Terkini

Jadi pegawai di Majlis Daerah Tanjung Malim dengan ijazah palsu.?

Boleh jadi pegawai dengan cara diploma dan ijazah palsu.Ini berlaku di Perak.Jika siasatan polis selesai dan pegawai itu didakwa dan didapati bersalah sudah tentu risiko kepada pentadbiran Majlis  Daerah Tanjung Malim  terjejas.


IPOH - PKR Perak mendesak kerajaan negeri supaya campur tangan dan siasat pelantikan jawatan pegawai di agensi kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menggunakan sijil akademik palsu.

Naib Pengerusinya, Chang Lih Kang mendakwa, pihaknya mengenal pasti individu yang merupakan pegawai di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) itu menggunakan sijil diploma dan ijazah palsu untuk melayakkan diri menjawat jawatan tinggi di agensi terbabit.

Dakwanya, perkara itu disedari selepas semakan dan carian dibuat berhubung individu terbabit setelah timbul beberapa isu melibatkan PBT berkenaan.Sumber berita sijil ijazah palsu.


0 Response to "Jadi pegawai di Majlis Daerah Tanjung Malim dengan ijazah palsu.?"

Post a Comment