Terkini

"PAS yang dulu bukan lagi yang sekarang"Abby Abadi.

*PAS YANG DULU BUKAN LAGI YANG SEKARANG*

Saya bersyukur dapat bersama Perjuangan PAS Awal HIJRAH tahun 2012 dulu. Banyak perkara yang saya belajar. Terutama tentang pentadbiran negara. ALLAH bagi saya faham jelas berkaitan agama DIA. 

Waktu tu saya ada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz (ATGNA) tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja. Setiap butir perkataan ATGNA saya pahat dalam kepala saya ini. 

Ramai jugalah Ustaz/Ustazah PAS jadi rujukan saya pada waktu itu. Turun naik pentas PAS tanpa henti. Semua dengan niat JIHAD, lawan UMNO/BN yang tolak hukum ISLAM & menzalimi rakyat. Segala macam dalil saya dengar daripada Ustaz-ustaz PAS. (Masih kemas tersemat dlm kepala ini) 

Daripada tak faham politik hingga saya lebih PAS daripada sebahagian ahli PAS yang lain pada waktu itu. 

Bangga ke sana sini dengan imej PAS. Lawan UMNO/BN dengab apa cara, pahala jihad kata ATGNA dan Ustaz Ustazah dalam PAS pada waktu itu.

Kena maki caci dan fitnah dengab penyokong & cybertrooper UMNo/BN jangan cakaplah. Segalanya dicari salah sampai kening saya pun bertahun baru nak tutup cerita.

Tapi gagahnya saya jalan terus sebab saya yakin dengan perjuangan PAS. Sampai kena banned terus tak boleh berlakon. Saya redha. Saya tak kisahpun sebab *saya nak masuk syurga berbanding nak masuk TV.*(hihi.. )

Kena banned nama juga. Takleh gi majlis kerajaan, macam-macamlah. Semua kerana bersama dengan Perjuangan PAS. 

*Alih-alih, lepas ketiadaan ATGNA segalanya berubah.* Baru betul apa yang ditulis dalam gambar ini (posting TMJ, 18 Feb, 11:57am). *Makin saya perasan PAS dah ke lain arah perjuangan mereka.*

Tetap nak menegakkan syiar ISLAM tapi nak bekerjasama dengan UmNO/BN pulak. Drama pulak situ sana sini. *Kejap Hudud, kejap RUU.* Skandal duit lagi. Walhal UMNO/BN yang menolak hukum ISLAM sekian lama dan menyalahgunakuasa selama hari ini. 

Saya naik pentas PAS pun tak tahu dah nak cakap apa. Panel yang bersama maki DAP, maki Amanah je kerja. Dengan UmNO/BN tak lawan dah. 

*Bila saya makin lama makin menjauh, ikut yang bersama Rakyat, ikut Amanah, ikut Pakatan Harapan ; orang-orang PAS pulak yang maki hamun saya. Konon saya tak betul, kembalilah ke pangkal jalan, semoga diberi petunjuk, cium bontot DAP, Khadam DAP dan sebagainya. Walhal saya tak baik sangatpun dgn DAP. Gitu-gitu je.*

Ahli-ahli DAP pun saya tak kenal sangat. Saya berbaik je semua yang bersama dengan Pakatan Harapan. Suka hati dia orang je main tuduh-tuduh. 

Lagi bodoh, bila kita cakap pasal hal negara, ada ahli PAS yang pertikaikan status 'janda' saya. Dia kata dia pun tak nak kat saya. Masalahnya saya nak ke kat dia? (hahaha.....) Gila sengal! Lupa tengok cermin agaknya. 🙊

Cuma jujur, saya suka Mr Lim Guan Eng, Mr Lim Kit Siang. Nampak lebih berakhlak & bersungguh menjaga Amanah Rakyat di Penang. Cakap kurang, kerja lebih. Macam itulah bagus 👍🏻 .

Saya tak nampak pun dia orang hina ISLAM seperti yang diperbesarkan. Kalau pun dia orang tolak Hudud ke, RUU ke biarlah, dah tentu diaorang bukan ISLAM. (Yang MCA, MIC sekutu UmNO korang buat buta je?) 

Yang buat cerita, fitnah maki hamun tu yang jahat sebenarnya. Lagi pulak kalau di kalangan alim ulama, lagi menakutkan. 

Ada ilmu tapi pusing-pusing cerita. Siapa dia? Fikirlah sendiri ye .

Mr Lim Guan Eng/Mr Lim Kit Siang pun tak de kuasa. Kalau betul nak hudud, UMNO/BN la yang patut beri jalan. Tak yah pusing fakta la. Memalukan. 

*PS: Ustaz/Ustazah/Ahli PAS ada je yang baik, tapi tak kelihatan sangat dah. Ya g ke depan semua akhlak ke laut. Mulut jangan cakaplah. Tak tahu pulak kalau macam tu dikira jihad untuk dapatkan syahid. Sodiihhhh.*

Sekian ☺

*ABBY ABADI FAIZAL*
( Pelakon Gerak Khas )
20 Februari 2017

Sumber : FB Abby

7 Responses to ""PAS yang dulu bukan lagi yang sekarang"Abby Abadi."

  1. Terima kasih Abby atas segala tunjuk ajar..

    Memandangkan Abby ada mengulas sedikit mengenai RUU dan hudud, Abby tak nak komen ke pasal kejayaan Himpunan RUU 355 baru2 ni? Di mana para hadirin majoritinya adalah org yg beriman berbanding Bersih 5 yg majoritinya adalah org yg tak beriman!

    Memang ada benarnya pujian Abby kepada LGE kerana terbukti beliau telah maju setapak lagi dgn berjaya mempengerusikan mesyuarat EXCO utk membincangkan samada perlu atau tidak sesuatu fatwa (utk org islam spt Abby sedangkan dia sendiri seorg kafir) itu dibawa kpd YDPA! Mungkin senario spt inilah yg Abby harap2kan dan kini sudahpun jadi kenyataan setelah ketiadaan arwah TGNA. Tahniah Abby kerana hasrat murni Abby sudah pun tercapai!

    Abby ada ke terbaca pasal pendapat Imam Shafei' mengenai adanya para ulamak yg samada dikasihi ataupun dibenci oleh para kafirun dan munafikun? Tahniah sekali lagi Abby kerana berjaya memilih ulamak yg dikasihi oleh para kafirun dan munafikun!

    Mengenai kerjasama dgn UMNO pula, sudah dijelaskan beberapa kali bhw kerjasama hanya utk perkara2 yg membawa kebaikan kepada islam dan rakyat sahaja i.e RUU dan bantuan kpd pelarian islam. Harap Abby maklum kerana kelihatannya Abby kini sedang terpesona dgn kehebatan Pakatan Harapan yg kini sdg giat bersekongkol dgn Tun Mahathir yg saya yakin adalah seorg yg hebat dan bersih di mata Abby dari segala macam gejala rasuah sepanjang pemerintahan beliau. Tahniah sekali lagi Abby!

    Saya amat terharu juga dgn pengorbanan Abby sebelum ini kpd perjuangan islam sehinggakan tidak lagi dijemput utk muncul di kaca tv. Jangan risau Abby, sekiranya Pakatan Harapan menang pd PRU14 ini, pastinya peluang sebegitu akan muncul kembali. Di waktu itu ambillah peluang utk berdakwah kpd DAP tentang kebaikan hudud. Itupun sekiranya Abby yakin akan keberkesanan hukum Allah ini di kalangan masyarakat majmuk dan sekiranya Abby juga sedar bahawa masyarakat majmuk ini pun adalah hasil dari ciptaan Allah jua!

    Sekian wassalam..


    ReplyDelete
  2. Ada orang kata dia ada proton buruk jer. Tup..tup ada Porsche Caymen atas nama dia. Tak pulak dia nafikan...ha..ha..ha

    ReplyDelete
  3. En. Anonymous,

    Tak payahlah pusing2 cerita pasal fatwa di pulau pinang!!!

    Fatwa adalah di bawah yang di pertuan agong. Hal yang diungkit oleh pemuda pas pulau pinang dah pun dijawab oleh mufti pulau pinang!!!

    Pemuda pas kalau dah kantoi memfitnah tu minta maaflah dan bertaubat!!!

    Jangan reka2 fitnah!!! Kalau jadi ahli pas ada no keahlian confirm masuk syurga ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul mufti p pinang dah pun mengesahkan bahawa fatwa akan singgah dahulu di meja mesyuarat exco utk makluman shj (kunonnya) sebelum kpd YDPA. Bukankah tujuan sebenar adalah utk ditapis kerana sebelum ini tiada pula wajib singgah di pejabat KM (sebelum DAP). Terima lah hakikat nobody..

      Delete