Terkini

Angin ribut, ujian daripada Allah-Mat Sabu.

*KENYATAAN SEGERA PRESIDEN AMANAH*

www.amanah.org.my

Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.

Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli Pas yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat.

Kepada mereka yang mengalami kecederaan, semoga mereka akan pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.

Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendakNya. Sebagai orang Islam, kita perlu redha dengan ketentuan dan sedikit ujian ini.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera.

Semoga Allah memberi ketenangan kepada kita semua. Kepada Allah jua tempat kita berlindung.

*MOHAMAD SABU*
Presiden
Parti Amanah Negara

6 Responses to "Angin ribut, ujian daripada Allah-Mat Sabu."

  1. Setuju.. ini semua ujian Allah.. pastinya PAS redha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...padan muka pigs...sibuk mencela orang...Allah cela pigs balik...hahaha...

      Delete
    2. Pasti Allah jua mencela kita yg memilih org yg makan pigs (pork) sebagai pemimpin kita..

      Delete
  2. Semoga abng Mat terus istiqamah dengan perjuangan Islam

    ReplyDelete
  3. X baik gelakkan orang..bila Allah turunkan musibah tu maknanya peringatan untuk kita semua..muhasabahlah diri masing2

    ReplyDelete