Terkini

Kerajaan bawa RUU355, sandiwara PAS ditipu selesai.

Siapa yang jadi biawak hidup, lidah bercabang RUU355  dibawa kerajaan?
Baca berita di bawah pandabgan Salahuddin Ayub tentang RUU355.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan BN akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) 355 sebagai pengakhiran 'sandiwara' Pas dibohongi.

Menurutnya, isu berkaitan pelaksanaan undang-Undang jenayah Syariah atau hukum hudud di Kelantan telah dibincangkan dalam mesyuarat Pas Pusat sejak beberapa tahun lalu ketika beliau dan beberapa pimpinan lain masih berada dalam Pas.

Satu jawatankuasa melibatkan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Kelantan, jelasnya, diputuskan dengan masing-masing dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Sebenarnya, selesailah sebuah sandiwara Pas ditipu bila dengan tiba-tiba Zahid mengumumkan kerajaanlah yang akan membawa Rang Undang-undang 355.

"Saya bertanggungjawab dunia sampai akhirat untuk saya beritahu rakyat pada malam ini (kelmarin). Kita bincang isu ini tahun 2013, 2014, 2015 sebelum kami mengakhiri perjuangan dalam Pas setelah muktamar 2015," ujarnya dalam ceramah di Pasir Tumboh, Kelantan kelmarin.


6 Responses to "Kerajaan bawa RUU355, sandiwara PAS ditipu selesai."

  1. Tak habis2 org PAN dengki dgn PAS.. rindu lah tu sekutu siti kasim ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak habis2 org PAS KENE MAIN DENGAN UMNO..RINDULAH TU DENGAN 90 JUTA DEDAK

      Delete
    2. Mujurlah siti kasim berjaya menyelamatkan imej Islam PAN di mata DAP apabila berjaya membawa topik ketuhanan yg selari dgn anutan PAN!

      Delete
  2. Xmalu ker puak pas ni..kan btul ceritanya tu...kalau taksub dgn hadi awang bole terkeluar islam...pasal hadikaki temberang....munafik..munafik..

    ReplyDelete
  3. Xmalu ker puak pas ni..kan btul ceritanya tu...kalau taksub dgn hadi awang bole terkeluar islam...pasal hadikaki temberang....munafik..munafik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa khabar siti zabedah kasim.. penyebar pemikiran PAN dalam isu ketuhanan melalui getaran.. tak pernah dengar org PAN berkomentar mengenai beliau.. taraf Mursyidul Am PAN ke dia ni?

      Delete