Terkini

Nawawi , Agong bukan penjual mee tonggek.

Kenyataan Media

*MOHON MAAFLAH DENGAN MENGADAP KE BAWAH DULI TUANKU YANG DI PERTUAN AGONG BUKAN DI KAKI LIMA JALAN*.

1.Saya menyambut baik permohonan maaf Yb Ir Dato' Nawawi Ahli Parlimen Langkawi kepada Duli Tuanku Yang Di Pertuan Agong *selepas beliau menyerang Baginda Tuanku dan secara tak langsung menghasut rakyat membenci dan menyalahkan YDPA dengan mengaitkan Tuanku Agong sebagai MO1 dalam isu 1MDB*.

2.Namun Nawawi jangan buat Tuanku Agong macam tak tahu apa apa. *Jangan dalam mohon maaf masih menyalahkan pihak lain* yang memviralkan posting dari FB beliau dengan kefahaman yang lain dari apa yang beliau maksudkan. *Nawawi jangan buat Tuanku Agong macam orang terencat akal*.Jelas apa yang tercatit di FB Nawawi MO1 ialah Agong. *Nawawi jangan jadi macam Namewee*.

3.Kalau nak minta maaf pada Tuanku Agong buat la secara beradap. *Jangan sekadar minta maaf di kaki lima jalan.Tuanku Agong bukan penjual Mee Tonggek*.Perlu ikut adab kita dengan Tuanku.Apatah lagi *Tuanku Agong adalah Sultan Kedah Darulaman yang sangat dihormati dan disayangi oleh rakyat jelata*.Saya mencadangkan Nawawi *mohon mengadap dan memohon maaf dan mengakui melakukan tulisan dan tafsiran yang salah mengaitkan Tuanku Agong sebagai MO1 pencuri 1MDB secara berdepan*.Nawawi juga perlu mengisytiharkan *menarik balik apa yang dia tulis di FB tempoh hari*.

#MohonAmpunMaaf
#JanganjadiNawawidanNamewee
#HidupHarmoniAmanDamai
#SelamatkanMalaysia.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
8.30pm Taman Al-Walid Alor Setar
22 Ogos 2016/19 Zulkaedah 1437H

8 Responses to "Nawawi , Agong bukan penjual mee tonggek."

  1. Tarik balik gelaran Dato yg dia dpt tu..dah la BODOH,nk suruh org lain percaya ckp bodoh dia tu...ptuiiihh

    ReplyDelete
  2. Tarik balik gelaran Dato yg dia dpt tu..dah la BODOH,nk suruh org lain percaya ckp bodoh dia tu...ptuiiihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat tarik balik mana cukup tuan.. Penjarakan dia setahun dua baru dia tahu tinggi rendahnya langit.. Org sombong macam ni tak boleh dijadikan pemimpin..

      Delete
  3. Dia tak tahu ke kalau dia jadi bangkai satu negara riang gembira dan kalau DYMM YDPA sekarang ini mangkat satu negara akan bersedih. Oh ye tak de sapa-sapa ke nak temuduga tuanku tentang pengelaman tuanku hidup zaman perang dahulu buat peringatan untuk rakyat jelata!!!

    ReplyDelete