Terkini

8, 976 pengundi Parlimen Bukit Gantang, dimasukkan ke Parlimen Taiping,

Bukit Gantang , harapan AMANAH dan Keadilan untuk menang PRU 14, terjejas.8976 pengundi penyokong pembangkang, daerah mengundi  kawasan Simpang dipindahkan ke DUN Aulong, Parlimen Taiping.


Seperti contoh kawasan parlimen Bukit Gantang, sebanyak 8976 orang pengundi yang telah menyokong pembangkang di kawasan Simpang dipindah keluar dari Bukit Gantang dan masuk ke dalam kawasan Aulong sekaligus melenyapkan peluang pembangkang menang di parlimen Bukit Gantang & DUN Changkat Jering yang hanya mempunyai majoriti tipis 1200 undi majoriti.





Kenyataan Media

SPR melanggar Perlembagaan Persekutuan dan menjadi alat politik UMNO

(Ipoh 21/9/16)

1. Pakatan Harapan Perak menegur tindakan SPR yang sanggup melanggar Perlembagaan Persekutuan, menggadaikan prinsip demokrasi serta sanggup diperkudakan oleh UMNO dalam persempadanan kawasan pilihanraya tahun 2016. 

2. Persempadanan kawasan pilihanraya yang diumum pada 14hb September ini menyaksikan perbezaan bilangan pengundi dekat 1000% wujud di sesetengah kawasan parlimen. 
Kerusi parlimen Damansara akan mempunyai 150,439 orang pengundi sebaliknya Putrajaya hanya mempunyai 17,627 orang pengundi. Perbezaan yang ketara ini jelas merupakan mainan kotor politik & mengkhianati prinsip demokrasi. 

3. Persempadanan kali ini juga menyaksikan SPR melanggar Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki persempadanan kawasan pilihanraya perlu "mempunyai bilangan pengundi yang semakin sama yang boleh." Akan tetapi yang kini berlaku adalah terdapat 14 kawasan parlimen yg mempunyai lebih dari 100,000 orang pengundi dan kesemua kerusi parlimen ini adalah kerusi yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU-13. ( senarai 1) 

4. Persempadanan kali ini juga mencipta rekod baru dimana ada kerusi parlimen yang mempunyai bilangan pengundi yang melebihi lebih 200% dari bilangan purata kawasan parlimen yang dianggarkan 68,000 orang seperti di Bangi, Damansara, Klang & Petaling Jaya yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 125,000 orang sebaliknya kawasan yang dimenangi oleh BN jelas mempunyai bilangan pengundi di bawah paras purata bilangan pengundi kawasan parlimen seperti Putrajaya, Igan, Lawas & Tanjung Manis yang hanya mempunyai bilangan pengundi kurang dari 25,000 orang. (senarai 2) Jurang perbezaan melebihi 500% ini telah mengkhianati prinsip " one Man, one vote" dan jelas adalah tidak masuk akal. 

5. Persempadanan kali ini juga menyaksikan SPR turut terlibat dalam politik perkauman dimana banyak kerusi campuran ( mixed seat) yg mempunyai pengundi pelbagai kaum kini dijadikan kerusi majoriti satu kaum, seperti contoh Parlimen Lumut. Kawasan DUN Sitiawan di bawah parlimen Lumut yang mempunyai 27,769 orang pengundi akan dipindah ke kawasan parlimen baru Ayer Tawar tanpa persetujuan dari mana-mana pengundi2 yang terlibat dan Lumut kini menjadi kawasan parlimen Melayu. Polarisasi kaum ini sudah tentu akan menjejaskan perpaduan nasional dan tidak mencerminkan keadaan sebenar masyarakat majmuk Negara kita. 

6. Persempadan kali ini juga menyaksikan SPR sengaja memecahkan kawasan pilihanraya untuk membantu UMNO menang wakaupun sanggup derhaka kepada prinsip hak rakyat utk memilih kerajaan. 

Seperti contoh kawasan parlimen Bukit Gantang, sebanyak  8976 orang pengundi yang telah menyokong pembangkang di kawasan Simpang dipindah keluar dari Bukit Gantang dan masuk ke dalam kawasan Aulong sekaligus melenyapkan peluang pembangkang menang di parlimen Bukit Gantang & DUN Changkat Jering yang hanya mempunyai majoriti tipis 1200 undi majoriti. 

Keadaan sabotaj ini yang sama juga berlaku di 6 kawasan DUN iaitu di Tebing Tinggi, Bidor, Titi Serong, Sg Rapat, Hutan Melintang & Changkat Jering. 

7. Pakatan Harapan akan membantah dengan sekeras-kerasnya persempadanan kawasan yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan & demokrasi di semua kawasan yang terlibat dan menyeru rakyat bersatu untuk mempertahankan satu sistem pilihanraya yang bersih, telus & adil. 

Tarikh 21hb September, 2016. 

Pakatan Harapan Perak

4 Responses to "8, 976 pengundi Parlimen Bukit Gantang, dimasukkan ke Parlimen Taiping,"

  1. Sebanyak "8,952 pengundi pembangkan diubah lokasi"?
    Maksudnya SPR ada nama setiap rakyat Malaysia yang pangkah pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Sebenar nya undi tak rashia. Bukan kah setiap kertas undi mempunyai serial number. Itu sebab mengapa pengunsi awal, polis dan askar tidak berani memangkah parti selain BN walau pun mereka membenci parti tersebut. Dek kerana itu di PRU ke 14 nanti aku sekeluarga tidak akan keluar mengundi.

    ReplyDelete
  3. Kalau camtu tak ada makna sertai pilihanraya. Kalau rakyat pilih ke jalanraya amacam?

    ReplyDelete
  4. Kalau camtu tak ada makna sertai pilihanraya. Kalau rakyat pilih ke jalanraya amacam?

    ReplyDelete