Terkini

AMANAH sedia tanding kerusi PAS di Bukit Gantang

PRU14: AMANAH BERSEDIA AMBIL ALIH KERUSI PAS

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak menyatakan kesediaan untuk meletakkan calon-calon yang berwibawa di kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh PAS semasa Pilihan Raya Umum ke – 13 (PRU13) pada tahun 2013 yang lalu selain di kerusi di Parlimen Kawasan Parit Buntar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Changkat Jering.

Pada PRU13 dahulu, kesepakatan atas nama Pakatan Rakyat (PR) menyaksikan sokongan rakyat yang telah menterjemahkan undi di peti-peti undi seluruh Negeri Perak .Ini telah mencemaskan Barisan Nasional (BN) yang mana BN telah tumbang pada PRU12 tahun 2008 ,telah dibuktikan melalui perubahan yang telah dilakukan dahulu atas semangat sepakatan kita sebelum ini.

Sekarang ini atas nama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU14 nanti, dengan kehadiran beberapa parti baharu termasuk Parti Pribumi BERSATU Malaysia dengan fokus ‘satu lawan satu’ menjadi agenda untuk menumbangkan BN sepertimana agenda yang turut di bawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menewaskan BN kelak.

AMANAH Perak serahkan kepada PH atau gabungan yang bakal dibentuk dengan beberapa parti yang lain untuk meneruskan agenda membela rakyat di kerusi-kerusi tersebut agar hasrat menumbangkan BN akan tercapai jika semua pihak bekerjasama untuk mengalahkan BN pada PRU14 nanti dan jangan ada yang menjadi pengkhianat untuk mengekalkan BN terus memerintah!

#HarapanBaru

DATO’ SERI IR HAJI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak

3 Responses to "AMANAH sedia tanding kerusi PAS di Bukit Gantang"

  1. Elok sangatlah AMANAH bertanding.

    Buat apa nak menangkan calon yang suka di kencing hidup2 sebanyak 13 kali. Duduk dalam parlimen pun..tak keluar suara.

    Soalan; adakah PAS sudah keluarkan bajet 2017 mereka untuk rakyat Malaysia?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Lanie...kena chargas bergerak...
      Puak2 suka kena kencing...dah tak boleh diharapkan lagi.

      Delete