Terkini

Kuala Kangsar, ada kumpulan guna samseng ganggu ceramah.

Kuala Kangsar-Pakatan Harapan hari ini melahirkan kekecewaan terhadap pihak yang mengupah kumpulan samseng bagi mengganggu ceramah mereka dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, serangan oleh beberapa orang pemuda berpakaian hitam pada ceramah Pakatan Harapan di Taman Seri Mas malam tadi tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi.

"Mereka datang dua kali ugut secara kekerasan untuk pecahkan sistem pembesar suara kita.

"Motifnya sangat jelas tidak mahu Amanah bawa suara rakyat," kata Ahli Parlimen Taiping itu pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini sambil menunjukkan rakaman klip video insiden itu.

Turut serta pada sidang media itu Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi dan juga Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Klik pautan di bawah untuk berita selanjutnya ----->>>>>

http://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/16-berita-utama/3071-pakatan-harapan-kecewa-ceramah-diganggu-samseng-gesa-tolak-politik-ganas

6 Responses to "Kuala Kangsar, ada kumpulan guna samseng ganggu ceramah."

  1. Buat lah apa penafian sekali pun hakikat nya PAN adalah khadam DAP..sudah terang lagi bersuluh..harap2 org melayu sabak bernam dan kuala kangsar hati2...beri undi anda kepada PAS atau BN sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pungpangpungpang anti cina,pakai henpon beli kedai cina,topap prepaid kedai cina,beli brg kedai cina,repair motor kedai cina,beli keta kedai cina,..
      Kahkahkah

      Delete
  2. Dah terang nyata sohih pan barua dap agen pecahkan kesatuan melayu.jika melayu kuat dap sakit hati tak dapat kuasai malaise..sendiri mau ingat!

    ReplyDelete
  3. Parti Keadilan Rakyat tak jadi barua DAP ka?Dulu PAS barua DAP,la ni barua MCA pulak...kesian.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam semua,

    Amanat Haji Hadi telah menyebabkan 3 juta ahli UMNO dikafirkan orang!!!

    Amanat Haji Hadi telah menyebabkan peristiwa berdarah di Memali!!!

    Amanat Haji HAdi telah menyebabkan putusnya silaturrahim, orang tak berziarah kematian atau kenduri kahwin!!!

    Amanat Haji Hadi telah menyebabkan suami isteri bercerai!!!

    Korang nak ikut Ulama As-su' macam ni???

    Ulama as-su' ialah sejahat-jahat manusia!!!!

    Korang suka ikut orang jahat ya!!!!

    ReplyDelete