Terkini

Muhyiddin, Shafie, Husni patut dilindungi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.


 Mereka seperti  Tan Sri  Muhyiddin  Yassin , Datuk ShafieAfdal dan juga Datuk Seri Husni Hanadzlah seharusnya dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

Sementara itu,Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low juga dilaporkan menyebut bahawa pemberi maklumat yang mendedahkan rasuah atau penipuan yang melibatkan Akta Rahsia Rasmi perlu diberikan perlindungan.

Justeru OSA sendiri seharusnya ada pengecualian terhadap mereka yang memberikan maklumat berkenaan rasuah dan salah guna walaupun yang berkaitan dengan maklumat dan dokumen yang telah diklasifikasikan.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini menyatakan TS Muhyiddin dan  DS Husni mungkin melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Bajet 2017 di  Parlimen.

Dalam pada itu. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan polis akan mengambil keterangan Muhyiddin, Husni dan Datuk Shafie Apdal.

Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1MDB.


0 Response to "Muhyiddin, Shafie, Husni patut dilindungi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat."

Post a Comment