Terkini
Showing posts with label hj nizar. Show all posts
Showing posts with label hj nizar. Show all posts

Nizar terus saman Haji Razman, tak perlu guna masjid untuk saman peribadi.

Nizar terus saman Haji Razman, tak perlu guna masjid untuk saman peribadi.
Nizar tetap teruskan saman ke atas Razman Zakaria, PJ PAS yang banyak mulut. Cakap ikut dan.Tidak memikir baik buruk.

Menurut DS Nizar selepas ini , Ustaz Ahmad Awang akan saman Razman Zakaria.Kemudian Haji Asmuni Awi akan menggambil tindakan saman.

AMANAH PERAK tidak perlu buat solidariti untuk Nizar dengan menganjurkan baca yasin atau solat hajat di masjid. INI kes peribadi antara DS Nizar dengan Razman.Cuma kita boleh beri sokongan moral kepada DS Nizar, kerana mulut Hj Razman Zakaria yang tiada "insuran" perlu diajar.

Bukan sedikit , banyak kenyataannya menyinggung perasaan orang,

Razman Zakaria didakwa takut jadi bankrap dan tak boleh jadi MB Perak?

Razman Zakaria didakwa takut jadi bankrap dan tak boleh jadi MB Perak?
Sudah kecoh satu Perak  mendakwa Haji Razman Zakaria , Pesuruhjaya PAS Perak, melalui Setiusaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Zawawi meminta DS Nizar untuk menyelesaikan kes saman fitnah RM 3 juta.

Surat dari Setiausaha PAS Perak meminta DS Nizar datang ke pejabat PAS Perak, pada 9 September 2015 , 3 petang di Ipoh untuk selesai kes saman itu.

Perbincangan dari hati ke hati.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai MENDAKWA Haji Razman takut beliau tidak boleh  bertanding dalam PRU 14 dan sumber itu MENDAKWA  lagi, Haji Razman Zakaria takut kalau beliau boleh diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar saman RM3 juta.

Bertambah pula ada dua saman fitnah dari Ustaz Ahmad Awang dan Haji Asmuni Awi, Pengerusi Amanah Perak.

Adakah patut dia keluar kenyataan DS Nizar hendak sebarkan fahaman sekular DAP dalam PAS kemudian dia saran DS Nizar keluar PAS dan masuk DAP. 

Nizar saman fitnah PJ PAS Perak, Haji Razman RM3juta.

Nizar saman fitnah PJ PAS Perak, Haji Razman RM3juta.
Akibat suruh Nizar masuk DAP, dia terpaksa masuk mahkamah....

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM3juta terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria kerana kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui Tetuan Awi & Co bertarikh 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pihak defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Oktober 2015 jam 9.00 pagi untuk pengurusan kes. Sekiranya defendan engkar hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, penghakiman boleh dimasukan terhadap defendan.

Kenyataan berunsur fitnah tersebut telah disiarkan melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP.

Laporan tersebut mengandungi kenyataan berikut :
“PAS mendokong Melayu Islam dan sultan tetapi Nizar seolah-olah memandang enteng dan kekal komited dengan periuangan DAP sebagai parti yang menyokong pendekatan Negara sekular.”
“Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP, kita tak mahu dalam PAS ini dipenuhi dengan individu-individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti”

Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang pemimpin Melayu yang telah mengkhianati bangsa Melayu dan tidak peka dengan kepentingan dan sensitiviti bangsa Melayu.

Nizar juga mendakwa pernyataan tersebut menuduh beliau sebagai pengkhianat agama Islam demi kepentingan politik beliau dan cuba menyebarkan fahaman secular di dalam Negara ini dan di dalam PAS.

Nizar menafikan kenyataan berunsur fitnah tersebut dan menegaskan bahawa kenyataan Defendan itu sebagai tidak berasas dan fitnah yang serius.

Nizar menegaskan kenyataan berunsur fitnah tersebut telah mengundang beberapa reaksi negative dari rakan-rakan politiknya khususnya PAS dan pembaca akhbar tersebut.

Malah menurutnya lagi, telah menyebabkan musuh politiknya menggunakan kenyataan berunsur fitnah tersebut untuk memburukan dan menjatuhkan kerjaya politiknya.
sumber blog al-Husseyn.


AMANAH PERAK sudah miliki satu DUN, wakil rakyatnya Nizar.

AMANAH PERAK sudah miliki satu DUN, wakil rakyatnya Nizar.
SECARA AUTOMATIK PARTI AMANAH NEGARA SUDAH MEMILIKI LIMA AHLI PARLIMEN DAN LIMA ADUN PAS SEBAIK PARTI ISLAM TERBAHARU ITU DIUMUMKAN PADA 31 OGOS LALU OLEH MOHAMAD SABU

Seramai lima orang ahli parlimen dan lima lagi Adun Pas yg menang kerusi masing2 dlm PRU13 yg lalu, kini berhijrah dan menghidupkan wadah Islam yang baharu dikenali Parti Amanah Negara atau ringkasnya Amanah. Dengan pengumuman mereka bersama Amanah, keahlian Pas mereka secara automatik gugur dan mereka kini tiada kaitan lagi dgn Pas.

YB Dr Mujahid Yusof - Par Parit Buntar
YB Dr Mariah Mahmud - Par Kota Raja
YB Dr Mohd Hatta Ramli - Par Kuala Krai
YB Ir Khalid Samad - Par Shah Alam
YB Hanipa Maidin - Par Sepang
YB Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin - Dun Changkat Jering
YB Aminolhuda Hassan - Dun Parit Yaani
YB Dato' Phahrolrazi Zawawi - Dun Pengkalan Kundur
YB Saari Sungib - Dun Hulu Klang
YB Hasnul Baharuddin - Dun Morib

Terdapat beberapa orang lagi ahli Parlimen Pas dan lebih ramai Adun akan bersama Amanah sebaik parti Islam terbaharu ini dilancarkan. Mereka akan berhijrah secara berperingkat


Nizar ahli Amanah Negara,Pejabat Nizar tetap beroperasi di tempat lama.

Nizar ahli Amanah Negara,Pejabat Nizar tetap beroperasi di tempat lama.
Berita baik untuk penduduk Changkat Jering, Pejabat atau Pusat Khidmat, Adun Changkat Jering, Dato Seri Nizar tetap di tempat yang sama.

DS Nizar , walaupun secara automatik bukan Ahli PAS, beliau masih ADUN.Beliau mewakili AMANAH NEGARA.

DS Nizar sewaktu ditanya pagi tadi, adakah beliau akan terus beroperasi di pejabat sekarang."Ya, " jawab  Nizar.

Sehubungan itu, penduduk boleh bertemu pegawai beliau di pejabat sekarang(asal).

Raikan Jemaah Haji, YB Ustaz Idris Ahmad didakwa larang jemput Nizar.

Raikan Jemaah Haji, YB  Ustaz Idris Ahmad didakwa larang jemput Nizar.
Satu sumber boleh dipercayai menghantar mesej menyatakan YB Ustaz Idris Ahmad meminta Setiausaha PAS Bukit Gantang tidak menjemput DS Nizar meraikan jemaah haji pada 12 Ogos ini, pada 2 petang.Program yang dianjur itu, merupakan kali ketujuh.

 Di bawah ini mesej yang mendakwa YB Ustaz Idris Ahmad melarang menjemput DS Nizar hadir meraikan jemaah haji dalam parlimen Bukit Gantang.

"Assalam  berita sedih betul hari ini. Fadhil dpt whatsApp drpd Ustaz Idris bagi tahu supaya program meraikan jemaah Hj pd hari Rabu 12/8 ini jangan di jemput Dato'Seri Nizar. Sekarang sudah ada pemisahan yg nyata dan jelas dah. Org ramai dan ahli2 Pas perlu tahu hal ini. Cikgu kena buat org ramai tahu hal ini."

Fadhil merupakan Setiausaha Kawasan Bukit Gantang yang juga Pegawai Khas YB Ustaz Idris.

Yes, Presiden!Nizar pun AJK.

Yes, Presiden!Nizar pun AJK.
DS Nizar , jika beliau yes man! dan yes presiden! dia pun boleh jadi AJK. Tetapi beliau ada prinsip.

Dalam pada itu Nizar menegaskan , beliau masih ahli PAS. Beliau belum menyertai mana-mana parti.


Nizar kalau jadi YB untuk GHB sahaja , aku akan hentam.

Nizar kalau jadi YB untuk GHB sahaja , aku akan hentam.
Ds  Nizar, jadilah wakil rakyat untuk semua.Wakil rakyat untuk semua kaum.Bukan hanya berlegar dalam kalangan penyokong #harapanbaru sahaja.

DS Nizar ,  kalau kena kritik dengan penulis, tiada siapa marah. Nizar pula, kalau penulis kritik , beliau boleh mendengar.

Nizar kena ingat #harapanbaru politik pun mahu , dakwah pun mahu.Nizar kalau dia suka labelkan orang, penulis akan hentam "dia".

Nizar, kena ingat beliau ikon rakyat.Tunjuk contoh teladan yang baik, tunjuk akhlak .Jangan dapat "microphone ", kira nak cakap sahaja.

Nizar minta penduduk PERAK datang berduyun-duyun pelancaran #harapanbaru Perak.

DS Nizar , ADUN Changkat Jering yang juga Timbalan Pengerusi GHB Perak meminta penduduk PERAK datang berduyun-duyun ke PELANCARAN GHB PERAK pada 26 Julai (AHAD)ini di IPOH.

UMNO belanja 5 juta ringgit untuk pastikan PASCAI menang-Nizar.

UMNO belanja 5 juta ringgit untuk pastikan PASCAI menang-Nizar.
CHANGKAT JERING-YB Dato Seri  Nizar mendakwa UMNO telah belanja RM 5 juta untuk memastikan PAScai menang dalam pemilihan PAS baru-baru ini.

DS Nizar mendakwa seorang Ketua UMNO bahagian yang juga bekas ahli parlimen , memberitahunya."UMNO  bersama team PAScai guna masa dua tahun ,untuk jatuhkan golongan profesional" dakwa DS Nizar.

"Mereka guna label-melabel, jebon, munafik haraki, golongan liberal, golongan sekular, Anwarinas, tolak hudud , pasma,kepada golongan profesional"ujar Nizar.

"Dengan fitnah, perwakilan memilih pemimpin PAScai"dakwa Nizar."Berkatkah ini?tanya Nizar.

Kami olang undi Nijar.(Nizar)

Kami olang undi Nijar.(Nizar)
Sini parlimen dan dun sape tanding?Nijar tanding kita kasi sama Nijar(Nizar).Kita olang sokong itu Mat Sabu.

"Kita olang mau kasi itu lawan Nijar hilang duit deposit" 

Sertai Gerakan Harapan Baru, jumpa Nizar malam ini kita tanya.

Sertai Gerakan Harapan Baru, jumpa Nizar malam ini kita tanya.
Pada hari ini DS Nizar dijangka melawat pasar ramadhan Bukit Gantang.Beliau akan berbuka dan solat maghrib di Masjid Changkat Jering.

Ds Nizar akan bersolat Taraweh di Surau Ridzuaniah, Taman Simpang, Simpang, Taiping.

Jadi jika ingin bertanya DS Nizar tentang Gerakan Harapan Baru bolehlah berjumpa DS Nizar

Jika Nizar sokong Haji Hadi, beliau akan digelar Pro-Ulamak.

Jika Nizar sokong Haji Hadi, beliau akan digelar Pro-Ulamak.
Ds Nizar pada pemilihan pada kali  menyokong Ustaz  Awang.Jika beliau menyokong TG Haji Hadi, sudah tentu beliau akan dipandang tinggi. Profesional yang ulamak.Ulamak yang berkelulusan jurutera.

NAMUN DS Nizar tetap dengan prinsipnya. Betul  tetap betul, salah tetap salah.Beliau berani menongkah arus, beliau berani mengemukakan hujah.DS Nizar bukan gila jawatan, jika gila jawatan lebih baik beliau mengiakan sahaja pandangan Presiden PAS.

Dengan sokong Presiden, beliau mungkin antara nama yang di"caikan". Tetapi sebaliknya.Nizar jika hendak duit, beliau sudah ada. Tetapi DS Nizar mempertahan prinsip, beliau mahu PAS ganti UMNO, beliau mahu  PR perintah Malaysia. Beliau mahu PAS menunjukkan contoh  akhlak yang baik.Tetapi kini harapan beliau seperti tidak boleh dipenuhi.

Changkat Jering,ada yang panas punggung, apabila Nizar jumpa pengundi.

Changkat Jering,ada yang panas punggung, apabila Nizar jumpa pengundi.
Ada orang tidak senang hati dengan DS Nizar yang terus menyantuni penduduk Di DUN  Changkat Jering.

DS Nizar terus bertemu penduduk di DUN Changkat Jering, sama ada di masjid, surau, pasar malam dan pelbagai tempat.

Mereka tidak senang dengan DS Nizar memberi tazkirah di surau atau masjid.Ds Nizar hanya minta penduduk menjadi rakyat yang baik dan bersikap adil.

Ds Nizar , masih wakil rakyat, jadi beliau berhak bertemu masyarakat, khususnya pengundi beliau.

Nizar kekal Ketua Pembangkang Perak.

Nizar kekal Ketua Pembangkang Perak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menang kerusi itu atas tiket PAS akan kekal sebagai ketua pembangkang Perak, kata Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming, walaupun kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah berakhir.

Nga berkata Nizar yang juga pernah menjadi menteri besar Perak selama 10 bulan ketika Pakatan Rakyat (PR) menang dan mentadbir negeri itu pada 2008, menerima sokongan semua 18 Adun DAP dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Nizar akan kekal sebagai ketua pembangkang walaupun PR tidak lagi wujud dalam negeri ini. Selain wakil daripada DAP, saya percaya Nizar juga memperoleh sokongan daripada 5 lagi Adun PKR,” katanya


PAS perlu ke tahap lebih tinggi, selamatkan negara-Nizar.

PAS perlu ke tahap lebih tinggi, selamatkan negara-Nizar.
"Sampai masanya PAS baharu, nama tak tahu lagi, parti yang baharu yang akan memberikan wadah yang baharu buat rakyat Malaysia bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) yang ada hari ini," kata bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di hadapan ribuan hadirin seluruh negara yang hadir.

"Kita amat yakin dengan sokongan rakyat yang bangun membuak-buak berkehendak wadah baharu yang dipimpin daripada gerakan baru. (Marilah) bersama kami yang sedar bahawa PAS perlu naik ke satu tahap yang lebih tinggi untuk menyelamatkan negara ini daripada ajaran sesat Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tiada pilihan lain, berilah kami sokongan dengan 'wadah' yang baharu dan kami akan bersama-sama saudara menjatuhkan Umno BN," katanya disambut tepukan gemuruh.
(TMI)



Jangan matikan watak Nizar.

Jangan matikan watak Nizar.
Diharap tiada siapa yang dalam PAS akan matikan watak DS Nizar di Perak.Jangan nafikan DS Nizar ikon rakyat di Perak.

Setakat ini di Perak , tiada tokoh dari PAS seperti DS Nizar diterima ramai.

Siapa di Perak yang boleh menggantikan DS Nizar dari Pakaran Rakyat? Belum nampak lagi. Baik Hj Razman, Azli Musa, Dr Zuhdi atau Ustaz Idris , mereka belum boleh menandingi DS Nizar.

Maaf, jika ada yang berkecil hati.

45 foto dan satu klip video untuk bukti Nizar fitnah Najib.

45 foto dan satu klip video untuk bukti Nizar fitnah Najib.
IPOH - Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini menolak bantahan awal bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam kes fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tiga tahun lepas.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim dan Fadhli Ab Wahab.

Dalam penghakimannya, Ikmal Hishan memutuskan bahawa dalam kes fitnah, pihak pendakwaan tidak perlu memanggil 'aggrieved person' (orang yang terkilan) untuk tampil memberi keterangan.

"Saya juga ada membuat kajian berdasarkan satu keputusan kes yang diputuskan di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 15 Jan 2015 berkaitan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Azlan Shah. Sultan Azlan juga tidak dipanggil dalam kes tersebut.

"Namun Mahkamah Rayuan masih mengekalkan sabitan terhadap pesalah itu  ke atas kes penghinaan Sultan Perak. Jadi tidak perlu dalam semua situasi kes 'aggrieved person' dipanggil," jelas beliau.

Terdahulu, peguam yang mewakili Mohammad Nizar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah mengemukakan bantahan awal dan memohon mahkamah melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Besar Perak itu atas alasan perdana menteri tidak menunjukkan minat dalam kes itu berikutan kegagalan beliau hadir ke prosiding semalam. 

Namun, Fadhli dalam hujahnya berkata beliau memohon mahkamah untuk menolak permohonan Mohammad Nizar atas beberapa perkara.

"Antaranya dalam mana-mana kes pendakwaan adalah menjadi budi bicara penuh pendakwa raya dalam memilih saksi-saksi yang akan dipanggil untuk membuktikan pertuduhan. Dalam situasi ini, sama ada pendakwa raya memanggil Datuk Seri Najib atau tidak adalah atas pihak kami," katanya. 

Kemudian pada peringkat ini, pihak pendakwa raya menghujahkan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk melepaskan tanpa membebaskan tanpa mendengar keterangan saksi secara menyeluruh.

"Kuasa untuk melepaskan tanpa membebaskan hanya jika mahkamah dapati pertuduhan tersebut adalah tidak berasas. Adalah terlalu awal atau pramatang untuk dikatakan bahawa dengan tidak memanggil Datuk Seri Najib, pertuduhan terhadap Datuk Seri Nizar tidak berjaya dibuktikan prima facie," katanya. 

Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012. 
   
Mohammad Nizar, yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.
   
Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
   
Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Mohammad Nizar daripada pertuduhan memfitnah Najib selepas membenarkan bantahan awal pihak  pembelaan yang diketuai Mohd Yusof berhubung isu pengadu dalam kes itu.
   
Hakim Rihaida Rafie memutuskan bahawa aduan yang dibuat dalam kes itu cacat dan tidak boleh diterima kerana terdapat kekeliruan siapa sebenarnya yang membuat aduan. 

Bagaimanapun, anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu didakwa semula atas pertuduhan sama pada 30 Januari.

Selepas Ikmal Hishan membuat keputusan itu, beliau memerintahkan perbicaraan kes fitnah Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap perdana menteri diteruskan hari ini yang membabitkan dua saksi iaitu ASP Mohd Uzir Ismail, yang kini berkhidmat di Unit Kajian Kes (siasatan/perundangan/kajian kes) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman serta Sarjan Muhamad Lok Abdullah, berkhidmat di bahagian foto, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Uzir, yang ketika itu merupakan Ketua Polis Balai Simpang Pulai berkata beliau mendapat maklumat awal berhubung satu ceramah akan diadakan di padang permainan atau padang bola, Taman Desa Pakatan, Simpang Pulai.

"Saya bersama sepasukan anggota polis Simpang Pulai telah berada di kawasan berkenaan. Ceramah politik itu dihadiri Sasterawan Negara (Datuk) A.Samad Said, Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat Radzi Zainon dan Datuk Seri Nizar," katanya.

Saksi kedua, Muhamad Lok yang sudah berkhidmat selama 25 tahun berkata beliau telah diarahkan untuk mengambil gambar penceramah-penceramah politik, situasi persekitaran dan kehadiran orang ramai.

"Saya telah mengambil 45 keping gambar menggunakan kamera jenis Canon EOS 30D pada malam itu antara pukul 9.30 malam hingga 11.30 malam. Saya juga mengesahkan kesemua gambar yang ditunjukkan kepada saya adalah gambar yang diambil oleh saya," katanya.

Perbicaraan bersambung esok dan mahkamah dijangka menyaksikan sebuah klip video.  - Bernama

Ustaz Ahmad Awang menang, Nizar boleh jadi PJ Pas Perak.

Ustaz Ahmad Awang menang, Nizar  boleh jadi PJ Pas Perak.
Ds Nizar dari segi logik akal   jika Ustaz Ahmad Awang menang Presiden PAS masa depan politiknya cerah.Tetapi sebaliknya , karier politiknya setakat itu sahaja.

Dengan Haji Razman Zakaria menjadi Pesuruhjaya jika Tuan Guru Abdul Hadi tetap kekal Presiden, masa depan Nizar dijangka terus gelap.

Haji Razman , PJ Pas Perak, jelas tidak sebulu dengan DS Nizar, ikon rakyat.Yang jelas  matinya karier  politik DS Nizar, UMNO akan senyum sampai ke telinga.

Teman-teman UMNO Bukit Gantang pun cukup suka DS Nizar kalah, pemilihan AJK.Senang mereka untuk tawan DUN Changkat Jering dan Parlimen Bukit Gantang,

Nizar, pilih Ustaz Ahmad Awang , dia juga boleh Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Nizar, pilih Ustaz Ahmad Awang , dia juga boleh Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Presiden dan barisan kepimpinan yang baru perlu diwujudkan di dalam PAS bagi memastikan parti itu terus kukuh bersama Pakatan, bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata beliau hanya mahukan parti itu dipimpin oleh individu yang tidak memperkecilkan rakan pimpinan dalam Pakatan demi menjaga keharmonian parti.

"Selepas muktamar apa yang saya mahu ialah muka presiden yang baru dan Pakatan akan kukuh seperti asal pada 2008 yang mana persefahaman pemimpin Pakatan jauh lebih akrab dan tidak keluarkan kenyataan yang memperkecilkan rakan pimpinan Pakatan.

"Presiden perlu baru, perlu juga pimpinan yang baru yang campuran bersama ulama. PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

"Dia (Hadi) boleh cakap Arab, dia (Ahmad) juga boleh bercakap dalam bahasa Arab, dia (Ahmad) boleh bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dia (Hadi) tidak boleh.

"Kita perlukan kepimpinan yang dihormati parti dan negara kita. Dan dengan kepimpinan baru yang raikan Pakatan ia akan menghilangkan khurafat yang mengatakan hanya Umno boleh pimpin orang Melayu," kata Nizar.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.  

Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum itu ialah calon Presiden Ahmad Awang dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Nizar berkata, walaupun beliau tewas untuk mengekalkan jawatan yang dipertua PAS Kawasan Kampar, namun beliau tetap bertanding mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa PAS Pusat pada pemilihan kali ini.

Beliau turut mendakwa, semasa pemilihan PAS kali ini, beliau teruk difitnah "orang dalam parti" berbanding yang pernah dilakukan oleh Umno semasa pilihan raya umum lalu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan individu terbabit.

Nafi tolak ulama

Katanya, fitnah yang dilemparkan bahawa beliau menolak kepimpinan ulama tidak benar sama sekali memandangkan segala kritikan yang diberi kepada kepimpinan PAS demi sayangkan parti.

"Adakah betul kumpulan profesional nak gulingkan ulama sedangkan saya beranggapan kalau tiada ulama (Majlis Syura) untuk tangani masalah yang di bawa Umno, dah lama PAS merudum.

"Ulama sebenarnya yang menyelamatkan parti kerana mereka ada ilmu yang boleh menyelamatkan parti. Tiba-tiba saya hari ini dituduh anti ulama dan nak jatuhkan presiden.

"Sedangkan kalau di dalam mesyuarat, kalau saya beri kritikan itu bermakna saya sayangkan orang tersebut tetapi saya lebih sayangkan parti.

"Saya beri pandangan dan kritikan kerana saya nak mereka membangun, bukankah itu peradaban dalam Islam. Semasa dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Aziz (Nik Mat), saya beri kritikan yang sama dan mereka raikan pandangan mana-mana ahli PAS.

"Hari ini pandangan dalam PAS, kalau kritik presiden, ini lah orang yang sokong bawa rebah," kata ADUN Changkat Jering itu lagi.

Susulan kenyataan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang yang dilapor memberi kata dua kepada perwakilan dan bebas memilih pemimpin sama ada yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya, Nizar mempersoalkan sama ada perwakilan mahukan presiden yang didakwanya menjadi boneka DAP atau Umno.

Menurut Nizar, dalam situasi banyak pihak mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat pihak dalam PAS yang mengeluarkan kenyataan supaya mengekalkan ahli parlimen Pekan itu sebagai ketua negara.

"Umno sekarang dalam keadaaan paling lemah apabila Tun Mahathir Mohamad, (timbalan perdana menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan adik najib turut menghentam (Najib), tetapi ada pihak pula yang kata kekalkan Najib.

"Kalau macam itu saya boleh kata, nak jadi presiden yang jadi boneka DAP atau boneka Umno?" soal Nizar yang mendapat tepukan daripada hadirin. (Sumber malaysiakini)