Terkini

Rafizi ada 12 kes bongkar rasuah, Pemuda PAS "syok" dengan UMNO.

PEMUDA PAS TERSALAH  ORANG APABILA  MENCABAR  YB  RAFIZI .

*Kenyataan YB Rafizi Ramli*

*Kenyataan Balas Cabaran Pemuda PAS Saya Bertanding di Pandan*

Saya membaca laporan serangan yang dibuat oleh perwakilan-perwakilan Pemuda PAS terhadap KEADILAN, terutamanya saya dan Timbalan Presiden KEADILAN, YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Secara khusus, perwakilan Pemuda PAS dari Selangor iaitu Mohd Sukri Omar dilaporkan mencabar saya supaya "berani menjadi anak jantan" dan bertanding sekali lagi di Parlimen Pandan.

Saya berasa lucu dengan cabaran itu kerana jika tidak kerana tindakan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak yang secara berterusan mengheret saya ke mahkamah (sama ada pertuduhan jenayah atau saman sivil), saya sudah tentu akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.

Lagi pun saya adalah wakil pembangkang pertama yang memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar iaitu sekitar 27,000 undi (atu 67% undi popular). Malah, kemenangan PRU13 lalu menjadikan saya ahli parlimen Melayu pembangkang yang mempunyai saiz majoriti paling besar di seluruh negara, jauh meninggalkan sahabat-sahabat dari PAS.

Di Pandan juga, undi Melayu yang saya menangi di peringkat Parlimen Pandan jauh meninggalkan undi Melayu yang dimenangi Naib Presiden PAS, Dato Iskandar Abdul Samad yang bertanding di DUN Cempaka di dalam parlimen saya. Maknanya ada pengundi Melayu di Pandan yang mengundi saya tetapi tidak mengundi PAS.

Sebab itu adalah sangat lucu apabila Pemuda PAS mencabar saya bertanding di Pandan kerana saya bukannya takut atau mahu lari ke mana-mana! 

Masalahnya saya telah dijatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun atas pertuduhan membongkar Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bagaimana 1MDB tidak membayar anak syarikat LTAT dan geran kerajaan diambil 1MDB walaupun ia dikeluarkan untuk anak syarikat LTAT. 

Atas sabitan itu, saya tidak dapat bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang.

Malah, saya mengikuti laporan serangan Pemuda PAS terhadap saya dari kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen 8, Mahkamah Shah Alam atas pertuduhan berhubung pendedahan saya mengenai skandal NFC dahulu.

Kalaulah ada anak-anak muda dan pemimpin Pemuda PAS yang sama-sama membantu saya menjalankan amanah melawan penyelewengan dan rasuah besar yang membabitkan pentadbiran Dato' Seri Najib, mungkin di sebelah saya di dalam kandang tertuduh adalah anak-anak muda pimpinan Pemuda PAS ini. Mungkin juga tugas itu dapat diagih-agihkan supaya tidaklah saya terpaksa berdepan sehingga 12 kes mahkamah kerana ada anak muda pimpinan Pemuda PAS yang berani juga membongkarkan penyelewengan rasuah pemerintah dan berdepan dengan hukuman penjara.

Malangnya ada pimpinan PAS (dulu dan kini) yang lebih selesa menerima wang rakyat terus dari Perdana Menteri, atau lagi selesa menyertai rombongan ke luar negara bersama pimpinan kerajaan, atau lebih selesa hadir dalam majlis Kelab Umno di United Kingdom, atau lebih selesa tidak mengundi di Parlimen bila mana belanjawan yang mengutip GST dan menekan rakyat dibentangkan Dato' Seri Najib.

Saya ingat tindakan Pemuda PAS masih belum menyaman saya atau membuat laporan polis mengenai Akuan Berkanun saya menamakan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang yang melalui akaun Dato' Seri Najib adalah kerana mereka tidak mahu saya hilang kelayakan bertanding agar mereka dapat berdepan dengan saya dalam PRU14 di Pandan nanti. Begitulah agaknya (bersangka baik).

Mencabar saingan politik kita dengan pelbagai gelaran dan ugutan bukanlah lambang keberanian. Lambang sebenar keberanian ialah berkata benar kepada pemerintah yang berkuasa sepenuhnya dan akan memenjarakan kita kerana kita berkata benar.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Naib Presiden KEADILAN

28 April 2017

19 Responses to "Rafizi ada 12 kes bongkar rasuah, Pemuda PAS "syok" dengan UMNO."

  1. Kalau cam tu pasti rafizi berani bertanding lagi di pondan eh pandan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi bodoh. Aku paling pantang kalau ada walaun bodoh macam kau!!!

      Woi sial, berapa banyak yang rafizi perjuangkan untuk rakyat???

      Berapa banyak presiden pas kaki makan duit haram berkorban untuk negara??

      Kalau tak takkan Allah laknat PAS sebagai babi!!!

      Kalau dah babi makan duit haram tu nak cerita apa lagi!!!

      Delete
    2. Tolol macam pemuda Pas juga nko ye......
      Dlm muktamar menyalak. DiParlemen menikus....

      Delete
    3. Bukan ke di parlimenlah PAS berjaya membentangkan usul RUU 355.. itupun sudah menjadi bukti kukuh akan kuat tekad islamnya. Tidak spt para kafirun dan munafikun yg hanya mengaharapkan undi non muslim utk kelangsungan hayat politik mereka!

      Delete
  2. Arwah Nik Aziz tak setuju orang Islam berdoa dua kali lepas sembahyang sebab Rasulullah tak buat!!!

    Bila orang tanya kenapa doa sekali Nik Aziz tanya balik kenapa doa dua kali???

    Itulah ilmu mantik!!!

    Kau tu macamlah aku tak ibgat persoalkan aku dengan menjawab dengan pertanyaan.

    Aku nak tanya kau kau tahu tak ilmu mantiq tu apa???

    Kalau jadi walaun tu kena jadi bengap ke???

    ReplyDelete
  3. Aku ni busy sebab tu tak berapa join blog. tapi aku memang pantang kaki maksiat tapi bertopeng agama. Hari ni aku free. Kalau kau nak balaa aku tunggu!!!

    Berani pulak tu suruh aku belajar agama konon!!!

    Apa punya hujah bodoh nak mampos!!! Aku dulu sekolah agama lah. Masuk universiti lagi. Macam aku tak tahu hadi cakap arab pakai bahasa pasar je. Bukan pandai sangat pun!!!

    Baguslah, walaun pun bodoh2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi macam tak berapa nak ada ilmu agama je.. pergi belajar lagi tau..

      Delete
  4. KP PAS yang baru lagi win kalu dibandingkan dengan yg lama... dah bercerai tapi masih nak berjimak😆😆😆😆😆😆😆😆😱😱😷😜😥😤😤😬😬😠😤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah hasilnya bila tiada perasaan hormat kpd sultan yg melantik mb dan para exco.. akibat sikap yg terlalu tunduk kpd para kafirun dan barua2 mereka yg sememangnya sudah biasa mengkhianati sultan ketika perlantikan mb baru selepas TSKI dulu..

      Delete
    2. Bila nko jadi kadi...., patut pun Allah tak bagi jadi mb kt selangor,,,,,,,,

      Delete
    3. Bukan jawatan yg PAS kejar.. kalau setakat jawatan MB, si kafir pun boleh jadi KM di Penang.. PAS hanya hendak melihat Islam dimertabatkan tak kira oleh sapa2 pun.. pastinya yg si kafir dan para munafik tak boleh buat ialah memertabatkan islam di tempat yg sepatutnya..

      Delete
  5. Elok lah kalau Y.B Rafizi jangan layan puak puak separuh tiang ni. Kalau PAS betul betul punyai pengaruh bertanding lah di kerusi yang pernah di menanggi dahulu. Jangan lupa bahawa kemenangan yang di kecapi ketika itu ada lah di sebabkan pengundi bukan Melayu. Kini kebanyakan orang Melayu sendiri sudah meluat dengan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bezanya PAN dan PAS dalam menilai sesuatu kemenangan.

      Pada PAN kemenangan mereka dihasilkan oleh undi bukan muslim.
      Pada PAS pula kemenangan mereka dikurniakan oleh Allah swt.

      Delete
    2. Maha bijaksana Allah, tak bagi menang pd orang yng tak mau jawatan.......dok dlm parlemen pun selok telor je....kih kih kih, dlm muktamar nyalak macam anjing kejar bewok, he3x

      Delete
    3. Itu hanya andaian syok sendiri kamu kerana masih tercari2 kelemahan PAS bilamana berjaya membentang usul RUU 355 dan pihak pembenci RUU 355 hanya mampu mengomel..

      Delete
  6. Peh tegar betul la ko ni kene sepak kiri kanan atas bawah masih bleh bersilat mencilok..teruskan berusaha..pas mmng ramai pendekar luar gelanggang mcm ko

    ReplyDelete
    Replies
    1. BkS,

      Begitulah tuduhan yg selalu PAS terima..
      Bila org (musuh) menuduh tanpa bukti, PAS sebenarnya malas melayan selagi tidak punyai bukti.. lalu menyalaklah para pembenci PAS mintak PAS saman si penuduh @ pemfitnah sambil entah berapa tan makian yg PAS terima..

      Tapi bila PAS memulakan saman iaitu masuk gelanggang, terus senyap para pemaki PAS tak berani bersuara lagi walaupun hanya dari luar gelanggang..

      Itu sebabnya aku amat sayang pada PAS!

      Delete
  7. Memanlah Pas ler ni org tak suka, tapi bila buat perhimpunan puluhan ribu yang datang. Sekarang pan org ramai suka sehingga dlm beberapa bulan sebanyak 150k borang habis diedarkan tapi bila buat ceramah kena buat kat kedai kopi sbb nak tarik org ramai dgn minum free. pkr dah mcm lidah bercabang, kalu betul Pas yang salah, buatlah keputusan utk tinggalakn Pas, ini tidak duk paut mana yang sempat saja. dap tak payah cerita, tai long ni sapa yang berani lawan, nak harap pkr dan pan, minta maaf jer lah. pan dan pkr kerja mrk lerni maki hamun Pas atas arahan dap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan tuan.. bukan puluhan ribu tapi RATUSAN RIBU YANG DATANG!

      Delete