Terkini

Nak kaya kroni, rompak duit rakyat tubuh BADAN lain.

_Kenyataan Media_

*TANPA GST EKONOMI NEGARA LUMPUH,DENGAN GST EKONOMI RAKYAT RUNTUH: NAJIB PM 'PICK POCKET'*.

1. *_Kenyataan PM Najib ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST_* suatu yang sangat lucu dan memalukan. *_Mencukai rakyat dengan GST_* untuk memajukan negara menunjukan *Najib menjadi PM yang tak perlu pakai otak* untuk fikir bagaimana menjana kewangan menambah pendapatan negara selain dari *menjadi penyeluk saku (pick pocket) rakyat*.

2.Kenyataan Najib tidak langsung bersifat *_'pro rakyat''_* tetapi sebaliknya bersifat *'peras rakyat'*.Najib dan kerajaan cuba untuk menakutkan rakyatkan kononnya ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST. *_Cukai GST_* bukan sekadar mekanisma untuk menghalang peniaga peniaga lari dari bayar cukai tetapi *_GST juga adalah cukai yang bertujuan untuk mengenakan cukai keatas setiap rakyat yang tak layak dicukaikan_*.

*KERAJAAN UmnoBN DAH JADI KERAJAAN KONGSI GELAP*

3.Kenyataan Najib sekadar untuk menghalalkan tindakan kerajaan mengenakan GST yang merupakan langkah *_memeras rakyat_* untuk menampung perbelanjaan negara.Tak ada idea yang tidak membebankan rakyat. *Najib dan kerajaan UmnoBn dah jadi macam kumpulan kongsi gelap yang memeras rakyat dengan wang perlindungan (protection money)*.

*_"Kepada Najib dan rakyat ingin saya tegaskan ekonomi negara akan lumpuh dan runtuh dengan rasuah,penyelewengan,pembaziran,salah guna kuasa dan salah urus dari pemimpin negara yang tidak amanah dan tidak berintegriti"_*.

4.Rakyat terpaksa *menanggung beban GST untuk kebodohan dan kejahatan Najib UmnoBn memerintah negara*.

Apa tidaknya kalau pembaziran pentadbiran negara yang bertujuan untuk merompak wang rakyat. Dah ada *_EPU_* di tubuhnya *_PEMANDU_*.Dah ada *_MARA_* dibuatnya *_TERAJU_*.Dah ada *_Syarikat Perumahan Negara (SPN)_* ditubuh pula *_PR1MA_*.Dah ada *_JPJ_* dibuatnya *_SPAD_* Dah ada *_KHAZANAH_* ditubuhnya *_1MDB_* untuk curi wang rakyat. *_"Siapa yang bayar gaji?..Rakyat yg bayar!"._*

*_Nilai harga keborosan,kebodohan,kezaliman,kerakusan dan kejahatan Najib bersama UmnoBn dalam menguruskan negara terpaksa ditanggung oleh rakyat_*.

*_"Mentadbir negara dengan dwi agensi merupakan satu pembaziran"_*

*_#GSTBebanRakyat_*
*_#MansuhGST_*
*_#GSTUntukKebodohanKejahatanPM_*
*_#SelamatkanRakyat_*
*_#SelamatkanMalaysia_*.

 *DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
_Ahli Parlimen Pokok Sena_
12.30pm Parlimen Malaysia
19 Okt 2016/18 Muharam 1438H.

3 Responses to "Nak kaya kroni, rompak duit rakyat tubuh BADAN lain."

  1. Masih ada lagi Rakyat Malaysia yg pangkah BN untuk menambah kesengsaraan Rakyat yg lain.

    ReplyDelete
  2. Masih ada lagi Rakyat Malaysia yg pangkah BN untuk menambah kesengsaraan Rakyat yg lain.

    ReplyDelete
  3. Kamu yang bangangnya....GST dikutip utk perbelanjaan kerajaan...selama ini hasil kerajaan tak cukup....so GST nak tambah pendapatan Negara....GST dah dilaksana oleh lebih 160 Negara....rakyat Malaysia paling manja dan malas....semua nak percuma!

    ReplyDelete