Terkini

HERMAN SAMSUDEEN hang buat fitnah hang tunggu saman Mahfuz Omar

BismillahirRahmanirRahim

KENYATAAN MEDIA
DATO' MAHFUZ OMAR

SAUDARA HELMAN BIN SANUDDIN, TUNGGU SAMAN SAYA

1. Pada 21/04/2018 saya dihujani mesej melalui applikasi whatsapp dan panggilan telefon dari ramai kenalan berkaitan satu tulisan daripada seseorang yang menggunakan nama “Herman Samsudeen”. Tulisan oleh “Herman Samsudeen” mendakwa dan menuduh saya menerima tajaan daripada pimpinan Umno sebanyak RM60k dalam kempen pilihanraya 2008 dan 2013.

2. Lebih dari itu “Herman Samsudeen” juga menulis mendakwa perkahwinan anak perempuan saya pada 2016 juga ditaja oleh pemimpinan Umno sebanyak RM40 ribu. 

Saya tahu dan kenal siapa “Herman Samsudeen” ini. Dia bekerja di
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Jabatan Perdana Menteri) Tingkat 10, Bangunan Wisma KWSG.

Di dalam Pas beliau adalah Ketua Psywar PAS Wilayah Persekutuan. Pernah memimpin Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan.

Semua tulisan fitnah beliau dimuatnaik di applikasi facebook milik beliau yang menggunakan nama “Herman Samsudeen”.

3. Saya menafikan semua dakwaan di dalam tulisan “Herman Samsudeen” tersebut dan telah mendapatkan nasihat dari peguam saya untuk tindakan undang-undang. Ini merupakan fitnah yang sengaja dilemparkan kepada saya bagi menjatuhkan kredibiliti, mencacatkan dan mencemarkan nama baik serta reputasi saya ketika pilihanraya umum ke-14 semakin hampir. 

4. Saudara “Herman Samsudeen” tidak perlu berselindung di sebalik nama samaran dan “tanda soal”. Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya. Tindakan undang-undang akan diambil seberapa segera tanpa perlu menunggu selepas pilihanraya.

5. Saudara Helman Bin Sanuddin,  tunggu saman saya RM500 ribu dan bersedia di mahkamah nanti. Jangan hanya kerana seronok menabur cerita, kelak menyusahkan diri terpaksa bergolok bergadai mencari RM500 ribu.

#TolakBn
#UndiPh
#KitaBinaSemulaMalaysia

DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Naib Presiden Amanah
2:00 pm Taman Al-Walid Alor Setar
27 Apr 2018/11 Syaaban 1439H

7 Responses to "HERMAN SAMSUDEEN hang buat fitnah hang tunggu saman Mahfuz Omar"

  1. Ini kah tarbiah Parti yg mengaku mmperjuangkan ISLAM pd ahli2nya .....
    Kalau ini lah antara tarbiahnya, ianya menjadi satu fitnah besar pd Agama...

    ReplyDelete
  2. Org mcm ni saman je sampai Papa kedana.. ..

    ReplyDelete
  3. Bila kepala berwajahkan lebai tapi kaki lebong, tak heran laa pengikut2 kaki fitnah!

    ReplyDelete
  4. bagus dato' ajar ckup'2 jenis mulut celake nie.

    ReplyDelete
  5. bagus dato' ajar ckup'2 jenis mulut celake nie.

    ReplyDelete
  6. pemimpin dia yg makan duit umno..pemimpin amanah pulak difitnah..

    pas semakin jahat.. dua kali jahat dibuatnya. mkn duit umno.. tuduh org lain pulak.

    pas dh amal micheavelli ke.. halalkn cara atas nama perang saikologi. mana dosa pahala..

    semakin jelas pas difikrah khawarij dn syiah sekali gus.

    masih nk sokong pas? kecuali anda memang buta ilmu tk kenal islam yg sebenar.

    ReplyDelete