audit x penah buat.. Kwsp x byr... Pengerusi dok joli ngan duit harakah

    ReplyDelete