Terkini
Showing posts with label pandang sisi. Show all posts
Showing posts with label pandang sisi. Show all posts

Ustaz Idris Ahmad , PH mahu perintah Malaysia, bukan Kelantan sahaja.

Ustaz Idris Ahmad , PH mahu perintah Malaysia, bukan Kelantan sahaja.
1.Ustaz YB Idris Ahmad,adakah apabila PH menang di Kelantan mereka akan kekalkan Enakmen Jenayah Syariah Il 1993 (pindaan 2015).Sudah tentulah, insyaAllah.  Mahu tanya Ustaz Idris, adakah Kerajaan PAS sudah laksana semuanya Enakmen tersebut.Semasa perintah Kedahpun mereka tak kelam kabut nak pinda Enakmen Jenayah Syariah

.2.Yb Ustaz Idris Ahmad,pentadbiran bukan sekadar tiada dituduh salah laku oleh SPRM.Pengurusan negeri melibatkan banyak perkara.Bagaimana mengurus alam sekitar, bagaimana mengurus perumahan rakyat, bagaimana mengurus ekonomi  rakyat, bagaimana untuk mengurangkan kes masalah sosial seperti aids, denggi, dadah  atau paling kurang bagaimana kerajaan mengurus masalah sampah semasa musim perayaan.

3.YB Ustaz Idris, PH ingin perintah Malaysia, bukan setakat perintah Kelantan.Kami mahu perintah semua negeri.Kami mahu BN dan rakan sekutunya tidak memerintah lagi.

4. Yb  Ustaz Idris, hujah menyatakan DAP itu seperti Abg Long, ialah hujah UMNO, melalui BTN, JASA, Kemas, MKN dan sekutu UMNO.

5.Ustaz  Idris pergilah Pulau Pinang untuk lihat perkembangan , bagaimana Lim Guan Eng membantu masyarakat Islam.

Bacalah ulasan YB Ustaz Idris.

Alhamdulillah pemimpin PAS yang mentadbir Kelantan tidak lagi dituduh salah laku oleh SPRM. Pemimpin yang cakap serupa dengan bikin.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS

Pilihanraya kali ini jangan undi YB Pasu Bunga.

Pilihanraya kali ini jangan undi YB Pasu Bunga.
Pada pilihanraya umum kali ini,para pengundi disarankan tidak mengundi calon yang hanya berhajat untuk jadi "pasu bunga" dalam sidang parlimen.

Di luar dewan  bising pasal isu masyarakat,di dalam dewan Parlimen ambil sikap berkecuali.Hanya sekadar  menjadi perhiasan.

Tidak kira dari UMNO(BN),PAS,AMANAH ,Keadilan ,DAP atau bersatu,jika calon itu hanya sekadar jadi pasu bunga dalam sidang DUN atau Parlimen wajar ditolak.

Di luar dewan bising isu GST,bising isu 1 MDB,isu kos hidup tinggi,pengangguran ,isu PATI ,pelbagai isu rasuah dan kronisme.Tapi di dalam dewan untuk mengundi tolak bajet tidak berani. Angkat "plakad"  takut-takut. Ini kalilah kita ajar mereka  ,dengan mengundi calon yang betul-betul mahu berkhidmat kepada rakyat.

Pesta Onani:Salehhuddin Nasir minta maaflah

Salehhuddin Nasir  minta maaflah atas keterlanjuran tulisan. Menuduh tanpa bukti  pesta arak,pesta onani.Kemudian meluat melihat pemimpin DAP berbuka puasa bersama orang Islam.Dengar cerita Salehhudin YDP PAS Kawasan Gombak. 

Samaada Changkat Jering atau Sungai Rapat, Nizar mungkin kalah.

Persempadanan semula yang dibuat SPR memungkinkan DS Nizar kalah pada PRU14.Jika beliau bertanding di Dun Changkat Jering atau Sungai Rapat, BN sudah selamat.BN melalui SPR berjaya memindahkan pengundi ke Dun lain. CONTOHNYA pengundi didaerah mengundi Pengkalan Aor , Dun Changkat Jering dipindahkan di Dun Aulong , parlimen Taiping.

Tauke EZQurban tak pecat pekerja ahli PAS,bagi bonus lagi.

Tauke EZQurban  tak pecat pekerja ahli PAS,bagi bonus lagi.
Apa kata Azhar Ab Shukur berkenaan orang PAS mengajak boikot EZQurban, syarikat beliau yang banyak menabur bakti kepada masyarakat.

Saya dan Perniagaan
2,3 hari ni tersebar dari suatu akaun fb yg mndakwa dari PAS Kawasan dotdot dot menyeru agar memboikot perniagaan saya.
Disebabkn serangan itu antara akaun fb PAS dan saya sebagai ahli AMANAH maka saya akan mnjawab sekitar antara 2 parti ini.
Adalah hak mana2 pihak untuk brkempen memboikot mana2 perniagaan atas dasar parti tetapi untuk diri saya sendiri.... saya punya sikap tersendiri terhadap PAS dari sudut perniagaan.

1- Tahun lepas semasa saya brcadang mengerjakan haji, seorang sahabat memperkenalkan kepada satu syarikat travel yg dipunyai oleh ahli PAS. Walaupun akhirnya tak dapat pergi, urusan kami tetap diteruskan dan sehingga kini duit saya masih berada dalam simpanannya. Kami tetap brkawan atas dasar perniagaan malah mana2 orang yg bertanya untuk pergi haji secara swasta, saya perkenalkn ke syarikat tersebut.

2- Setiap kali musim korban, saya menghantar beberapa rombongan ke negara2 tertentu. Tahun lepas, selepas PRK saya mnjemput salah seorang aktivis PAS yg pernah bersama kami di awal perniagaan saya untuk mnjadi duta kembara korban. Beliau kini salah seorang pimpinan tertinggi PAS Negeri dotdotdot.

3- Perniagaan kami brunsur kebajikan. Beberapa sekolah agama kerap mndapat bantuan dari saya secara peribadi mahupun atas dasar syarikat. Ada diantara mudirnya ahli dan pimpinan PAS dan salah satunya Ketua PAS Kawasan dotdotdot.

4. Ada diantara staff saya yg bukan sekadar ahli PAS malah aktivis PAS. Semasa PRK Sg Besar ketika brtanding dulu, beliau turun ke Sg Besar brkempen utk calon PAS. Ha ha ha.... saya bangga dengan beliau kerana berani mempertahankan prinsipnya....tidak saya kutuk mahu pun perli... tidak juga dipecat malah bonusnya tidak dikurangkan.

5. Sebahagian besar saudara dan ipar2 saya adalah ahli PAS. Ada yg pernah suruh saya brtaubat. Apa hal pun, bila tiba musim korban.... anak2nya akan bekerja dengan saya dan yg mana saya mampu, akan saya bantu yg mana patut.
Kesimpulan... walaupun PAS kini mnjadi musuh politik saya selain dari UMNO... tetapi dari sudut perniagaan, kebajikan dan kemanusiaan... saya tak membezakan. 

Saya sedar kawan2 dan staff saya dari PAS yg saya sebutkn di atas tak berapa nak berani pertahankan saya kerana mereka sedar.... kebanyakan 'kawan2' mereka yg didakwa matang itu hanya sekadar slogan.... dan saya tak kecil hati dengan mereka.-Azhar Ab Shukur.

Kena PAS rakyat pilih, YB tinggal PAS diminta letak jawatan

Kena PAS rakyat pilih, YB tinggal PAS  diminta letak jawatan
PAS oh PAS, kenapa pusing-pusing.Macam mana tak pusing, ini jawatan punya pasal.

Apabila terdapat wakil rakyat Pas meninggalkan Pas, mereka desak kosongkan kerusi kerana YB tersebut menang atas tiket Pas.Namun apabila Pas putuskan hubungan dengan PKR dan Dap, mereka masih kekal dalam Kerajaan Selangor kerana rakyat pilih PR untuk merintah Selangor, bukan pilih Pas.

*KENYATAAN RASMI PAS NEGERI SELANGOR BERHUBUNG KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS*

PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Oleh yang demikian PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

Walaubagaimanapun demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU ke 13 lalu maka PAS Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri sehinggalah tamat penggalnya nanti.

*YB Sallehen bin Mukhyi*
_Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor_

11 Mei 2017

Tinggalkan UMNO dan pemberi tongkat.

Tinggalkan UMNO dan rakan sekutu  pemberi tongkat .Undilah  Pakatan Harapan..Daftarlah undi,tak usah  berdegar-degar di alam maya,tetapi "hampas" tak boleh undi.

Beri tunjuk sebab kepada guru langgar prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Beri tunjuk sebab kepada guru langgar prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Tindakan Kementerian Pendidikan menghantar surat tunjuk sebab kepada lima guru bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Pekeliling Perkhidmatan Penjawat Awam yang membenarkan guru untuk berpolitik.
Siikap autokratik kerajaan yang ditonjolkan melalui kementerian itu oleh Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid sewajarnya tidak berlaku.
Menghantar surat tunjuk sebab kepada guru melanggar prinsip Perlembagaan Persekutuan dan juga Pekeliling Perkhidmatan Penjawat Awam Bil. 9/2010 yang membenarkan guru untuk berpolitik yang telah berkuatkuasa sejak 1 Ogos 2010.