Terkini

UMNO kalah, Cina perintah?

💥💥💥💥

UMNO Kalah
Cina Memerintah?
------------------

Saya telah berhenti minum pagi di R&R Temerloh pagi ini. 

Selepas minum pagi saya akan menyertai kawan2 di Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang dalam siri lawatan ke seluruh negara yang bertema 'Melayu Bermaruah' - 
Selamatkan Malaysia. 

Semasa minum pagi di R&R tersebut saya duduk bersebelahan dengan seorang anak Melayu sambil saya makan semangkok lontong. 

Di hadapan beliau ada seorang lagi anak Melayu. 

Mengenali saya anak Melayu yang duduk sebelah saya berkata "Kalau Umno kalah nanti Cina DAP mererentah negara". 

Dalam hati saya berkata berkesan sungguh kempen orang2 Umno bahawa jika Umno kalah Cina akan berkuasa. 

Saya telah dapat menerangkan sedikit kepada kedua2 anak Melayu tersebut yg itu cuma helah orang2 Umno. 

Mereka takut orang Melayu beralih sokongan, lari daripada Umno dan menyokong parti2 dalam Pakatan Harapan seperti PKR, Amanah dan DAP termasuk juga Pas. 

Saya beri tahu kedua2 mereka perkara itu tak betul. 

Di Selangor bila Barisan Nasional kalah Menteri Besar tetap orang Melayu. Setiausaha Kerajaan Negeri Melayu, Pegawai Daerah2 Melayu, PKNS Melayu, Perangsang Melayu, MBSA Melayu, MBPJ Melayu.... malah semua kekal macam biasa ... Melayu. 

Begitu juga semasa Pakatan Rakyat memerentah di Kedah, Perak dan juga di Kelantan pemerentah adalah di tangan Melayu. 

Cuma di Pulau Pinang Ketua Menterinya Cina. 

Tapi di Pulau Pinang memang selama2nya Ketua Menterinya Cina. 

Wong Pau Nee, Dr Lim Chong Yu, Dr Koh Su Koon dan sekarang Lim Guan Eng. 

Selain dari Pulau Pinang semuanya Melayu. Dari Perlis hingga ke Sabah. 

Saya tanya kepada mereka apa yang orang Melayu nak takut? 

Semuanya Melayu. 

Sultannya Melayu.
Perdana Menteri Melayu. Timbalan Perdana Menteri Melayu. Menteri2 ramai Melayu. Tentera Melayu. Polis Melayu. Pegawai Kerajaan Melayu. 

Malah semuanya Melayu. 

Saya bertanya kepada mereka bagaimana Cina nak memerentah bila hampir semua jawatan penting dipegang orang Melayu. 

Mereka tak boleh jawab. 
Mereka tak mampu jawab. Sebab alasan mereka tak kukuh. 

Sebenarnya anggapan Umno kalah Cina memerentah tak betul. Karut. 

Ini hanyalah rekaan orang2 Umno. 

Apa yang orang2 Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain2 mahu ialah mereka mahu pemimpin2 yang lebih baik, lebih amanah dan hidup secara sederhana. 

Selepas setengah jam saya memberi hujjah saya beredar menuju ke Felda Bukit Goh, Kuantan. 

Sepanjang saya berbicara dengan mereka tidak ada langsung mereka mencelah dan mengemukakan apa2 alasan yg menguatkan hujjah 'Umno kalah Cina berkuasa'. 

Bagi saya orang2 Melayu masih confuse dan tak tahu membezakan parti dan kuasa. 

Inilah cabaran pada kita yang bergerak ke seluruh negara. 

Orang Cina bukan nak ambil alih kuasa dari orang Melayu. Orang Cina nakkan pemimpin Melayu yang amanah, baik, sederhana dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik. 

Ramai orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak serta yang lain2 berharap Pakatan Harapan terdiri Dari PKR, Amanah, DAP serta Pas boleh melakukannya. 

Selamat berjuang. 

TS Muhammad Muhammad Taib 

Felda Bukit Goh

10 April 2016

8 Responses to "UMNO kalah, Cina perintah?"

  1. Anak2 muda tu amat risaukan bangsa melayu pupus sebagaimana kerisauan Tan Sri semasa dlm UMNO dulu..

    Tapi yg paling penting sekarang ialah ISLAM.. kita boleh lihat sendiri di mana walaupun hanya berkuasa di Penang, tapi disebabkan mendapat sokongan segelintir melayu bangang, mereka berani menentang secara terbuka apa jua cadangan PAS utk memperkasakan syariah.. padahal bukan utk Penang pun.. senario ini berlaku ketika PH yg ada DAP di dlmnya belum lagi menang di peringkat persekutuan.

    Cuba bayangkan jika PH menang dan pastinya DAP bertambah berani masuk campur hal ehwal ISLAM (bukan melayu spt yg dirisaukan Tan Sri!).

    Sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu soalan? selama ni UMNO pwrintah melayu x pupus ker?

      Delete
    2. Wan rosli and the geng,
      cuba beritahu...Tang mana DAP berani masuk campur hal Islam di Penang? Di masjid2 ka...di Pejabat Agama ka...? Di Mahkamah syariah ka..? Jawatan Mufti Pulau Pinang tu...Cina DAP ka..?

      Apa undang2 Islam di Penang...DAP telah ubah? Cina DAP larang masuk masjid ka..?

      Hang ni...ada otak...tapi, otak fikir sempit.

      Delete
    3. Assalam bro.. patutlah PAN begitu mudah kena tipu dgn DAP sampai PAN sanggup mengkhodamkan diri..

      Cuba baca sekali lagilah elok2..

      Delete
    4. Dulu mintak sokong hudud bg alasan nnt x dpt undi cina...seolah2 undi cina tu byj dan penting
      Sekrg ckp undi cina x menjejaskan plak...mana satu ni PANdir2?

      Delete
  2. Nmpak sgt kobodohan org muda (melayu),digest senario politik tahap gaban... Otak muda melayu mcm.planet of the apes....

    Muda melayu kata gaban (monyet) bakal perintah dunia... Quran mana lah mereka baca... Alamak Quran oun melayu tak reti baca apatah politik negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg minum susu omega hadi selnya dh tak bersambung..tu yg dok merapu jer..kat blog lain truk kena lari kat sini lak.kahkahkahkah..

      Delete