Terkini

Bersatu, beri impak besar politik Perak.-Nizar

24 Mac 2017
25 Jamadilakhir 1438

SEBARAN MEDIA

BERSATU: AKAN MEMBERI IMPAK BESAR POLITIK PERAK

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak yakin penyertaan Parti Pribumi BERSATU Malaysia bersama Pakatan Harapan (PH) menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti akan memberikan kesan dan impak besar terutamanya di Negeri Perak kelak.

Ditambah dengan kehadiran beberapa tokoh besar BERSATU ke Perak seperti Penasihat BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden BERSATU Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dan Timbalannya Dato' Seri Mukhriz Mahathir sudah tentu akan memberikan kesan besar di sini.

AMANAH Perak melihat usaha menyekat dan cubaan menghalang kehadiran tokoh-tokoh BERSATU ini menandakan bahawa UMNO / Barisan Nasional (BN) dan sekutunya begitu cemas dan bimbang kehadiran tokoh BERSATU ini ke Perak khasnya dalam tempoh yang terdekat ini.

Bagi AMANAH Perak, kerisauan dan ketakutan kehadiran tokoh BERSATU yang pernah berjasa kepada Negara ini yang kini bersama PH yang menjadi lawan utama BN pada PRU14 nanti dan fokus menumbangkan BN nanti adalah agenda utama bagi rakyat Perak khususnya.

#HarapanBaru

DATO’ SERI IR HAJI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak

4 Responses to "Bersatu, beri impak besar politik Perak.-Nizar"

  1. Ohhh BERSATUUUU ingatkan PANNNN!!

    ReplyDelete
  2. PASS kan kuat, boleh tanding sendirian menang 5 negeri. Buat apa nak heran Bersatu masuk PH. Amanah tak kuat, itu sebab dia bergabung dgn Bersatu, PKR dan DAP

    ReplyDelete
  3. PASS kan kuat, boleh tanding sendirian menang 5 negeri. Buat apa nak heran Bersatu masuk PH. Amanah tak kuat, itu sebab dia bergabung dgn Bersatu, PKR dan DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa pulak PAS risau.. kasihan kpd siti kasim ada la.. sekutu PAN..

      Delete