Terkini

Lim Guan Eng didakwa, kawalan ketat di mahkamah,

PIHAK Polis menjalankan kawalan ketat di kawasan mahkamah bagi memastikan kelancaran proses pendakwaan hari ini.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata beberapa jalan utama ke mahkamah ditutup dan hanya peguam bela, keluarga dan kenalan rapat Lim dan Phang dibenarkan berada di kawasan mahkamah.

"Penyokong dan mereka yang tidak berkaitan tidak dibenarkan berada dalam kawasan mahkamah atas faktor keselamatan. Polis akan mengambil tindakan jika ada yang engkar dengan arahan polis," katanya ketika dihubungi.

Lim sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Phang dan dikatakan di bawah harga pasaran.

Pada Mei lepas, Lim dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

Isu pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis itu dibangkitkan Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas.


0 Response to "Lim Guan Eng didakwa, kawalan ketat di mahkamah,"

Post a Comment