Terkini

RAFIZI kaki sebelah sudah penjara,tetap mahu BN kalah pilihanraya

Sejak 2 minggu lalu, setiap hujung minggu saya berkunjung ke kerusi-kerusi Parlimen marginal yang KEADILAN tewas tipis dalam PRU13 dahulu. Untuk menewaskan Dato' Seri Najib, kita perlu menang di kesemua kerusi marginal sebegini.

Setakat ini, saya dan pasukan kempen INVOKE telah singgah di Johor Bahru, Tanjung Malim, Padang Rengas, Tambun, Sungai Petani, Balik Pulau dan Bagan Serai. Selain Sungai Petani, semua kerusi lain adalah kerusi marginal.

Saya adalah seorang ahli parlimen yang sebelah kaki berada di dalam penjara dan sudah hampir pasti tidak bertanding dalam PRU14 dan diharamkan dari memegang jawatan politik untuk 5 tahun akan datang.

Sekali-sekala, dalam kepenatan dari satu kerusi ke satu kerusi, terlintas juga bahawa ini kerja sia-sia. Ramai lagi yang berebut-rebut mengatur langkah untuk menjadi menteri jika PH menang nanti, sepatutnya merekalah yang bersungguh-sungguh turun berjumpa rakyat untuk meyakinkan rakyat.

Masalahnya, memang lumrah manusia untuk mengambil jalan yang mudah dan tidak bersusah-susah. Kebiasaannya ramai yang lebih minat mengekori tokoh-tokoh besar seperti Anwar Ibrahim, Allahyarham TG Nik Aziz atau Tun Mahathir dalam ceramah-ceramah besar, kerana ceramah sebegitu akan dihadiri ramai.

Namun ceramah besar sebegitu tidak menjamin kemenangan kerana kehadiran banyaknya dari kumpulan penyokong tegar PH.

Akhirnya, pengundi atas pagar yang tidak berminat politik dan tidak pernah keluar rumah yang akan menentukan pemenang pilihanraya.

Mereka perlu didekati dengan pendekatan berbeza. Masanya perlu lain, kandungan kempennya juga lain.

Dan sessi penerangan untuk meyakinkan pengundi atas pagar ini tidak pernah dihadiri ribuan orang. Paling baik beberapa ratus orang sahaja. Selalunya antara puluhan hingga 200 orang.

Jadi saya faham kenapa ramai tidak mahu buat kerja ini. Saya pun sebenarnya selalu juga keberatan.

Tetapi saya tidak sampai hati apabila melihat rakyat biasa yang jauh lebih bersemangat. Staf di INVOKE (yang rata-ratanya anak muda profesional yang tidak pernah kenal politik) terpaksa bekerja 7 hari seminggu hampir tiap-tiap minggu, dalam keadaan mereka meninggalkan kerja professional mereka untuk membantu saya di INVOKE.

Kami juga disertai aktivis tegar reformasi yang dikenali Otai Reformis yang semuanya sudah berumur. Salah seorang dari mereka, kami panggil Uncle Saw dikenali ramai kerana kemahiran berpuisi dan berpantun secara spontan. Umur Uncle Saw sudah mencecah 70 tahun.

Geng Otai Reformis mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mengikuto trak kami masuk ke kampung dan bandar yang perlu disinggahi untuk berjumpa pengundi atas pagar.

Kami bicara soal kenaikan gaji, soal harga barang yang membebankan rakyat dan soal lambakan pekerja asing yang menyempitkan ruang kepada pekerja tempatan.

Ada masa trak kami berjaya menarik 200 orang di waktu pagi. Ada masa di waktu petang hari bekerja kehadiran baik sehingga 300 orang. Ada masa hanya 100 orang.

Saya mengingatkan diri saya, untuk cekal dalam sebuah perjuangan, niat perlu dibetulkan. Sesama manusia, lumrahnya keringat orang lain sukar dihargai jadi kalau niatnya untuk mendapat tempat di sisi manusia, anda akan kecewa. Kalau kuasa yang dicari, lumrahnya turun naik pemimpin dan kedudukan dunia telah pun ditentukan Allah.

Saya mengingatkan diri saya bahawa segala yang kita lakukan, hanyalah sebahagian dari usaha kecil kita untuk membuat amal sebagai hamba Allah. Walaupun ramai manusia yang melihatnya sia-sia, niat saya ialah demi mencari sedikit keredhaan Allah.

Esok (Sabtu dan Ahad) trak kami bergerak ke Selatan pula (di Johor dan Melaka). Staf INVOKE terpaksa bertolak awal selepas Subuh untuk sampai ke destinasi pertama di Sembrong. Dari Sembrong, kami ke Ledang sebelum berakhir di Segamat. Esoknya hari Ahad trak kami ke Melaka.

Dan begitulah setiap minggu.

Kalau ada masa, singgahlah melawat trak kami di destinasi berdekatan. Paling kurang anda boleh menilai rancangan kami menyelesaikan 3 perkara tadi.

Semua dijemput hadir, pendaftaran boleh dilakukan secara percuma di link: http://bit.ly/JomBinaSemulaNegara

Sila sebarkan mesej ini ke seberapa ramai melalui WhatsApp dan Facebook untuk bersama menjayakan kempen Bina Semula Negara ini, perubahan boleh berlaku dengan setiap usaha kita.

Rafizi Ramli
Sukarelawan INVOKE #00001

11 Responses to "RAFIZI kaki sebelah sudah penjara,tetap mahu BN kalah pilihanraya"

  1. Ohh INVOKE ni buat kerja2 kempen utk pkr rupa2nya! Patutlah mereka kempen kata majoriti org melayu pembangkang tidak sokong pas lagi berbanding kenyataan suaram yg kata org melayu sokong pas berbanding Tun M!

    Tapi INVOKE kata majoriti org melayu pembangkang sokong parti2 yg redho kpd gejala lgbt gejala murtad gejala siti kasim gejala jijik hukum sebat terbuka gejala pangkah ruu 355 dan juga gejala pkfz gejala bmf gejala perwaja gejala ipp gejala selamat syarikat anak gejala penswastaan sampaikan biasiswa pun turut diswastakan.

    Serta ini bermaksud INVOKE cuba nak menyatakan majoriti org melayu pembangkang tidak sokong lagi parti islam yg perjuangkan hudud.. cerdik jugak majoriti org melayu pembangkang ni yea!!

    ReplyDelete
  2. Rafizi ada karisma seorang pemimpin berdedikasi ... dan bukan pemakan dedak..syabas Rafizi walau sebelah kakimu telah dipenjara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pemimpin politik ada karisma masing2 cuma samada benar2 jadi kenyataan akan naik jadi pemimpin besar atau tidak..

      Delete
    2. Karisma teratas dimiliki oleh mr presideng parti cap bulang dari Marang!!'kahkahkah!!

      Delete
    3. Aku pun boleh cakap karisma pemfitnah (UG) lebai pangkor 2 lagi lah hebat..

      Delete
    4. Semua orang berkarisma boleh memimpin tapi x semua pemimpin itu berkarisma..ada pemimpin berkarisma..tapi hanya sebagai seorang alim ulama, bukan pemerintah..begitulah sebaliknya

      Delete
    5. BkS, Aku tahu kamu tujukan tulisan kamu itu kepada Mursyidul Am PAN dan aku amat setuju dgn kamu.. lihatlah apa yg terjadi kpd beliau sekarang! Ada macam takde je.. kalau kita rujuk kpd biskut; sekurang2nya sekejap ada sekejap takde sekejap ade balik..biskut pun lebih berkarisma!

      Delete
  3. Jawatan murshidul kt Malaysia hanya ada dlm satu parti sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke tima kasih BkS.. so apa jawatannya UAA tu?

      Delete
    2. Jawatan Presiden PAS tak nak tanya???

      Satu-satunya tugas Presiden PAS sekarang ialah baca RUU 355 hahahahaha!!!!

      Baca RUU 355 sampai sakit2!!! Sampai sekarang tak habis2!!!

      Uzur sangat dah Presiden PAS tu. Dah tak layak jadi Presiden dah. Baca doa pun tak layak. Layak baca teks RUU 355 je. Itupun tak boleh dihabiskan sebab dah jadi balaci Jho Low hahahahah!!!

      Jadi balaci cina kafir laknat perompak wang negara hahahahaha!!!!

      Delete
    3. Patutlah org kata kau budak bodoh.. presiden pas tu kan jawatan.. apa lagi yg kau tanya budak bodoh..

      Delete