Bicara Politik

Bicara Politik
22.1.18 Taiping.
Terkini

Dr Rozaimi mahu dialog mesra dengan Ustaz Dusuki.

[Respon Saya Terhadap Al-Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani]

Di saat ini sepatutnya kita fokus pada isu ibadah dan iktikaf, banyak pula pihak yang meminta saya memberi komentar atas tuduhan seorang ustaz selebriti terhadap pemunya sijil PhD Hadith yang mendakwa dirinya pakar hadis. Ramai netizens yang menyangka bahawa ustaz tersebut maksudkan saya dalam klip video ini dan meminta saya respon.

Setelah mendengar videonya berkali-kali, jika benar ustaz tersebut maksudkan saya, maka didapati terdapat beberapa maklumat yang tidak tepat yang beliau ucapkan tentang saya, ada juga andaian liar tanpa bukti yang beliau utarakan. Ada juga analisis beliau terhadap kenyataan saya yang perlu diluruskan. 

Dengan ini, saya dengan rendah hati ingin menawarkan dialog mesra bersama dengan al-fadhil ustaz Dusuki Abdul Rani untuk menjernihkan keadaan ini. Moga dengan dialog ini, kita dapat huraikan kekusutan yang berlaku. 

Wakil saya dari IQ Malaysia akan menghubungi al-Fadhil Ustaz untuk kita tetapkan tarikh dialog ini selepas raya Aidulfitri nanti. Doa saya agar al-Fadhil Ustaz diberkati oleh Allah selalu. 

Salam Ramadhan.

Dr Rozaimi Ramle 
Presiden Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia

*note: video asal saya berkaitan isu ini boleh tonton di link berikut:

https://youtu.be/2SS5uRKXvjU

1 Response to "Dr Rozaimi mahu dialog mesra dengan Ustaz Dusuki."