Terkini

Aturcara H355.

6.00pm: Lebih 50,000 orang kini berada di perhimpunan bagi menyokong pindaan Akta 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Padang Merbok kini dibanjiri lautan peserta berbaju ungu dan ribuan duduk di kiri dan kanan Jalan Parlimen serta di padang seberang jalan.

Ribuan lagi bergerak sepanjang Jalan Parlimen mencari tempat untuk duduk. Di pentas utama, pendakwah popular Azhar Idrus mengadakan sesi soal jawab bersama peserta



Kepada yang hadir, ini tentatif program.


ATURCARA H355

Tarikh : 18 Feb 2017 Hari : Sabtu Masa : 2.00 petang - 11.00 malam 
Tempat : Padang Merbok Kuala Lumpur 
02.05 ptg : Nasyid Islami
02.15 ptg : MC (Wahid Senario & Us Hafez) 
02.20 ptg : Nasyid Nowseeheart 
02.30 ptg : Pidato 1 : GAMIS 
02.37 ptg : Pidato 2 : Bro Sivan 
02.43 ptg : Lagu Ketuhanan Man John 
02.54 ptg : Pidato 3 : Mr Bala Subramaniam A/L Nachiapan 
03.00 ptg : Pidato 4 : Badan Amal Tarbiyah Sejagat - BATAS 
03.06 ptg : Nasyid Shoutul Amal 
03.17 ptg : Pidato 5 : AMEERAH 
03.23 ptg : Pidato 6 : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) 
03.29 ptg : Nasyid Nowseeheart 
03.40 ptg : Pidato 7 : AlifBa Ta SriKandi Masyhur - SriKandi 
03.46 ptg : Pidato 8 : YB. Ahli Parlimen Mewakili MP Muslim 
03.52 ptg : Lagu Ketuhanan Man John 
04.03 ptg : Pidato 9 : Ybhg Ustazah Nuridah binti Salleh 
04.09 ptg : Pidato 10 : Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda 
04.15 ptg : Pidato 11 : Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia 
04.26 ptg : Pidato 12 : Ketua Biro Pemuda Ittihad Ummah. 
04.32 ptg : Pidato 13 : Ybhg Ust Ahmad Dusuki Abd Rani 
04.38 ptg : Azan dan Solat Asar berjamaah 
05.00 ptg : Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus 
06.32 ptg : Selawat dan Qasidah 
07.30 mlm : Azan dan Solat Maghrib 
07.45 mlm : Solat dan Munajat 
08.00 mlm : Tazkirah 1 : Dato Dr Mahmuf Mohamad: (Ketua Kluster Dakwah Majlis Perunding Islam) 
08.16 mlm : Tazkirah 2 : YB Dato Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
08.40 mlm : Azan dan Solat Isyak 
08.50 mlm : Aluan MC PU Akram Ikrami 
09.00 mlm : Lagu Negaraku
09.03 mlm : Ucapan Aluan oleh : Ybhg Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Pengerusi Sekretariat Himpunan 355
09.16 mlm : Pidato 13 : Dato' Zainul Rijal Abu Bakar (Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia)
09.24 mlm : Pidato 14 : Ybhg Tuan Hj Aminudin bin Yahya (Pengerusi Sekretariat Ummat)
09.32 mlm : Pidato 15 : Ybhg Dato' Prof Hj Mahamad Naser Disa (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam M'sia)
09.40 mlm : Lagu Rasmi H355 oleh : Shoutul Amal 
09.46 mlm : Ikrar H355 oleh : Nasrudin bin Hassan (Pengarah H355)
09.54 mlm : Pidato 16 : Ybhg Tuan Hj Azmi bin Abdul Hamid (Pengerusi Kongres Rakyat)
10.02 mlm : Pidato 17 : Dato Dr Hassan Ali
10.10 mlm : Pidato 18 : Dr Yusri Mohamad (Majlis Amal Islami Malaysia - MAIM)
10.18 mlm : Pidato 19 : Dato Jailani Ngah (Pengerusi Sekretariat Ulamak & Umarak -UMUM)
10.26 mlm : Pidato 20 : Sohibus Samahah Dato' Dr Zulkifli Albakiri (Mufti Wilayah Persekutuan)
10.34 mlm : Pidato 21 : YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia / Ahli Parlimen Marang)
11.00 mlm : Majlis ditamatkan
11.05 mlm : Bersurai.

P/S: aku cari soaljawab RUU355. Tak jumpa. Korang jumpa?

20 Responses to "Aturcara H355."

  1. Memang tak akan jumpa soaljawab tu ..sebab apa tak akan jumpa...sebab,

    Belum bentang lagi tetapi sudah minta sokongan. Ada peluang bentang, hanya sekadar baca kemudian minta pula ditangguhkan huraian. Bukan sekali tetapi dua kali Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbuat demikian pada tahun lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tanpa kehadiran PAN agak terjejas juga kehadiran ke perhimpunan semalam.. keh keh..

      Delete
    2. keluasan padang Merbok dianggarkan kira-kira 1.5 kali lebih luas daripada padang bola sahaja.


      Jika setiap orang berdiri dengan selesa memenuhi setiap ruang 1.5 kali padang bola, keluasan terebut dikatakan hanya boleh menampung tidak lebih 30 ribu orang.

      Tapi...sebab walaunta punya pasal...aku iyakan aje lah yg hadir  200k. bagi hati walaunta gumbira sikit.

      ketua walaunta cakap...ahli PAS ada seramai 1 juta...semalam yang hadir hanya 200k shj...mana pergi lagi 800 ribu ahli PAS..sudah masuk PAN ke...? kehkehkeh...

      Delete
    3. Sudah lupa ke fakta bahawa ada satu parti yg mampu berahlikan seramai hanya 20K dan berpengundikan juga hanya 2% shj.. Memang memberi kesan tanpa kehadiran mereka kpd perhimpunan 200K tersebut iaitu 10 kali ganda dari ahli parti (20K) tersebut keh keh..

      Delete

    4.  Apa makna bangga itu kalau ramai yang datang diangkut dengan bas sewa khas dari utara dan timur tanah air bahkan guna bas JKR Kelantan?


      Tapi bila ditanya tentang, "apa yang anda tahu tentang RUU 355", "tahu tak berapa kali Abdul Hadi tangguh", "apa hukuman yang mahu dipinda", masing-masing jawab "tak tahu sangat", "Tuan Guru ulamak apa dia buat semua betul, kita bawah ini ikut saja" bahkan konsisten pula sebut "pindah RUU" bukan 'pinda' dan pemahaman pun silap. 

      ketua walaunta kencing berlari...pengikut pun...turut kencing berlari juga keh keh keh

      Delete
    5. Memang kena bangga bro.. sebab ada parti lain yg buat perhimpunan tak perlu langsung guna bas kerana hanya guna kereta sudah memadai. Kalau guna bas pasti bilangan seat akan melebihi penumpang bas itu sendiri. Malah lebih membanggakan lagi tidak perlu guna duit yahudi utk menjayakan himpunan!

      Bercakap mengenai kefahaman tentang RUU 355, bukankah kita sudah ada pakar hudud dlm parti? Jadi sebagai satu jemaah, kita serahkan shj kepada yg pakar dlm parti.

      Tak perlu hanya akur seperti pihak lain yg jika si kafir kata tolak hudud mereka akur shj. Malah mereka masih boleh akur bila si kafir mempengerusikan mesyuarat belek fatwa utk org islam sebelum dipersembahkan kpd yg di pertuan agung!

      Delete
    6. Jika sudah ada pakar hudud, kenapa 2 kali diberi peluang ...tergagap2 minta ditangguhkan?


      Yang tadbir Putrajaya ialah UMNO/BN.

      Yang bentang Akta 355 ialah Pas.

      Yang bangkang dan bantah Akta 355 ialah MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen BN dari Sabah serta Sarawak.

      Yang minta tangguh dua kali Akta 355 ialah Pas.

      Niat nak memartabatkan mahkamah syariah..tapi tak ikut peraturan..
      selepas itu...sesiapa tak sokong..kafirkan...Islam apakah kamu ini...Hadi Awang?

      Delete
    7. Itulah strategi politik namanya.. kami dah mahir dgn gelagat PAN ini. Mula2 nak dibentang hampir semua org terkejut, jadi kita berikan masa utk mereka mula mengkaji RUU 355 ini.. maka timbullah saranan bhw seolah2 ianya tiada had maka bimbang disalah guna.. jadi di sini kita dah tahu apa kerisauan pembangkang.. maka kali kedua setelah kita meletakkan had seperti yg dirisaukan, kita tangguhkan lagi utk melihat reaksi kpd pindaan yg pembangkang sendiri telah sarankan agar had diletak (sebenarnya sbg muslim pasti kita sudah pun tahu had2 yg ada dlm al quran! Tapi kita perlu juga melayan puak2 liberal ini).. dan pastinya sbg seorang ahli politik yg bijak, kita ambil juga peluang ini utk menambah momentum himpunan RUU 355. Dan seperti yg kita semua lihat, strategi kita memang benar2 berjaya sehinggakan sambutan melebihi Bersih 5 pula.

      Kami tidak pernah mengkafirkan sesiapapun termasuklah dlm isu RUU 355 ini. Kita hanya perlu tepuk dada tanya iman samada kita nak memperkasakan syariah ataupun kita nak bersama2 DAP menolak RUU 355! Majoriti org melayu telahpun membuktikan mereka bersama puak yg menyokong RUU 355 atau dgn erti kata lain bersatu hati hendak memperkasakan syariah manakala yg minoritinya pula masih di atas pagar dan yg selebihnya pula bersama DAP menolak RUU 355. Simple!

      Delete
    8. Stategi kluk klek, flip flop and u turn memang kepakaran Hadi Awang and the geng.

      jgn byk pusing2...nanti boleh muntah.

      Delete
    9. Bila sudah tiada lagu hujah begitulah bunyinya yg selalu keluar.. tapi it is ok..

      Boleh tuan jelaskan dalam isu apa yg dikatakan u-turn itu? Dah kerap juga saya dengar tapi tak pernah diperincikan utk perbincangan..

      Delete
    10. Tahun lepas pun u turn...berdegar2 akan Saman.

      PAS akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan ini.

      Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS akan memfailkan saman itu di England.

      "Kita telah membuat keputusan akan membawa kes itu ke mahkamah di England kerana kita difahamkan media tersebut berpusat di sana.


      Tahun ini punya..u turn..senyap sunyi dah kenyang makan 90 juta.


      PAS belum menyerahkan tuntutan kepada Sarawak Report meskipun tarikh akhir menarik balik artikel yang mendakwa kepimpinan kanan parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berlalu.
      Editor Clare Rewcastle Brown, dalam emel kepada FMT berkata, berkata tiada sebarang dokumen diserahkan kepadanya. “Tiada,” katanya menjawab soalan sama ada peguam PAS sudah menghantar writ dan dokumen lain yang menunjukkan mereka mahu berjumpa di mahkamah.


      Delete
    11. Bila kita sebut saman; sbg org yg MUNGKIN terpelajar sepatutnya tuan sudah boleh faham bahawa saman ni ada berbagai peringkat dari mula menghantar notis, perbincangan sebelum proceed saman, saman, perbicaraan di mahkamah, settle di luar mahkamah, jatuh hukum, rayuan, hukuman dibatalkan, hukuman dilaksanakan etc. Tak perlulah kita nak sebut setiap proses tu satu per satu; cukuplah dgn saman sahaja. Kalau org PAN di kg2 dan di bandar2 boleh lah tuan nak perbodohkan mereka betul tak?

      Hanya perlu tunggu segalanya berakhir baru boleh buat kesimpulan samada PAS proceed saman atau tak jadi saman @ u-turn (istilah yg digunakan tuan dan kita boleh ambil contoh kes LKS yg kononnya nak saman si razali tapi sampai kini satu notis apa pun si razali tak terima!).

      So antara TGHH dan LKS, siapa yg sebenarnya kaki u-turn?

      Delete
    12. Itu aje...? kalau dah tahu byk peingkat kena lalui...jgn bodoh sombong...berlagak cakap besar..bulan dpn akan saman!

      jangan taksub membabi buta...selagi tak baca perundangan..jgn riak dan bangga diri. rakyat melihat kelakuan Hadi Awang ni...bln ke bln..thn ke thn..

      Delete
    13. Aiik kita kan org melayu; ada bahasa yg biasa digunakan kengkadang merujuk kpd perkara yg lain. Sbg contoh, ibu tuan kata kpd tuan semasa kecil darjah 3. Besok besar nanti nak jadi apa? Katalah jawapan tuan nak jadi barua DAP! Takkan keesokan harinya tuan terus jadi barua DAP betul tak? Tunggulah bila dah habis universiti ke barulah boleh nak jadi spt yg tuan impikan itu..

      So begitu jugalah kalau kita kata bulan depan, itu bermakna kita mula bertindak utk proses menyaman dgn dimulai dgn proses mencari peguam dan kemudian melantik peguam dan begitulah proses seterusnya.

      Tapi tak pe; kita faham tahap IQ org2 PAN memang tak seberapa..

      Delete
  2. Hujah...Tanyalah...Hadi Awang pakar u turn.

    Oklah..sebab anda tanya dan pengikut tegar..Isu saman SR. sila perjelaskan..setiap kata2 u turn walaunta sehingga kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe kami faham PAN pun dah kehabisan hujah walaupun sudah diperincikan hujah2 antara siapa yg paling layak dipanggil pakar u turn! I just dont want to waste your time and also my time..

      Delete
    2. Hmmm....Ok saudara. Saya doakan semoga..sesuatu hari nanti...Allah SWT beri petunjuk kepada saudara.

      Tunjuk akhlak dan ajarlah Islam yang Addin. berbeza pendapat itu bagus..kita kena pandai uruskannya. tidak perlulah..sampai kita kafir mengkafirkan sesama Islam. tidak sombong, cakap besar. akhir kata..saya pesan kepada diri saya dan lain2..
      muhasabah, perbaikilah diri sendiri.

      Delete
    3. Pesanan yg terbaek tu tuan.. terima kasih utk doa tu tuan.. cumanya mungkin byk salah faham dalam kita berpolitik maka jadilah apa yg dah terjadi. Kita sendiri pun kenalah mula berubah dari segi memberi komen2 yg kadang2 membawa kpd fitnah.. itu kan tak bagus!

      Kita pun dah ada pendirian masing2 dlm menyokong pihak yg mana kita rasakan betul. Kalau kita rasa betul dlm sesuatu perkara tak semestinya pihak lain juga memiliki persaaan yg sama. Jadi eloklah hormati pendirian masing2. Cuma kadang2 reaksi yg diberi adalah hasil dari tindakbalas ke atas komen kasar pihak lawan. Tak kira di sebelah pihak mana pun saya sebenarnya memang tak gemar akan komen2 yg melampaui batas.

      Wassalam.

      Delete