Paginya, saya dihalang berbahas.
Semasa sidang penggulungan hari ini, saya tekun mendengar 'kuliah' Exco Agama.
Itulah rutin Dewan 'Kuliah' Undangan Negeri Kelantan kebelakangan ini.
Tidak ada enakmen baru berkaitan Islam yang dibentangkan. Tidak ada program baru, penyelesaian permasalahan ummat atau pembentangan prestasi portfolio beliau.
Di negeri lain, tanpa slogan Membangun Bersama Islam, Enakmen Wasiat dan Enakmen Wakaf telah lama diluluskan. Enakmen berkaitan urusan mal atau kewangan ummat Islam, yang juga penting.
Tidak di Kelantan.
Mahkamah Syariah Jajahan masih berkongsi pejabat dengan Pendakwa Syariah.
Enakmen Pentadbiran Syariah kali terakhir disemak ialah sejak 1998.
Namun, syarahan nya mengalahkan Mufti dan Profesor. Kuliahnya pagi ini mengenai gugur nya talak orang yang berbai'ah talak ta'lik.
Tetapi apakah beliau layak memberi fatwa?
Apa kelayakan beliau berfatwa sesenang hati?
Pertanyaan seperti itu paling wajar ditanyakan kepada MB yang melantik beliau.
Rupanya, harga soalan mengenai kelayakan Exco Agama Kelantan sangat mahal.
Saya diiringi Bentara dengan cokmar diusung, keluar Dewan!
Sensiitif kepada Speaker Dewan menanyakan kelayakan kawan beliau, Exco Agama Kelantan?
Tanpa amaran. Saya 'digiring' keluar Dewan Undangan atas arahan Speaker DUN Kerajaan Islam Kelantan, dua tiga minit sebelum sidang ditamatkan.
Sejarah tercipta oleh sebuah Kerajaan pimpinan Dato Ahmad Yaakob. InsyaAllah ia kekal menjadi rekod sama ada kerajaan ini demokratik atau menghayati semangat 'syura' atau ketiadaan kelayakan menjadikan pimpinannya takut dengan bayang bayang sendiri.
YB Dato Husam Musa
22 Mac 2017/ 23 Jamadilakhir 1438
LIKE FB RASMI : https://www.facebook.com/datohusam/
Sabar husam, bila diajak berdebat di depan khalayak tuan tak berani pulak. Dalam DUN bukanlah medan yg sesuai utk berdebat kerana banyak agenda rakyat yg perlu dibincang dan diluluskan.
ReplyDeleteHang ni lambat.. jangan nafikan kebenaran... jangan melebong macam ulamak hang
DeleteBangun bro.. lama lah tido dgn mimpi ulamak penipu..
Deleteeh yang halau husam aritu sapa. kawan dah ada kat belakang
ReplyDeleteDalam dewan memang tak sesuai berdebat kerana lebih banyak agenda rakyat yg perlu diutamakan dan bukannya agenda peribadi. Ini dah tak berani berdebat pertikai pulak kelayakan org. Kalau ada kelayakan tinggi tapi akhirnya jadi macai DAP satu sen pun tak guna!
Deletebukan dlm dewan masa ceramah kat stadium. kawan dah ada kt pentas pun kenapa tak debat padahal ramai orang time tu. patut elok bagi sekali kat husam, tapi kena halau balik pulak dah tu cakap degor-degor takut la bila datang tak bagi pulok deba. agenda rakyat apa yang dilebongkan kat dewan tu, nak tambah bini ada la, tambah kereta mewah diskaun, rakyat dok miskin jugok, kawasan kotor macam takde idea nak majukan negeri kata islam, tapi kotor kawasan sekitar terutama kawasan market siti khadijah.
DeleteSebab tu lah PAN ni ibarat pendatang haram.suka main langgar majlis org tanpa protokol.. DAP tak ajar ke?
Delete