Terkini

"Observe " dulu baru komen Hj Hadi.

Sumber Dari Facebook Mohd Fitri Bin Asmuni
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak.

Saya sengaja tidak mahu memberi komentar segera sejurus selepas pembentukan Blok ke-3 PAS-IKATAN semalam (16.03.2016) untuk mengelak daripada tersilap mengambil berita daripada sumber-sumber yang dianggap separuh masak. 

Saya cuba untuk "observe" dahulu walaupun di media sosial sudah viral mengenai pendirian Presiden PAS dan IKATAN ataupun Blok ke-3 berkaitan perlaksanaan hudud di Malaysia.

Saya TABAYYUN semua sumber dan maklumat yang ada di sekeliling termasuk dari laporan media, kenyataan media dan laman rasmi PAS sendiri. 

Daripada semua sumber berikut, maka saya memilih (1) kenyataan media Syaiful Hizam, Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan PAS Pusat, sidang media (2) Presiden PAS dan (3) IKATAN, penjelasan (4) Ketua Dewan Ulama PAS dan (5) Ketua Penerangan PAS Pusat sebagai sandaran kerana ianya adalah sumber primer daripada mereka sendiri.

Maka kesimpulan daripada kelima-lima sumber yang saya rujuk di atas, PAS dan Blok Ke-3 berpendirian bahawa perlaksanaan Hudud boleh dikemudiankan dan/atau ditangguhkan dan/atau dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut lunas demokrasi dan kehendak rakyat. 

Apabila ditanya oleh wartawan mengenai agenda utama PAS ie. Hudud selepas pembentukan Blok Ke-3 semalam, Presiden PAS menegaskan bahawa PAS akan "LEBIH" menumpukan kepada agenda UMUM iaitu memperkasakan Perlembagaan yang ada pada hari ini. 

Kalau inilah pendirian PAS, maka inilah juga sebenarnya pendirian bekas pimpinan PAS yang kini menubuhkan Amanah. 

Mereka tidak pernah menolak hudud. Mereka hanya berpandangan agar PAS menumpukan kepada agenda umum yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat seperti isu rasuah, salahguna kuasa, ekonomi dan kemiskinan. 

Tetapi hari ini PAS terpaksa menerima pakai pendirian yang dipegang oleh pimpinan AMANAH mengenai hudud kerana mungkin mereka baru tersedar dari tidur bahawa realiti di Malaysia, banyak lagi keutamaan yang harus diperjuangkan daripada hanya menumpukan kepada perlaksanaan hudud semata-mata. 

Kalau sebelum ini pimpinan PAS dilihat seolah-olah menafikan kuasa rakyat dan peranan Perlembagaan apabila mereka dengan egonya bercakap bahawa apa gunanya kemenangan di Putrajaya kalau tidak mendapat redha Allah, tetapi hari ini PAS terpaksa akur apabila Presiden IKATAN sendiri berkata semalam bahawa perlaksanaan hudud kita serahkan kepada kehendak rakyat.

Sungguhpun ditendang keluar oleh PAS, kami yang berada di dalam AMANAH tidak pernah merasa kecewa kerana kami yakin rahmat Allah itu Maha Luas bahawa Islam itu bukan milik PAS semata-mata dan kemenangan Islam itu bukan untuk PAS semata-mata, malah Islam adalah milik semua umat Islam yang cintakan Islam dan kemenangan Islam boleh dianugerahkan kepada sesiapa saja yang ikhlas...

Maafkan sahabat saya dalam PAS, apa yang saya tulis adalah berdasarkan kepada sumber-sumber anda sendiri..

4 Responses to ""Observe " dulu baru komen Hj Hadi."

  1. laknat utk mereka yg mempermainkn hudud demi politik nafsu yg bertopeng agama

    awasi hadi.. dia sgt pro syiah dn iran yg byk menumpahkn darah umat islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olang mau jual mulah...salah ka? Lubolang jgn igt gua ambil kesimpatan tau...wa dap...mulia...byr manyak gaji sama lubolang...ada faham?

      Delete
  2. Sebenarnya apa yg ditulis oleh penulis itulah yg memang kami faham sejak dari dulu.. cuma PAN shj yg menyangka bhw kami faham berlainan.. bagaimanapun baguslah G18 dah keluar.. itulah tujuan kami pun utk mengelirukan balaci2 DAP yg amat sukar nak keluar pAS.. kini kami dah pun berjaya melakukannya.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. penulis adalah orang yang anti pas maka tak jadi masaalah apa pandangan dia. moga allah memberi kemenangan kepada islam dan hudud dapat dilaksanakan di malaysia.

    ReplyDelete