1.Bermula 2/4/2014 YAB Menteri Besar Kelantan bersama Dato Dr Mohamed Fadzli Hassan mengumumkan kerajaan Kelantan menyahut pelawaan Dato Seri Jamil Khir untuk menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan, diikuti dengan sokongan Dato dr Asyraf Wajdi. MB mensasarkan awal 2015 sebagai tarikh mula kuatkuasa hukum hudud di Kelantan dan sanggup hilang jawatan kalau gagal.
2. Kerajaan Kelantan merancang untuk mengadakan Sidang Khas Dun pada 27/12/2014 bagi meluluskan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 bagi membolehkan ianya diwartakan, persidangan khas ditangguhkan kerana banjir besar.
Pada 18/3/2015 undang undang hudud dan qisas diluluskan semula atas nama Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015 dan difahamkan telah diwartakan tarikh kuatkuasanya (namun belum dipublishkan kpd umum).
3. TGHH @ MP Marang pada hari yang sama (18/3/2015) memasukkan notis di Parlimen satu usul persendirian untuk meminda Akta 355 yang kemudiannya dipopularkan sebagai RUU 355, namun usul tersebut diubah dan diperbaiki beberapa kali, selain dua kali ditangguhkan pembentangannya walaupun telah diberi peluang oleh Speaker.
Akhirnya TPM mengumumkan kerajaan akan bentang sendiri RUU 355, Pas menyambut baik hasrat tersebut dan memperakukan itulah yang terbaik dan sepatutnya, tapi terkini PM Najib umumkan Kerajaan tidak akan bentang pula.
Pas dan UMNO sudah tentu ada alasan yang tersendiri kepada setiap perkembangan yang berlaku dan tetap dianggap baik bagi mereka, yang kekal dan tidak berubah hanya serangan dan hentaman ke atas Dap dan Amanah sebagai menolak Islam dan menentang hukum Allah.
Yg paling penting jangan kena tipu dgn DAP si kafirun.. sampaikan jd ketua Maqasid Syariah dan mempengerusikan mesyuarat fatwa dan juga pembawakan siti kasim dalam isu ketuhanan melalui getaran pun PAN tidak melihatnya sebagai satu kesalahan.. betapa hinanya jadi barua kafir.. mungkinkah ini memang adat jadi munafikun!
ReplyDeleteIsu apa yg kafirun tipu ya? Isu 2.6 billion? Isu duit MARA hilang? Isu duit Felda lesap? Sila jelaskan 3 isu tersebut kafirun mana tipu?
DeleteIsu apa yg kafirun tipu ya? Isu 2.6 billion? Isu duit MARA hilang? Isu duit Felda lesap? Sila jelaskan 3 isu tersebut kafirun mana tipu?
DeleteKetiga2 isu yg kamu bangkitkan tak ada kena mengena dgn aku. Namun begitu aku tak kesah menyentuhnya juga.. Ketiga2 isu itu telah terbukti akan keterlibatan Muslim jahiliyah terutamanya dan kafir hanyalah menjadi watak pembantu..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKenapa ramai antara kita yg rasa diri sendiri lebih mulia di sisi Allah azzawajal... apa jaminan yg pengakhiran hidup kita lebih baik berbanding org yg kita rendahkan...? Mulia bukan sebab kita ahli pas tapi kerana di dalam diri kita ada iman dan ihsan...
ReplyDeleteSetuju dgn zhuge liang..
ReplyDeleteBegitu juga ada org yg menentang RUU 355 merasa diri begitu mulia daripada org yg memperjuangkan RUU 355.. sehinggakan habis dihina disindir dan pelbagai gelagat anti ulamak nya. kenapakah begitu?
ReplyDelete