Banjir....Matang..
Penduduk membersihkan Masjid Matang atau Masjid Tengku Menteri.
18/09/09- Jumaat:Hujan lebat semalaman dan Air Pasang(Laut) mengakibatkan banjir kilat melanda di sekitar Matang ,Teluk Kertang.
Pengerusi Masjid Tengku Menteri,Matang Pak Itam yang ditemui. berkata ini adalah perkara biasa buat penduduk Matang ,solat Jumaat minggu ini kami pindah ke dewan Sekolah Kebangsaan Matang yang tidak berapa jauh dari sini .Tambah beliau ,aduan telah diajukan ke jabatan-jabatan seperti JPS dan usaha-usaha dari mereka tiada yang berjaya menyelesaikan masalah banjir disini ,kerana tapak masjid ini berada bawah dari paras sungai yang berdekatan(Sungai Rentaka).
"Kami bersiap sedia dengan peralatan seperti pam ,penyapu dan peralatan lain ,apabila hujan turun dengan lebat "kata Pak Itam.
Ahli Parlimen melalui Pusat Khidmat , Insya`Allah akan cuba untuk membina lubang yang dilengkapi" Pam "menyedut air yang dapat digunakan untuk mengepam keluar air dari masjid bila dinaiki air .
Sdr Basher Ahmad Pegawai Khas DS Nizar,akan berusaha untuk meringankan masalah pihak masjid ."Cadangan BINA SISTEM LUBANG BERSAMA PAM,akan disegerakan" kata Sdr Basher. "Kami akan membantu penduduk berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat"ujar Sdr Basher Ahmad.
Masjid Tengku Menteri ,Matang dipenuhi air sungai.
Sementera itu dijalan Telok Kertang,ban Sg Rentaka pecah akibat pokok tumbang dan mengakibatkan lebih kurang 20 buah rumah yang berdekatan dimasuk air .Pihak Jps dan lain-lain jabatan bergegas untuk menutup balik ban ,dan pengaliran air dapat diberhentikan dengan segera.
Seorang penduduk yang ditemui Mohd Talib b Amir bekerja di Kuala Lumpur ,balik beraya dikampung terkejut melihat anak beliau tidur diatas kereta kerana rumah dimasuki air akibat ban pecah.Kerosakan ..carpet kusyen dan peralatan lain....
Sdr Basher Ahmad menyarankan beliau membuat laporan Polis untuk memudahkan kerja mohon bantuan JKM.
sedang membersihkan... lumpur
Mohd Talib...bersabar!
0 Response to "Satu SMS dari DS Nizar:Banjir berlaku di Matang,minta beri bantuan."
Post a Comment