Terkini
Showing posts with label HARAPANBARU. Show all posts
Showing posts with label HARAPANBARU. Show all posts

Parti umur 18 tahun seperti umur 60.

Parti umur 18 tahun seperti umur 60.
Keadilan parti baru berumur 18 tahun, tetapi seperti umur 60 tahun.Bertindak tanpa emosi.Meminta lantikan politik di Kelantan meletak jawatan.Apalah sangat mungkin sekitar 60 orang, berbanding  PAS di Selangor sekitar 5000 orang masih memegang jawatan kerajaan.
Paling kurang pun Keadilan simpatilah dengan penjawat itu yang mungkin mengalami "stres" kerana beban kos hidup jika kehilangan jawatan,


KENYATAAN MEDIA

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada malam ini telah membincangkan beberapa perkara berkait keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN. Berikut adalah keputusan-keputusan yang telah dicapai:

1. KEADILAN menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan KEADILAN, tetapi KEADILAN menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Ini walaupun KEADILAN telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti. 

2. KEADILAN akan segera mengatur langkah berikut bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

3. KEADILAN juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik KEADILAN di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

4. Kedudukan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan KEADILAN bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

16 Mei 2017

Mahfuz Omar percaya Exco PAS Selangor berjiwa rakyat,

Mahfuz Omar percaya Exco PAS  Selangor berjiwa rakyat,
"Saya percaya 3 Exco dan beberapa Adun adalah berjiwa Selangor dan berjiwa bersama parti dalam Pakatan Harapan untuk membangunkan Selangor dan memastikan limpahan nikmat untuk rakyat Selangor," kata YB Datuk Mahfuz.

Mana-mana Exco atau Adun Pas di Selangor yang berjiwa rakyat disaran oleh YB Datuk Mahfuz Omar menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan ketika Pas terpaksa keluar dari kerajaan negeri selepas berpecah dari semua parti pembangkang.

Ahli parlimen Pas Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah untuk kekal dalam kerajaan negeri Selangor penting kerana itulah mandat yang diberikan rakyat kepada mereka ketika diundi semasa Pas berada dalam Pakatan Rakyat.Sumber




PAS parti yang sakit-Salahuddin Ayub,

PAS parti yang sakit-Salahuddin Ayub,
Ckt Jering-"PAS parti yang sakit" ucap Salahudin Ayub mengulas isu Hj Hadi  suruh pilih PAS atau UMNO dalam PRU akan datang.

HJ Salahuddin Ayub juga memberitahu dalam usrah diberitahu oleh Tok Guru, tidak boleh sokong, redha, ikut mereka yang zalim, tetapi sekarang boleh pula undi UMNO.
Salahuddin yang juga  Timbalan Presiden Amanah menjelaskan perkara tersebut dalam ceramahnya di Dun Ckt Jering, Bukit Gantang.


"Dan janganlah kamu cenderung menyokong orang-orang yang zalim kelak (kalau kamu berbuat demikian), api neraka akan membakar kamu, Pada hal tiada seorang penolong pun untuk kamu selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat apa-apa pertolongan." (Hud:113)

Perkataan “Ar-Rukuun” dalam ayat ini bererti cenderung, maka dengan cenderung sahaja pun kepada kezaliman sudah diharamkan oleh al-Quran dan diikatkan dengan cucuhan api neraka, di samping kehilangan pertolongan Allah kepada mereka.



PAS sekarang PAS Hj Hadi-Husam Musa.

PAS sekarang PAS Hj Hadi-Husam Musa.
Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan Pas pada masa ini bukan lagi parti yang menyambung perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

"Amanah adalah Pas Tok Guru Nik Aziz. Pas loni (sekarang) adalah Pas Haji Hadi (Presiden Pas)," katanya diikuti tepukan gemuruh orang ramai dalam ceramah di Cabang 4 Cherang, Kota Bharu semalam.


Nik Abduh jangan jadi tongkat Najib-Faiz Fadzil

Nik Abduh jangan jadi tongkat Najib-Faiz Fadzil
 Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz bahawa skandal rasuah dan pembaziran yang berlaku hari ini adalah kesakitan lama seolah-olah satu tindakan melindungi rasuah dan pembaziran berbilion ringgit yang sedang dilakukan oleh pentadbiran negara hari ini pimpinan kleptokrat global Datuk Seri Najib Razak.

Negara hari ini berhadapan krisis korupsi global yang amat kritikal bilamana skandal 1MDB menjadi subjek siasatan autoriti beberapa buah negara sehinggakan DOJ Amerika Syarikat mendedahkan Perdana Menteri adalah MO1 yang telah mencuri RM2.6 bilion.

Di samping itu, pendedahan SPRM bahawa terdapat 63 penjawat awam yang dituduh untuk tempoh 2016 hingga Februari tahun ini adalah satu angka yang besar dan begitu membimbangkan, apatah lagi lebih 60 peratus kes rasuah melibatkan pegawai muda bawah 40 tahun.

Tangkapan pegawai kanan Kerajaan termasuk dalam kes pegawai di Jabatan Air Sabah, Kementerian Belia dan Sukan dan EXCO Johor yang melibatkan rampasan jutaan ringgit wang tunai dan barangan mewah menunjukkan gejala rasuah adalah penyakit negara yang sudah membarah.

Persepsi rasuah negara

Indeks persepsi rasuah negara yang merosot dari tangga 54 ke 55 yang dikeluarkan oleh Transparency International amat memalukan negara.

Jenayah rasuah yang dilakukan oleh pemimpin negara dan penjawat awam hari ini tidak boleh lagi dibiarkan dan rakyat harus bersatu melawan gejala ini daripada terus menghancurkan negara.

Kemajuan negara dan pembangunan insan tidak akan tercapai jika negara dicemari dengan gejala rasuah kerana integriti adalah teras sesuatu kejayaan.

Nik Abduh tidak seharusnya terus membutakan mata dan memekakkan telinga dengan kes-kes rasuah terutama yang melibatkan Perdana Menteri.

Kenyataan beliau tersebut dilihat senada dengan saranan Perdana Menteri yang mahukan siasatan skandal Forex dijalankan sedangkan siasatan skandal 1MDB yang melibatkan perdana menteri terus dilindungi sehinggakan tidak dibenarkan untuk dibahaskan di Parlimen.

Nik Abduh tidak seharusnya terus menjadi tongkat kepada perdana menteri yang kepimpinannya semakin tempang akibat rasuah dan pembaziran. Justeru, agenda 'Tumbang Najib PRU14'(TN 14) adalah perjuangan paling utama bagi menyelamatkan negara.

Husam terikat Akta BAFIA, RM90 juta dedah di Mahkamah.

Husam terikat Akta  BAFIA, RM90 juta dedah di Mahkamah.


 BAFIA iaitu Bank and Financial Act atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan  menyebabkan   Husam Musa tidak boleh mendedahkam dokumen RM90 juta,

 Datuk Husam  terikat dengan BAFIA yang menghalang sebarang dokumen akaun mana -mana pihak didedahkan kepada umum, Datuk Husam sudah belajar dari kes Rafizi vs NFC Syahrizat dan lembunya dulu, kerana jika sabit kesalahan boleh didenda 3 tahun dan    di  penjara di Sungai Buluh, 

Justeru itu Datuk Husam bersedia disaman, kerana apabila masuk mahkamah, beliau mempunyai hak untuk mendapat kebenaran hakim untuk mendedahkan apa -apa dokumen berkaitan sepertimana dibenarkan dibawah seksyen 99 BAFIA.

Inilah masanya londehkan Husam Musa,

Inilah masanya londehkan Husam Musa,
Inilah masanya untuk matikan karier politik.Husam sudah buat dakwaan  PAS sudah terima 90 juta dari UMNO. Husam siap sebut nama Affin Bank.

Inilah masanya saman Husam di Mahkamah.Kuasa  10 ,Husam akan mati.Tapi ada berani.
Sementara itu , sebelum itu Datuk Husam Musa mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

"Adik kakak nak tau bank mana yang diguna. Ambe (saya) teka malam ni, tetapi hok ambe teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambe teka tu hok ambe tau.

"Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank," kata Husam dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial.

Husam sekali mencabar PAS samanlah, biarkan mahkamah tentukan keadilan.



Berapa lamakah PAS nak duduk jadi pembangkang- Muhyiddin


 Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat terus cuba memujuk Pas untuk bersama-sama dengan gabungan parti pembangkang bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Marilah kita duduk sama-sama untuk berunding. Matlamatnya hanya satu untuk mengalahkan BN. Saya rasa sukacita malam ini mendengar kenyataan yang tegas bahawa Pas tidak bekerjasama dengan Umno. Pas menentang Umno.
"Itu juga matlamat PPBM. Kita tidak akan tunduk pada Umno. Kita mahu mengalahkan Umno-BN supaya negara kita terjamin berada dalam keadaan yang lebih selamat," ujarnya pada kemuncak program ceramah anjuran Pas Selangor di Sungai Buloh malam tadi.
Menurut bekas Timbalan Presiden Umno itu, Pas tidak akan mampu untuk menjatuhkan BN yang sekian lama berakar umbi jika masih mahu bersendirian dan gagal menyelesaikan perselisihan dengan Amanah dan DAP.
"Berapa lamakah Pas nak duduk sebagai pembangkang? Mesti nak duduk jadi kerajaan. Saya pun tidak mahu lama sebagai pembangkang. Saya mahukan kuasa supaya saya boleh buat apa yang Najib tidak boleh buat. Saya nak laksanakan dasar-dasar yang baik untuk rakyat tetapi beri kuasa kepada kita. Bagi lima tahun saja dulu kalau tidak betul, buanglah.
"Kalau kita hanya mahu buat (jatuhkan BN) atas nama PPBM saya tidak yakin kita berjaya. Kalau Pas bersendirian menumbangkan BN, sejarah membuktikan tidak mungkin boleh berjaya. Ini sejarah tetapi kalau ada gandingan, kerjasama, muafakat atas tujuan muslihat yang satu dengan gabungan parti-parti lain lebih mudah untuk mencapai matlamat membentuk kerajaan