Terkini

Mufti Wilayah Persekutuan dihentam teruk kerana Fatwa Pokemon.

Adakah anda mahu kenal Mufti Wilayah Persekutuan? Dr. Zulkifli Al-Bakri? Beliau dihentam dengan teruk kerana fatwa berkaitan Pokemon. Okey jika anda tidak bersetuju dengan fatwa tersebut, bolehlah dibahaskan. Ini kerana dalam fatwa tersebut, Dr. Zulkifli Al-Bakri sendiri menyatakan:

Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go

Maka ia masih terbuka kepada perbincangan pro dan kontra.

Cuma, sedihnya, banyak komen mengheret isu-isu lain kepada Mufti Wilayah. Kononnya mufti duitan, pembodek kerajaan, tak berani tegur pemimpin dan lain-lain.

Di sini saya kongsikan tulisan daripada status FB Ustaz Razif Fuad, seorang penuntut ilmu yang rapat dengan Dr. Zulkifli al-Bakri dan yang saya ambil daripada wikipedia berkaitan Dr. Zulkifli al-Bakri.

~~~~~~~~~~~~~
-1-

Selepas beberapa hari dilantik 2 tahun lalu, beliau dipanggil bertemu DS Najib. Beliau serahkan beberapa buah buku yang beliau pilih sendiri kepada PM. Antaranya, buku yang beliau tulis sendiri berjudul "Pemimpin Yang Adil: Rahmat Untuk Rakyat". Rujuk [https://facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033.1073741829.423534687786516/431189773687674/?type=3]

Selain daripada mereka yang sekadar berdegar-degar di Facebook, ada yang berani menegur dengan kaedah sedemikian?

-2- 
Beliau Mufti pertama dalam Malaysia yang keluarkan Irsyad berhubung bolehnya mangsa banjir Kelantan menerima zakat. Satu pandangan kontemporari yang banyak menyelesaikan masalah mangsa banjir. Masih katakan beliau hanya tahu berfatwa isu remeh?

-3-
Antara isu utama di Wilayah adalah masalah Masjid yang tidak cukup untuk menampung jemaah bagi Solat Jumaat. Sejak pelantikan beliau pada Jun 2014, jumlah permohonan Surau Jumaat yang diluluskan adalah yang tertinggi; sekaligus banyak menyelesaikan isu KELEWATAN ribuan pekerja Muslim masuk ke pejabat selepas solat Jumaat akibat kesesakan yang merupakan antara indikator utama pekerja yang produktif.

-4-
Saya percaya kebanyakan daripada anda ada kisah peribadi dengan Mufti Wilayah yang membuktikan bahawa beliau tidak seperti yang dimomokkan oleh mereka yang langsung tidak kenal beliau. Kita tahu semua label negatif itu tidak benar.

-5-
Biasanya kalau sekadar berceramah di tempat yang berhampiran, beliau lebih selesa menaiki Perodua Viva dan hampir-hampir tidak dibenarkan park di kawasan khas penceramah kerana tidak sangka seorang Mufti cuma datang dengan Viva. Masih katakan beliau cuma nak kenyang dengan gaji?

-6-
Beliau ada jiran berbangsa Cina yang sangat baik dengan beliau dan sehingga kini, jiran itu tidak pernah tahu yang beliau seorang Mufti. Mereka biasa bertukar-tukar buah tangan. Masih katakan beliau rasis?

-7-
Bukan sekadar banduan akhir, mereka yang berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan turut diziarahinya kerana beliau ingin memahami orientasi psikologi mereka yang bermasalah mental kerana ia sangat-sangat penting bagi pengeluaran fatwa berkaitan.
Beliau Mufti pertama dalam sejarah penubuhan hospital berkenaan yang datang melakukan lawatan dan kajian ke sana. Masih katakan beliau pentingkan diri dan tak hirau permasalahan rakyat?

-8-
Mufti Wilayah sentiasa adakan ziarah berkala kepada banduan akhir di Penjara Kajang. Di sana, Mufti berikan motivasi dan kata-kata semangat untuk mereka sebelum menghadap tali gantung. Masih katakan beliau pentingkan diri dan tak hirau permasalahan rakyat?

-9-
Cukai Goods and Services Tax (GST) atau juga dikenali juga sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) menjadi satu polemik yang besar kepada masyarakat Malaysia amnya. Cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan SST ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang dizahirkan terutamanya di media sosial berhubung hal ini. Datuk Dr. Zulkifli melalui Bayan Linnas menyeru kerajaan supaya menurunkan kadar 6% mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir

-10-
Majlis anjuran bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Global Unity Network dan Archbishop Kuala Lumpur pada 7 Januari 2016 telah mempertemukan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Ketua Paderi Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim. Pertemuan yang disifatkan oleh Datuk Dr. Zulkifili sebagai ‘bersejarah’ itu dikongsi melalui status Facebooknya yang dimuat naik bersama-sama dengan beberapa foto. Dalam pertemuan tersebut, mereka berbincang tentang pelbagai isu termasuklah konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama. Pelbagai isu yang dibincangkan bersama khususnya perihal konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama [8].

-11-
Institusi Fatwa Yang Responsif[sunting | sunting sumber]
Institusi fatwa negara kini dihambat dengan kepantasan penyaluran maklumat melalui media massa yang memerlukan sesuatu permasalahan dijawab dengan segera, agar tidak timbul kemusykilan dalam kalangan masyarakat. Ini telah mendesak institusi fatwa memahami sesuatu isu dengan segera dan menjawab persoalan secepat mungkin berdasarkan dalil dan hukum syarak. Media massa moden seperti internet dan aplikasi WhatsApp menyebabkan maklumat disalurkan dengan cepat kepada masyarakat. Sesuatu fatwa perlu dikeluarkan segera bagi menjawab persoalan yang mungkin boleh mengelirukan. Datuk Dr. Zulkifli menegaskan bahawa usaha tersebut memerlukan ketekunan dan kesungguhan semua institusi fatwa agar selari dengan keperluan masyarakat dan terus diyakini. Seruan ini dilontarkan selepas merasmikan Seminar Isu-isu Kefatwaan Kontemporari anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) pada 10 Mac 2016

Sebagai satu langkah menjadikan institusi fatwa sebagai satu institusi yang responsif terhadap isu-isu agama yang berlaku, beliau telah memperkenalkan 5 ruangan di dalam web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab permasalahan agama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ruangan itu adalah:

Bayan Linnas. Kenyataan umum kepada masyarakat awam berhubung isu nasional
Irsyad Fatwa. Kenyataan berhubung isu-isu agama bersifat semasa.
Irsyad al-Hadith. Kupasan berkenaan fiqh dan faedah hadith selain ilmu hadith dirayah
Irsyad Usul al-Fiqh. Kupasan permasalahan Usul al-Fiqh
Al-Kafi li al-Fatawi. Kupasan ringkas persoalan-persoalan agama di media sosial oleh netizen.

Untuk melihat fatwa-fatwa di atas, boleh lihat dalam web ini http://www.muftiwp.gov.my/index.php

Untuk mereka yang mahu mengenali siapakah Dr. Zulkifli al-Bakri, klik link berikut:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri

Semoga kita semua belajar menjadi manusia beradab. Jika tidak setuju dengan fatwa beliau, lontarkan pandangan dengan beradab. Jika kita yang sudah dewasa boleh memaki hamun dan mencerca seorang mufti, janganlah marah nanti jika anak kita membesar lalu mereka memaki hamun kita. Cerminlah diri kita.

Semoga kita memperolehi hidayah.
Sumber fb.

11 Responses to "Mufti Wilayah Persekutuan dihentam teruk kerana Fatwa Pokemon."

  1. Raja dan permaisuri berehat di singgahsaNA,
    Sambil menikmati manisan serta buahAN,
    Kalau ulamak pun sanggup dihina diNA,
    Apalah sangat solidariti bersama perasuah kAN?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meroyan kat sini lak si bodoh ni..

      Delete
    2. Meroyan kat sini lak si bodoh ni..

      Delete
    3. Bot pendatang terlebih kapasiti lalu hampir karam,
      Mujurlah semua penumpang sempat diselamatkan,

      Ulamak PAS kata rasuah 1MDB itu haram,
      Ulamak PAN pula kata minum Carlsberg utk raikan kemenangan parti 'islam' itu diharuskan.

      Delete
    4. Salam En. Ir Anonymous,

      Jangan nak buat kenyataan bangang!!!

      Ulama kata, bukan ulama PAS kata!!!

      Ulama PAS yang bangang kata apa???

      Dr Haron Din kata mustahil RM 2.6 billion dalam akaun Najib, betul tak???

      Haji HAdi si syirik tu cakap jangan ada campurtangan asing isu 1MDB, betul tak???

      Haji Hadi yang bangang tu tau tak kes 1MDB tu kes apa dan di mana???

      Kes penggubahan wang haram dan di US!!!

      Ulama PAS ulama apa macam tu??? Ulama Toghut!!!

      Yang kau tu bodoh nak mamposss pasal apa???

      Delete
    5. Bot pendatang terlebih kapasiti lalu hampir karam,
      Mujurlah semua penumpang sempat diselamatkan,
      Walaupun bot sepenuhnya terlingkup,

      Ulamak PAS kata rasuah 1MDB itu haram,
      Ulamak PAN pula kata majlis minum Carlsberg utk raikan kemenangan parti 'islam' itu diharuskan,
      Asalkan di akhir majlis diadakan doa penutup!.

      Delete
  2. Salam En. Anonymous yang bangang nak mampos,

    Sebutkan kepada saya bila Ulama PAN pula kata majlis minum Carlsberg untuk raikan kemenangan parti Islam itu diharuskan???

    Siapa, Ustaz Ahmad Awang ke??? Ustaz Ghani Shamsudin???

    Hei bangang, kau tu dah lah bangang, nak jadi pemfitnah pulak???

    Kau ni tak takut dosa neraka, kau ni orang Islam apa???

    ReplyDelete
  3. Budak2 bermain di tepi titi,
    Sambil memakan buah berangan,

    Perasuah Banglo gemar disolidariti,
    Perasuah Perwaja dilupa jangan!.

    ReplyDelete
  4. Salam En. Anonymous,

    Sudah penipu dan pemfitnah???

    Ulama PAN mana yang cakap harus minum carlsberg???

    Kau tu pembohong, tak ada akhlak!!!

    ReplyDelete
  5. Salam En. Ir. Anonymous,

    Jangan jadi penipu la!!!

    Makna bukti???

    Jangan macam hari tu dakwa rafiji dan anak nasarudin minta maaf dengan TSKI tebal buku teks budah sekolah, bukti mana???

    Tak ada kan???

    Kalau kau nak bodohkan diri sangat dan nak tunjukkan diri sendiri bodoh biar semua orang kat sini tengok, kau boleh pergi mamposs!!!

    ReplyDelete
  6. Naik teksi di Jalan Klang Lama ke Taman OUG,
    Terjumpa kawan sekolah lama tak semena-mena,
    Sungguh seronok sembang kesah lama di kedai nyonya,

    Dulu bagai nak rak fitnah PAS nak berUG,
    Akibatnya kini hilang sudah maruah PAN entah ke mana,
    Hanya jadi pembaca doa majlis harbi itulah balasannya.

    ReplyDelete