KUALA LUMPUR, 19 Sept -- Seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun merupakan mangsa terbaru jangkitan Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 77 orang sehingga Sabtu.
Pelajar itu yang tinggal di asrama sekolah, mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, meninggal dunia pada 11 Sept tetapi hanya dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
"Pelajar berkenaan yang juga dilaporkan menghidapi penyakit asma telah mendapatkan rawatan di hospital pada 7 Sept lepas, akibat demam, batuk dan selesema selama sehari, dan dirawat sebagai kes Penyakit Serupa Influenza (ILI) dan diberikan rawatan pesakit luar", katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Namun setelah didapati simptomnya tidak pulih, beliau berkata pesakit berkenaan dibawa semula ke hospital empat hari kemudian iaitu pada 11 Sept, dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)dan diberikan rawatan antiviral.
"Bagaimanapun pesakit meninggal dunia enam jam selepas dimasukkan ke hospital, dan kematian direkodkan sebagai radang paru-paru yang teruk dengan jangkitan H1N1 dan bakterial tambahan setelah kes disahkan ujian makmal pada 12 Sept lepas", katanya.
Sementara itu, sejumlah 69 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital hari ini untuk rawatan manakala sebanyak 150 kes telah didiscaj.
"Ini menjadikan baki seramai 740 pesakit ILI sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 190 pesakit disahkan positif H1N1," kata Dr Mohd Ismail.
Beliau berkata daripada 190 kes yang telah disahkan H1N1, sebanyak 29 kes berada di ICU di mana tiga kes merupakan kemasukan baru manakala empat lagi kes telah pun keluar dari ICU.
"Daripada 37 kes yang sedang dirawat di ICU, sebanyak 23 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (sembilan), penyakit respiratori kronik (enam), obesiti (lima), kanak-kanak bawah lima tahun (tujuh) dan hamil (dua)," katanya.
BERNAMA

0 Response to "Gadis 15 tahun mangsa H1N1-Menteri Kesihatan BN Gagal."
Post a Comment