Terkini

Blok UMNO dan PAS tak tahu peraturan lantik Speaker Dewan.

SYOK NAK JAWAB

Pagi ini Parlimen Ke-14 Malaysia bermula dengan urusan perlantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Mengikuti siaran langsung di kaca tv, permulaan Dewan sudah kelihatan ada persoalan dibangkitkan oleh blok pembangkang iaitu PAS dan Umno.

Kemudian, seorang penulis yang juga mungkin pegawai Ahli Parlimen PAS menulis begini :

Kenapa pembangkang walk out dari sidang dewan pagi tadi?

Kerana pada hari Pertama Dewan pun, Kerajaan PH Sudah Menipu.

Kerajaan Pakatan Harapan mencipta sejarah Malaysia Baru dengan menipu dalam proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat.

Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat no 4 menyebut:
"Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:

(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat"

Tarikh tutup penamaan calon Speaker ialah pada Isnin, 02 Julai 2018 iaitu 14 hari sebelum 16 Julai 2018 tarikh permulaan sidang. 

Umum mengetahui, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker oleh Kerajaan pada semalam, 15 Julai 2018. Sebelum pada itu PH mencadangkan nama Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul sebagai calon kemudian ditukar sebab bantahan dalaman.

Jadi, bagaimana SU Dewan Rakyat boleh berkata dia telah menerima surat pencalonan bertarikh 02 Julai 2018..?

Bukankah itu menipu namanya.?

(Catatan oleh Syed Ahmad Fadhli)

Respon aku begini :

Tulisan Syed Ahmad Fadli rasanya bukan berdasarkan fakta sebaliknya berdasarkan laporan media.

Peraturan Mesyuarat 4 (1) menghendaki nama calon Yang di-Pertua dihantar kepada Setiausaha Dewan sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh mula mesyuarat. Mengikut takwim Dewan Rakyat, 14 hari ialah pada 2/07/2018.

Syed Ahmad Fadli merujuk laporan akhbar atau khabar angin bahawa nama Datuk Mohamad Arif hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker pada 15 Julai 2018. Saudara Syed hanya bersandarkan khabar angin.

Setiausaha Dewan dengan jelas memaklumkan Dewan bahawa nama calon Speaker telah diterima mengikut Peraturan dan tiada nama lain diterima justeru Datuk Mohammad Ariff dipilih dan dilantik sebagai Yang di-Pertua mengikut Peraturan 4 (3).

Urusan penamaan calon Yang di-Pertua Dewan bukan dibuat melalui media tetapi melalui saluran Dewan. Apa saja laporan media bahawa nama Datuk Arif atau Dato' Johari Abdul hanya bualan di media tetapi urusan sebenar ialah melalui Setiausaha Dewan.

Membuat persepsi melalui laporan media adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan amat remeh serta kotor di pihak Pembangkang.

Pakatan Harapan telah menyerahkan nama Datuk Mohamad Arif kepada Setiausaha Dewan mengikut Peraturan tetapi kenyataan-kenyataan di media tidak menggambarkan fakta sebenar atas tujuan tertentu.

Tindakan wakil Pembangkang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 4 (1) untuk membantah proses lantikan Yang di-Pertua juga adalah pra matang.

Prosedur Dewan perlu jelas dan difahami. Dalam keadaan Yang di-Pertua Dewan belum dilantik, membangkitkan Peraturan Mesyuarat untuk diputuskan adalah tidak tepat kerana Setiausaha Dewan tidak mempunyai kuasa memutuskan isu Peraturan Mesyuarat di dalam Dewan. Itu kuasa Yang di-Pertua.

Proses itu pun tak faham macamana nak berfungsi sebagai ahli Dewan? Baca dulu.

Zulhazmi Shariff 
Batu Cavesp

0 Response to "Blok UMNO dan PAS tak tahu peraturan lantik Speaker Dewan."

Post a Comment