Terkini

Merdekakah kita!

'Dan di antara manusia ada orang yang berkata,"kami beriman kepada ALLAH; maka apabila disakiti (kerana ia beriman) kepada ALLAH,ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab ALLAH.Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu,mereka pasti akan berkata;"Sesungguhnya kami adalah bersertamu'.Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada mereka? Dan sesungguhnya ALLAH benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman ,dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang munafiq'
Ankabut;10-11

Ayat ini lelas membayangkan kewujudan golongan yang oppurtunis dari sebarang keadaan yang dialami jamaah.Mereka ini meminggirkan diri semasa susah sebaliknya menonjolkan diri ketika senang.Membiarkan sebahagian kita menjadi korban perjuangan tanpa sebarang pembelaan yang sewajarnya adalah satu tindakan yang tidak sewajarnya malah menzalimi saudara sejamaah.Apatah lagi bertindak menikam dari belakang ataupun membiarkan jamaah tertekan meranduk kegelapan undang-undang draconian.

Tindakan parlimen menggubal akta-akta yang menghakis hak-hak kebebasan rakyat mesti dihentikan.Justeru itu langkah ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan untuk membuktikan kita mahu ketelusan dan kajian mendalam oleh mereka yang pakar dalam bidan DNA.

Dialog peradaban antara kaum perlu direalisasikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.Isu perkauman sempit tidak perlu diutarakan. Sewajarnya kita merapatkan perpaduan yang tidak mampu dicapai oleh BN sepanjang pemerintahan mereka.Kenyataan seorang ketua UMNO bahagian yang menganggap orang Cina sebagai penumpang perlu diambil perhatian.Ini menujukkan mereka tidak merdeka.Masih duduk dibawah kepompong pemikiran penjajah.
Merdekakah kita jikalau masih tidak menerima hakikat negara kita negara berbilang bangsa agar kita saling mengenali.

Dasar Pas sejak 1951 perlu dipertahankan ."Sesungguhnya agama(yang benar dan diredhoi)di sisi ALLAH Islam "Al Imran : 19

Kita mesti yakin Islam sebagai dasar perjuangan . Pas For All menunjukkan keyakinan kita,dan diterima ramai.Namun begitu kita mesti beramal dengan Islam baik melalui perbuatan (bi al-hal)mahupun perkataan(bi al-qaul).

Marilah kita bersedia membina Malaysia baru .Pemerintahan baru kelak berupaya untuk memperluaskan lagi konsep keadilan,ketelusan dan berkebajikan kepada rakyat. Gagasan ini boleh diterjemahkan jikalau harapan ini disahut oleh Ahli Parlimen.Marilah kita bersama-sama berkongsi komitmen rakyat ke arah Malaysia baru.

Bagi kita jadikan Bulan Ramadhan 1430 ini memulakan gagasan Malaysia baru.
Selamat Merdeka dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak.


sisibukit 11.50 am.

0 Response to "Merdekakah kita!"

Post a Comment