Terkini
Showing posts with label dsai. Show all posts
Showing posts with label dsai. Show all posts

Anwar Ibrahim pun tahu Mahathir bukan ada kuasa.

Anwar Ibrahim pun tahu Mahathir bukan ada kuasa.
Terbaik DS Anwar yang bersetuju untuk bersama PH dan parti baru diketuai Dr Mahathir untuk  bersaing dengan UMNO/BN.
Anwar Ibarhim pun tahu buat apa bermusuh dengan Tun Dr Mahathir yang tidak ada kuasa.
Anwar pemimpin berjiwa besar.


Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara melihat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk sebuah parti baru untuk menentang Umno dan BN sebagai positif.

Beliau juga berpendapat bahawa adalah penting bagi parti-parti pembangkang untuk bersatu dan percaya parti baru seperti yang dicadangkan oleh Mahathir itu akan diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami sedang menunggu keputusan Muhyiddin kerana beliau akan menentukannya.

"Kami bersedia bersama mereka. Saya fikir ini adalah perkara yang positif," kata Anwar ketika ditemui di mahkamah hari ini

Anwar tarik balik saman RM100 juta ke atas Nallakaruppan.

Anwar tarik balik saman RM100 juta ke atas Nallakaruppan.
ANWAR TARIK BALIK SAMAN RM100 JUTA SELEPAS NALLAKARUPPAN DAKWA MEDIA PUTARBELITKAN KATA KATANYA

Bekas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim tarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Bersatu India Malaysia S Nallakaruppan

Anwar, yang mewakili dirinya sendiri, berkata dia bersetuju untuk menarik balik saman selepas Nallakaruppan menafikan membuat kenyataan kontroversi itu , dengan mendakwa bahawa kata-kata beliau telah diputarbelitkan oleh media.

Anwar juga berkata beliau gembira kerana dakwaan bahawa beliau adalah pengkhianat seperti afidavit oleh Penolong Pesuruhjaya Kanan Musa Hassan telah dinafikan oleh Nallakaruppan.

Terdahulu, ketika disoal Anwar (mewakili diri sendiri), Nallakaruppan berkata 30 anggota polis menyerbu rumahnya pada 31 Julai, 1998 dan merampas pelbagai barangan.

Anwar secara berseloroh menyoal mengapa ini berlaku sedangkan "awak bukan pengganas IS”.

Nallakaruppan berkata polis mahu mencari bukti bahawa beliau telah meminta maklumat daripada Timbalan Perdana Menteri (Anwar) untuk diberikan kepada kerajaan asing.

Anwar: Adakah dakwaan ini benar?

Nallakaruppan: Tidak, ini tak benar kerana saya tidak mahu kaitkan rakan saya (Anwar) kerana saya juga diugut untuk membuat pengakuan ini atau saya akan diletakkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Untuk ini, saya ditahan selama 38 hari.

Anwar: Apa yang berlaku sepanjang 38 hari tahanan?

Nallakaruppan: Polis cuba paksa saya untuk tandatangani kenyataan kosong dan mahu saya mengakui bahawa saya bertindak untuk negara asing dan Anwar menyediakan saya dengan maklumat. Anwar tidak memberikan apa-apa maklumat dan saya enggan buat kenyataan palsu atau menandatangani dokumen kosong itu.

Anwar kemudiannya mencelah "awak seorang yang sangat berani" dan ini diikuti gelak ketawa di dalam bilik mahkamah.

Anwar: Adakah awak sedar ada satu afidavit oleh SAC II tan Sri Musa Hassan yang kemudiannya menjadi ketua polis negara yang mendakwa bahawa awak (Nallakaruppan) memberi saya RM60 juta.

Nallakaruppan: Saya tidak tahu. Mereka ugut saya dengan ISA, (tetapi) saya tak berganjak untuk kaitkan Anwar.


Sentuhan Kak Wan bisa buat jubah guru tok terangkat.

Sentuhan Kak Wan bisa buat jubah guru tok terangkat.
SENTUHAN KAK WAN BISA BUAT JUBAH GURU TOK TERANGKAT !!

Tok masih ingat, bila guru tok hina Kak Wan dgn menyatakan Kak Wan tak layak jadi MB, Kak Wan diam dan ucap terima kasih.

Bila guru tok sain watikah benarkan calon2 parti tok bertanding tiga penjuru di Damansara, Sg Acheh dan byk tempat lagi, Kak Wan senyap je.

Bila guru tok nak bertanding di Bukit Besi, maka guru tok pun buat cerita kononnya calon Pkr edar pil kuda tapi guru tok tak sebut nama sebab mmg guru tok tak tahu siapa yg edar pun, Kak Wan diam lagi.

Bila Kak Wan bertanding di Pmatang Pauh, Pemuda parti tok istihar boikot dan keluar fatwa haram undi Pkr sebab Pkr tak sokong Hudud, Guru tok restu dan diam je bahkan sekali pun guru tok tak datang berkempen di Pmatang Pauh. Kak Wan cool je.

Bila PJ Parti tok di Johor dan Perak istihar akan bertanding semua Kerusi di dua negeri tersebut, bererti akan lawan Kerusi PKR, Dap dan Amanah, guru tok restu dan senyap. Kak Wan masih cool.

Bila guru tok berpakat dengan Azmin untuk bersama Amno agar menghalang Azizah jadi MB Sgor, Kak Wan relaks je.

Bila guru tok tanpa segan silu bersedondon Pink dengan Toghut yg mengepalai parti yg berhutang darah Memali, Kak Wan selamba je.

Bila Anwar dihalau oleh guru tok di Tganu sewaktu Anwar mahu berunding tentang calon MB Sgor dulu, Anwar dan Kak Wan tak kecuh pun.

Sekali....Kak Wan sakat sikit guru tok dengan menyatakan parti tok takde pengaruh di Sarawak maka tidak perlu bertanding di sana, guru tok terus menggelupur sakan. Apa lagi, walaun2 tok pun meroyan sama macam orang hilang bini kalau pun tidak macam tertalak Bai'ah bini masing2.

Itulah hebatnya parti tok. Jangan sentuh parti tok. Parti tok sentuh korang takpe sebab guru tok mesti dah buat Solat Istikhorah dulu sebelum mengata kat parti korang.

Bebas Anwar,Datuk Seri Khairuddin kena denggi baru insaf.

Bebas Anwar,Datuk Seri Khairuddin kena denggi baru insaf.
Bekas Timbalan Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan  itu ditangkap pada 18 September lalu dan terkena demam denggi seminggu kemudian ketika di lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Baca komen DS WanAzizah. NYAMUK juga boleh , menyedarkan manusia.

Sokongan secara tiba-tiba seorang bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin didorong oleh pengalaman hidupnya semasa dalam tahanan polis, kata isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Bila kena tahan (lokap), kena denggi mungkin beliau (Khairuddin) sudah insaf.




Tunggu usul Ketua Pembangkang, Wan Azizah tak percaya sama Najib.

Tunggu usul Ketua Pembangkang, Wan Azizah tak percaya sama Najib.
Esok 19 Oktober,  bermula sidang parlimen .Rakyat menunggu usul tidak percaya daripada Ketua Pembangkang, Wan Azizah ke atas Perdana Menteri.

Pas melalui  ucapannya kelmarin menyata sikap  PAS, tunggu dan lihat.

DAP dan AMANAH bersedia untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri  MALAYSIA.

Alang Shukrimun kata Anwar akan jadi macam Saddam Husein, Bashar dan Gadafi.

Alang Shukrimun  kata Anwar akan jadi macam Saddam Husein, Bashar dan Gadafi.
Kaki ampu bawa rebah kepada  Haji Hadi dakwa Anwar Ibrahim akan jadi macam Saddam, Bashar dan Gadafi jika jadi Perdana Menteri.

BARU AMBIGA TAHU DIKTATORNYA PKR, DAP DAN PEKERJA

Ambiga terkenal sebagai pejuang liberal dan demokrasi. Tapi semalam dalam persidangan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan, dia terasa ditipu kerana kewujudan PH hasil dari keputusan yang langsung tak demokratik.

Dakwanya, keputusan dah dibuat sebelum persidangan meja bulat. Mereka hanya dijemput untuk bersetuju dan angguk sahaja. Oleh kerana itu dia bersama Maria Chin ambil keputusan angkat kaki keluar meninggalkan meja bulat yang sebenarnya berbentuk empat segi itu.

Parah. DAP sebuah parti demokrasi. PKR mendakwa perjuangkan dasar demokrasi. Parti Pekerja didokongi pihak yang konon keluar PAS sebab demokrasi. Tapi yang berlaku, seawal penubuhan PH lagi demokrasi telah dicabul.

Ambiga baru tahu apa perasaan TGHH setiap kali dipanggil mesyuarat. Hanya dipaksa jadi rubberstamp untuk keputusan yang telah dibuat. Isu Langkah Kajang, pecat TSKI dan semua, ini sebenarnya kediktatoran yang berlaku oleh mereka yang terlalu takut menerima pandangan pihak lain.

Kita boleh bayangkan bagaimana rupanya kalau PH perintah Malaysia. Anwar akan jadi macam Saddam Husein, Bashar dan Gadafi. Rakyat wajib setuju. Tiada lagi ruang demokrasi. Tiada lagi suara-suara rakyat yang dirai. Nama rakyat pun sudah tiada dalam pakatan ini.

Cara begini akan buat pejuang rakyat lebih benci kepada politikus. Ambiga tak terlibat mana-mana parti, tetapi bekerjasama dengan PR untuk pilihanraya Bersih. Setelah dia tahu perangai sebenar parti politik, saya cukup risau pejuang-pejuang yang berada dalam NGO, individual person dan non partisan movement tidak akan bersama lagi dengan pembangkang.

Malangnya, kebencian kepada kerajaan membutakan kita untuk berfikir cara rasional. Emosi telah menguasai akal. Lalu kesempatan terus diambil dengan cara eksploitasi emosi untuk mencapai kehendak diri. Ditipu hidup-hidup pun mahu percaya lagi. Malang.

(Alang Ibn Shukrimun)

Jika Najib tak salah, kenapa takut disiasat-Wan Azizah.

Jika Najib tak salah, kenapa takut disiasat-Wan Azizah.


Kata Dr Wan Azizah Wan Ismail 

Solidariti ‪#‎SokongSPRM‬! Jika PM Najib tidak buat kesalahan, mengapa takut disiasat secara bebas? Kita gesa Kerajaan Umno-BN hentikan gangguan dan biarkan SPRM membuat siasatan secara telus, bebas dan adil. Kak Wan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pagi ini bersama Ahli-Ahli Parlimen dan pemimpin pembangkang.


Wadah baharu perlu kekal semangat PR-ANWAR IBRAHIM

Wadah baharu perlu kekal semangat PR-ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar wadah baharu yang menggantikan Pakatan Rakyat (PR) menggembleng rakyat pelbagai fahaman untuk terus bersama membina negara.

Menurut bekas ketua pembangkang itu, wadah baharu perlu bersifat lebih menyeluruh dan mengangkat martabat semua orang di Malaysia.

"Dengan muafakat baharu ini, kita perlu menjana perubahan dengan wadah yang lebih kukuh dan utuh – menggembleng tidak sekadar wadah parti malah wadah rakyat yang lebih inklusif, mencakup semua kalangan yang setia pada semangat perjuangan memartabatkan setiap insan di negara Malaysia tercinta," katanya dalam satu kenyataan dikirimkan PKR hari ini.

Beliau turut menyeru wadah baharu itu mengekalkan semangat PR walaupun ia tidak lagi wujud secara rasmi.

"Perkembangan mutakhir yang bermula dengan bibit keretakan, kini mengakibatkan wadah formal PR tidak wujud lagi.

"Namun, saya tegaskan yang semangat dan dasar bersama disepakati PR tetap kekal malah semangatnya perlu ditingkatkan," kata Anwar.

sumber TMI.