MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Malam solidariti Mat Sabu.

SEBARAN MEDIA

Parti Amanah Negara
 ( AMANAH ) Negeri Perak akan menganjurkan Malam Solidariti Mat Sabu pada 12hb Mac 2016 hari Sabtu bermula jam 8.00 malam diJalan Pemimpin Kampong Manjoi Ipoh.Perak.

Malam Solidariti untuk Presiden Amanah ini merupakan sokongan kasih sayang ahli dan penyokong Amanah serta Pakatan Harapan terhadap beliau yang dikenakan Saman RM 200 Ribu Isu Projek Kad Pengenalan Sabah semasa beliau menjadi Timbalan Presiden PAS tempohari.

Program bermula dengan ucapan dan persembahan dari anak muda AMAN,AWAN Perak seperti Lan Bilal Masjid, Daie Alias, Imam Muda AlHafiz dan lain lain dari jam 8.00 malam hingga 9.00 malam.

Azan Isyak akan dikumandangkan di tempat Program.Selepas itu disusul dengan ucapan dari pimpinan Pakatan Harapan Negeri seperti Ketua Parlimen Amanah Tambun,Wakil AMAN, AWAN, PKR dan DAP.

Antara lain pimpinan yang akan berucap ialah wakil PKR , DAP, Mantan Menteri Besar Perak DS Nizar Jamaludin, Tn.Hj Asmuni Awi Pengerusi Amanah Perak, YB Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai Kelantan yang datang bersama rombongan Amanah Wilayah Persekutuan, Tn Hj. Anwar Tahir Setiausaha Agung Amanah Nasional dan Tn. Hj Mohamad Sabu Presiden Amanah.

Seorang Jutawan Mr Koon yang menyokong Pakatan Harapan akan turut berucap dan difahamkan akan mengistiharkan sumbangan beliau pada malam tersebut.

Semua ahli dan penyokong Amanah Perak diminta hadir keprogram pada malam itu.Jangan ada seorang pun ahli dan penyokong berada diParlimen masing masing dihari tersebut.Ini satu tanda sokongan dan kasih sayang kita pada perjuangan Presiden Amanah Tn. Hj. Mohamad Sabu.

Semua pimpinan, ahli dan penyokong dari komponen Pakatan Harapan DAP, PKR dan rakyat Perak dijemput hadir khususnya untuk mendengar perkembangan terkini isu isu semasa dan perkembangan Selamatkan Malaysia.

Selamat Datang
Harapan Baru
Amanah, Progresif, Peduli.

ABDUL RAHIM MOHD.NOORDIN

Pengarah Komunikasi Amanah Perak.

9 hb Mac 2016

1 Response to "Malam solidariti Mat Sabu."

  1. Eloklah husam ganti mat sabu menerajui PAN.. tapi tu lah, husam ni malu2 kucing kurap..

    ReplyDelete