Rupa-rupanya PPD panggil untuk memberi surat tawaran naik pangkat.Kita pergi menerima surat tawaran dan belum membuat keputusan terima atau tidak pada peringkat awal.
Kita pun bertanya sahabat untuk meminta pandangan.Kira-kira pukul 2 petang kita sampai ke sekolah yang ditawarkan.Melihat keadaan rumah sewa yang sukar,sekolah menengah yang jauh,kedai yang jauh serta papan tanda Pas Cawangan pun tiada, kita semakin tawar untuk menerima tawaran kenaikan pangkat.
Kita pun hairan kenapa begitu jauh sekolah yang ditawarkan kenaikan pangkat.Cuba bayangkan dalam pentadbiran PPD Perak Tengah, sekolah terletak dalam Teluk Intan dan berhampiran Daerah Manjung.Sudah tentu jikalau melibatkan mesyuarat terlalu sukar untuk ke Seri Iskandar untuk urusan pentadbiran PPD.
Memang kita sudah nyatakan kepada teman-teman jikalau jauh kita akan tolak tawaran kenaikan pangkat.Biarlah tidak menerima kenaikan pangkat asalkan urusan keluarga dan persekolahan anak berjalan lancar.Mungkinkah sekolah yang jauh untuk menyebabkan kita semakin tidak aktif dan akan terus "beku" dengan politik rakyat.
Untuk teman-teman yang sudah tahu kita ditawarkan kenaikan pangkat,kita akan belanja makan tetapi bukan kerana menerima kenaikan pangkat,tetapi kerana kita masih bersama DS Nizar dan tetap bersama PAS Kawasan.

Saya sekadar bercuti mulai 15 Disember 2009 sehingga doktor menyatakan boleh bertugas,bukan kerana pangkat tetapi kerana memerlukan pembedahan untuk sakit yang dihidapi.
0 Response to "Seronok Dapat Bersama DS Nizar lagi!"
Post a Comment