Terkini

Safee Sali sindir Khairy, apa jadi dengan RM107 juta.

Pemain kebangsaan Safee Sali meluahkan rasa kecewa apabila pemain sentiasa dipersalahkan susulan kejatuhan berterusan ranking pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Dilihat merujuk kepada kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebelum ini, Safee membangkitkan kontroversi penyelewengan dana kementeriannya bernilai RM107 juta.

“Kecewa. Apabila pasukan kebangsaan ranking merudum, hanya pemain di persalahkan. Tapi bila RM100 juta lesap senyap macam itu sahaja.

“Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh di gunakan dengan duit sebanyak itu,” tulisnya di Facebook hari ini.

Kedudukan terbaharu Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di tangga 174 meletakkan sebaris dengan negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak lengkap seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).

Khairy sebelum ini dilapor berkata kualiti Harimau Malaysia seakan tidak boleh lagi menunjukkan peningkatan luar biasa dan semua pihak harus menerimanya.

"Jadi apabila ranking jatuh, saya katakan, ia sudah dijangka sebab kita buat banyak pelaburan untuk program pembangunan NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara).

"Mereka baru berusia 14 tahun, kalau kita nak lihat peningkatan yang membanggakan, saya rasa kita kena tunggu.

"Apapun, maaflah... pemain sedia ada ini, itulah kualiti yang mereka ada. Mungkin kalau naik (ranking) pun sedikit saja. Dengan jurulatih dan apa yang ada sekarang ini, mereka tidak boleh jadi lebih baik daripada itu, namun jangan salahkan mereka kerana itulah potensi mereka," kata Khairy

Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tuanku Ismail Sultan Ibrahim berkata Khairy bertanggungjawab sepenuhnya memperbaiki mutu bola sepak negara.

Mengulas lanjut, Safee berkata pihak-pihak berkaitan seharusnya membantu menaikkan imej pasukan bola sepak kebangsaan dan bukan hanya menyalahkan pemain.

“Sama-sama bantu naikkan imej pasukan bukan hanya menuduh pemain sahaja,” tambah Safee.

Malaysiakini telah menghubungi Khairy dan timbalannya, Datuk M Saravanan bagi mendapatkan maklum balas dan sedang menunggu jawapan mereka.

Khairy difahamkan sedang berada di luar negara buat masa ini

Sumber malaysiakini. 

0 Response to "Safee Sali sindir Khairy, apa jadi dengan RM107 juta."

Post a Comment