Terkini

Tak salah beli Audi Q7, tapi gaji Guru PASTI di paras kemiskinan.



Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata beliau mempunyai hak untuk membeli kereta Audi Q7 yang bernilai setengah juta ringgit untuk isterinya.

Khairuddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, dipetik berkata isu itu telah diperbesar-besarkan untuk mengalihkan perhatian daripada pindaan Rang Undang-Undang Syariah (RUU 355) yang dicadangkan parti Islam itu.

"Ini adalah isu kecil. Saya mempunyai hak untuk membeli apa-apa yang saya mahu. Saya juga boleh membeli sebuah lori atau kapal terbang, ia bukan urusan mereka," katanya seperti dilapor The Star Online kelmarin.

Memang tak salah beli helikopter, lori, kapal terbang.Tapi fikirkan fakir miskin di Kuala Nerus 500 orang.Guru PASTI yang bergaji di bawah paras kemiskinan.

0 Response to "Tak salah beli Audi Q7, tapi gaji Guru PASTI di paras kemiskinan."

Post a Comment