Terkini

Fatwa Bai'ah Cerai Talak Isteri Terbatal, Husam akan edar.

FATWA BAI'AH CERAI TALAK ISTERI TERBATAL OLEH MAJLIS FATWA PERLIS AKAN DIEDARKAN - DATUK HUSAM

Datuk Husam Musa mendakwa, beliau mempunyai fatwa-fatwa yang jelas dari seluruh dunia bahawa bai'ah yang dibuat oleh Pas menjelang pilihan raya lalu (PRU13) yang boleh mencerai isteri ke talak tiga jika melompat parti terbatal.

"Saya akan siarkan fatwa yang pertama iaitu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis kerana ia telah disebut oleh YB Nasaruddin," kata Husam merujuk kepada Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud.

Sehubungan dengan itu, katanya, wakil-wakil rakyat Pas yang membaca bai'ah itu menjelang pilihan raya umum lalu boleh bila-bila masa keluar dari parti Pas dengan tidak terikat dengan bai'ah tersebut lagi, lapor Malaysia Dateline hari ini.

Husam berkata demikian dalam satu kenyataan malam tadi selepas kekecohan berlaku dalam Ceramah Mega Pas bertajuk "Husam Lari Dari Debat Bai'ah" di Kota Bharu.

Semua wakil rakyat Pas di Kelantan diminta berbai'ah (membuat aku janji atas nama agama) sebelum pilihan raya umum lalu bahawa mereka tidak akan melompat parti dan jika berbuat demikian isteri mereka tercerai dengan talak tiga.

Ekoran itu, tidak ada yang berani meninggalkan Pas walaupun parti itu berpecah kepada dua apabila tertubuhnya AMANAH kecuali dua iaitu Dr Hatta Ramli (MP Kubang Kerian) yang masuk AMANAH dan Datuk Kamarudin Jaffar (MP Tumpat) yang masuk PKR.

Husam sendiri telah dipecat dan menyertai AMANAH kemudiannya.

Cabar mencabar berlaku antara Husam dengan Nasarudin mengenai bai'ah ini sehinggalah mereka bersetuju berdebat.

Kemuncaknya malam tadi, 20 Februari apabila Pas menganjurkan ceramah atas nama "Husam Lari Dari Debat Bai'ah".

Dewan Pemuda Pas Kelantan telah menganjurkan ceramah mega itu di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V Kota Bharu.

Atas jemputan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nor Azaliza Mohd Alawi yang dibuat melalui facebooknya, Husam hadir malam tadi.

Mulanya beliau berada bersama penonton bagi mendengar ceramah itu selepas dijemput, namun beliau naik ke pentas selepas di ajak oleh penceramah ketika itu, Wan Ismail Wan Jusoh.

Permohonan beliau untuk memberikan ucapan ditolak oleh Datuk Nasaruddin Daud.

Husam kemudiannya diminta meninggalkan majlis itu selepas kekecohan berlaku ekoran tindakan seorang penonton yang meminta Husam berdebat malam itu juga.

Selepas itulah, Husam membuat satu ucapan di sebuah kedai makan yang terletak di perkarangan Kota Darul Naim, pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

10 Responses to "Fatwa Bai'ah Cerai Talak Isteri Terbatal, Husam akan edar."

  1. Patutlah beliau termimpi sampai 15 kali akan arwah yg mula2 mencadangkan agar baiah spt ini diadakan. Semasa mengumumkan beliau bermimpi 15 kali tu, kita menyangka beliau nak bagitahu bahawa beliaulah yg paling rapat dgn arwah berbanding pimpinan pas yg lain. Tapi rupa2nya dia nak menyalahkan arwah kerana baiah yg tidak lagi diakui betul oleh husam sendiri.. sukahatilah kamu husam... tanpa kamu dan tok peti songkok pun kami boleh buat perhimpunan lebih besar dari Bersih 5.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baiah tu salah salah je lah. Nak buat apa lagi!!!

      Memang pas terkenal buat kerja2 khurafat tetapi mengaku parti islam hahaha!!!

      Tukar nama partilah jadi parti khurafat setanah melayu!!!

      Himpunan 20,000 orang besar apa???

      Kau tak pernah pergi kl ke??? Kau tau tak padang merbok tu besar sikit daripada padang sekolah????

      Delete
    2. Kalau dah lebih besar dari Bersih 5 kira dah cukup bagus kerana dihadiri oleh majoritinya org beriman berbanding dgn Bersih 5 yg majoritinya org tak beriman. PAN memang takkan mampu nak buat punya!

      Delete
    3. 20,000 tu kira lebih besar daripada bersih 5 ke???

      Kau tak reti kira ke??? Otak taruk mana???

      Takkan jadi walaun kena jadi bodoh kot???

      Mana kau tahu majoriti ruu355 dihadiri oleh orang beriman bersih 5 pula orang tak beriman???

      Kalau orang tu kata kalau tak taat pada pas rosak akidah itu kira beriman ke???

      Kalau tak taat kepada Allah dan rasulnya barulah tak beriman!!!

      Amanah takkan mampu apanya, pas bakal pecah lagi ada la hahahaha!!!

      Selamat berpecah lagi!!! Adios!!!

      Delete
    4. woi nobody buat kelakar.. baru je berhimpun bersama dgn org beriman dah dikatakan nak berpecah.. masa org munafik berhimpun bersama dgn org yg tak beriman tak mau pulak dia fitnah kelakar macam ni .. keh keh..

      kalau setakat iq yg tak seberapa macam org PaN boleh lah percaya apa yg kau nak spin.. kesian tgk kau asyik terlupa bhw org PaS ah lama ikut ulamak yg dibenci oleh kafirun dan munafikun!!

      Delete
    5. Kau nak anggarkan berapa ribu pun aku tak kesah janji lebih besar dari Bersih 5. Org PaN pun dah tak nafikn hakikat ini.. tinggal kau sorang je yg masih malu nak mengaku.. keh keh

      Delete
    6. Ialah kalau parti penipu jual agama pemimpin pun kaki makan duit haram iman tah ke mana berhimpun macam mana pun bukannya islamik ya tak???

      Orang yang kau tuduh munafik tu lah yang sedang mengikuti ajaran islam supaya tidak bwrsekongkol denfan pemimpin zalim yang menganiaya rakyat!!!

      Kalau hari tu keluarkan amanat hadi mengatakan perlembagaan malaysia kafir hari ni menjunjung perlembagaan malaysia itu bukan munafiq ke???

      Hari tu mengkafirkan 3 juta ahli umno kalau ikut standard tu sebahagian amanat hadi tu sebahagian peserta himpunan ruu355 orang umbo yang dianggap kafir macam mana pulak berhimoun bersama orang beriman hahahhahaha!!!!

      Kalau orang beriman takkan berpeluk dengan pemimpin syiah yang membunuh dan merogol umat islam!!!!

      Hadi dah berpeluk dengan perogol tu, tak rasa apa2 ke???

      Iman dah tak ada kot hahahhaha!!!!

      Delete
    7. Iq rendah tu orang2 pas!!!

      Padang merbok boleh muat 20,000 orang dikatanya 300,000 orang!!!

      Peserta2 himpunan 300,000 orang dengan jumlah bas yang disediakan bila dibahagikan 1,200 orang satu bas!!! Sebuah bas boleh menampung 40 orang je satu2 masa!!!

      Kalau nak menipu tu berpada2lah jangan sampai membodohkan diri sendiri hahahha!!!!

      Nampak sangat nak tunjukkan diri sendiri bodoh!!!

      Orang pan mana yang mengakui hakikat tu cuba sebut???

      Aku tahu seorang je itupun menyindir pas!!! Aku rasa dia silap sebab walaun pas bodoh sangat mana reti bahasa sindiran hahahahha!!!!

      Paa akan pecah lagi kau tunggu je!!!

      Siapa nak bersekongkol dengan parti mengaku islam tetapi kaki maksiat???

      Delete
    8. Lagipun isu fatwa baiah talak tu pun dah menunjukkan pemimpin pas bodoh buat perkara khurafat dan sia2!!!

      Agaknya itulah sebabnya tak berani berdebat macam pondan!!!

      Kalau exco agama pun tak lulus ijazah pertama walaun lagi bodohlah daripada exco tu sebab ikut exco yang bodoh hahahhaha!!!

      Walaun tak ada orang lain yang lagi cerdik sikit ke nak ikut???

      Delete
    9. Buat lawak asyik diulang2 hujah2 lapok yg aku dah jawab berkali2.. hanya satu je hujah baru iaitu bilangan penumpang utk sebuah bas.. tapi hujah tu pun dah menunjukkan kebangangan PAN. Kalau aku ahli PAN pasti aku malu dgn hujah dangkal sebegini. Org berhimpun kau fikir naik bas shj ke? macamana dgn LRT, kereta, teksi, bas, khidmat uber, grabcar (mungkin first time kut nobody dgr adanya service sebegini) dan motorsikal. Benda macam ni pun nak kena ajar keh keh..

      Delete