Terkini
Showing posts with label Hj Nizar.. Show all posts
Showing posts with label Hj Nizar.. Show all posts

Razman kena bayar Kos Mahkamah RM8500 kepada Nizar,

 Razman kena bayar Kos Mahkamah RM8500 kepada Nizar,
Razman minta tangguh perbicaraan, mahkamah arah bayar kos

Oleh MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR

IPOH: Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria hari ini memohon perbicaraan kes saman yang dikemukakan oleh Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin ditangguhkan. 

Mahkamah Sesyen Ipoh sebelum ini telah menetapkan hari ini dan esok sebagai hari perbicaraan saman tersebut. 

Penangguhan tersebut dibuat kerana Razman memfailkan Permohonan Pihak Ketiga bagi mengheret pihak akhbar Sinar Harian yang telah melaporkan kenyataan fitnah Razman tersebut di dalam prosiding.

"Walaupun permohonan itu melibatkan Defendan dan Sinar Harian, saya sebagai peguam plaintif (Nizar) telah menyatakan bantahan di hadapan Puan Hakim sebentar tadi terhadap permohonan defendan tersebut yang telah difailkan terlalu lewat.

"Sedangkan perbicaraan telah pun ditetapkan dan mereka boleh memfailkannya dengan lebih awal," kata peguam plaintif, Mohd Fitri Asmuni ketika ditemui.

Menurutnya, hal ini telah memprejudiskan Mohammad Nizar selaku plaintif dalam kes ini yang terpaksa menunggu lebih lama untuk kes ini diselesaikan sejak ianya difailkan pada Ogos, 2015.

Jelas Fitri, Puan Hakim yang ditemui di dalam Kamar Hakim turut mempersoalkan tindakan defendan tersebut. 

"Puan Hakim memaklumkan bahawa beliau memang mahu bicara dijalankan pada hari ini dan esok, tetapi terkejut bila pagi tadi peguam defendan tiba-tiba memohon penangguhan.

"Akan tetapi, penangguhan terpaksa juga dibenarkan oleh mahkamah walaupun mahkamah mahu kes ini dibicarakan pada hari ini demi untuk memberi ruang kepada permohonan defendan tersebut," katanya.

Ujarnya, beliau sendiri telah meminta anak guamnya hadir ke mahkamah pagi tadi dan bersedia sekiranya Mahkamah mahu bicara diteruskan. 

"Tetapi oleh kerana kes terpaksa ditangguhkan, maka saya telah memohon suatu kos diberikan kepada plaintif akibat dari penangguhan yang tidak wajar itu. 

"Mahkamah membenarkan permohonan saya dan memerintahkan Razman membayar kos sebanyak RM500 kepada plaintif untuk hari ini," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam plaintif telah meminta mahkamah mengarahkan Razman membayar kos sebanyak RM8000 pada hari ini. 

"Kos RM8000 tersebut adalah berkaitan dengan permohonan membatalkan saman yang difailkan oleh Razman terhadap Nizar serta permohonan membatalkan tuntutan balas yang difailkan oleh Nizar terhadap Razman."

Katanya, Razman telah kalah dalam kedua-dua permohonan tersebut dan Mahkamah telah memerintahkan Razman membayar kos masing-masing sebanyak RM5000 dan RM3000 kepada Plaintif. 

"Perintah tersebut telah dibuat sejak 24 November 2016 iaitu 5 bulan yang lalu, tetapi sehingga ke hari ini Razman masih gagal membayar kos RM8000 itu kepada plaintif walaupun telah beberapa kali diminta. 

"Jadi saya minta Mahkamah arahkan Razman bayar kos tersebut hari ini juga dan jika gagal, Razman mesti dikenakan hukuman Hina Mahkamah", jelas Fitri lagi.

Mahkamah membenarkan permohonan Fitri dengan mengarahkan Razman membayar kos RM8000 termasuk RM500 tetapi memberi peluang selewat-lewatnya sehingga Jumaat ini. 

Tahun lalu, Mantan Menteri Besar Perak itu memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya sebagaimana artikel yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP.

Bersatu, beri impak besar politik Perak.-Nizar

Bersatu, beri impak besar politik Perak.-Nizar
24 Mac 2017
25 Jamadilakhir 1438

SEBARAN MEDIA

BERSATU: AKAN MEMBERI IMPAK BESAR POLITIK PERAK

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak yakin penyertaan Parti Pribumi BERSATU Malaysia bersama Pakatan Harapan (PH) menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti akan memberikan kesan dan impak besar terutamanya di Negeri Perak kelak.

Ditambah dengan kehadiran beberapa tokoh besar BERSATU ke Perak seperti Penasihat BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden BERSATU Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dan Timbalannya Dato' Seri Mukhriz Mahathir sudah tentu akan memberikan kesan besar di sini.

AMANAH Perak melihat usaha menyekat dan cubaan menghalang kehadiran tokoh-tokoh BERSATU ini menandakan bahawa UMNO / Barisan Nasional (BN) dan sekutunya begitu cemas dan bimbang kehadiran tokoh BERSATU ini ke Perak khasnya dalam tempoh yang terdekat ini.

Bagi AMANAH Perak, kerisauan dan ketakutan kehadiran tokoh BERSATU yang pernah berjasa kepada Negara ini yang kini bersama PH yang menjadi lawan utama BN pada PRU14 nanti dan fokus menumbangkan BN nanti adalah agenda utama bagi rakyat Perak khususnya.

#HarapanBaru

DATO’ SERI IR HAJI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak

Razman enggan minta maaf, Nizar teruskan saman Razman Zakaria.

Razman enggan minta maaf, Nizar teruskan saman Razman Zakaria.
Ipoh,24 Oktober-Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mencadangkan saman yang difailkan oleh Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria diselesaikan diluar mahkamah.

Nizar berjiwa besar bersedia untuk menarik balik saman tersebut dengan syarat Razman perlu memohon maaf atas dakwaan fitnah yang dilemparkan ke atasnya. Namun Razman enggan memohon maaf dan kes tersebut terus dibicarakan.

TV3 kena bayar Nizar , RM200,000

TV3 kena bayar  Nizar , RM200,000
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) supaya membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana memfitnahnya berhubung laporan berita mengenai isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni berkata, jumlah ganti rugi itu merangkumi ganti rugi teladan dan keterlaluan. Bagaimanapun tiada arahan mengenai kos.

Keputusan hari ini dibuat oleh Timbalan Pendaftar, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli.

Antara lain, Fitri memberitahu pemberita, jumlah ganti rugi itu juga mengambil kira status Nizar ketika itu sebagai bekas menteri besar.

Pada 26 Februari 2014, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan oleh Nizar dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan turut memerintahkan TV3 membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Nizar selain mengarahkan agar taksiran ganti rugi dibuat di Mahkamah Tinggi.

Nizar selaku pihak plaintif memfailkan saman berhubung penyiaran berita mengenai isu nombor pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor yang dimenangi melalui proses bidaan berjumlah RM520,000.

Pada 12 April 2013, Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman RM50 juta oleh Nizar dengan alasan TV3 dan Penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah selaku pihak defendan berjaya membuktikan pembelaan mereka berdasarkan kewajaran dan ulasan saksama dalam perkara yang melibatkan kepentingan awam.

Nizar Jamaluddin juga tak boleh masuk Sarawak.

Nizar Jamaluddin juga tak boleh masuk Sarawak.
Maaf penduduk Sarawak Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin , ADUN Ckt Jering, bekas Menteri  Besar Perak juga tidak dapat masuk  Sarawak.

Menurut sumber, DS Nizar dalam senarai Jabatan Imigresen tidak boleh masuk Sarawak dalam musim PRN Sarawak 2016.

Pengaruh DS  Nizar  boleh mengganggu pengaruh parti BN di Sarawak.Justeru untuk menghalang pengaruh AMANAH , Ds Nizar juga dihalang masuk Sarawak.

Nizar hanya dapat masuk Sarawak dengan kebenaran Adenan Satem, Ketua Menteri.

WWW 1, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan TV3 batal saman Nizar.

WWW 1, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan TV3 batal saman Nizar.
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan TV3 untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan TV3 bersalah kerana memfitnah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Perak dalam isu nombor plat WWW1.

Mahkamah juga memutuskan bahawa Yang Arif Mohd Ariff yang mempengerusikan panel hakim ketika kes rayuan Nizar di Mahkamah Rayuan adalah tidak berat sebelah.

Nizar diwakili oleh peguam, Asmuni Awi, Mohd Fitri Asmuni dan Hasanuddin Mohd Yusoff.

Nizar saman Razman bukan saman PAS Perak.

Nizar saman Razman bukan saman PAS Perak.
Pada 16, 17, 18 Disember ini bicara saman fitnah DS  Nizar terhadap Razman akan berlangsung. Ds Nizar saman Haji Razman atas batang tubuh Hj Razman yang fitnah beliau, bukannya  Nizar saman institusi PAS atau jawatan Pesuruhjaya PAS.

Ini saman fitnah terhadap banyak mulut Hj Razman Zakaria.

Tidak rugi Nizar meminta maaf kepada Najib

Tidak rugi Nizar meminta maaf   kepada Najib
Dato Seri Nizar telah meminta maaf kepada Dato Seri Najib atas ucapannya semasa kempen pilihanraya PRU13  di Ipoh yang didakwa memfitnah Perdana Menteri.

DS Najib pun bersedia memaafkan dan tidak mahu panjangkan kes saman fitnah beliau terrhadap Nizar.

DS Nizar juga  sudah tentu meminta ampun dengan Allah s.w.t  dan Nizar akan lebih berhati-hati dengan ucapan atau tutur katanya.

 Sebagai pemimpin berjiwa besar, tindakan Nizar ini sudah tentu disambut  baik pengundi beliau dan , masyarakat.

Tidak rugi untuk Nizar meminta maaf dan berishtigfar.