Terkini

Betapa kental DS Nizar-sanggup menongkah arus!


DS Nizar bergambar di hadapan rumah Tok Ketua Kampung PR Ismail Patani.DS dijamu dengan masakan Kg Cheh oleh keluarga Tok Sidang Ismail.

Hari ini kita bersama DS Nizar .Banyak ilmu yang didapati.Banyak perkara yang dipelajari.Membuat kita berasa sedih kerana kita tidak sekental DS Nizar menghadapi ujian.

Ditakdirkan Allah s.w.t doktor masih memberi cuti setelah 15 hari menjalani pembedahan kecil penyakit tairod.Dalam tempoh cuti ini kita dapat bersama DS Nizar bermula Solat Jumaat hinggalah ke 5.25 petang .

Sewaktu bersama DS Nizar selepas habis tazkirah muslimat untuk minum teh bersama TYDP,Ustaz Abdullah Husein dan penduduk kampung ,kita mendengar DS Nizar memberitahu kini tekanan ke atas beliau semakin hebat.DS Nizar juga menjelaskan kini polis bukan sahaja mengekori beliau di luar rumah tetapi sampai ke perkarangan rumah beliau.

Lalu kita bertanya siapa,adakah polis biasa atau SB."ASP sudah datang ke rumah menunjukkan muka."kata DS Nizar.Beliau menjelaskan mungkin untuk memberi tekanan kepada anak isteri.

Namun kini terdapat anggota unit amal yang bertugas di rumah DS Nizar dalam tempoh sehingga 9 Februari ataupun sehingga selesai proses Bubar Dun Perak."Alhamdullah terdapat pemuda PAS yang bersedia untuk membantu"kata DS Nizar lagi.

Menurut DS Nizar lagi terdapat banyak pihak yang akan membuat provokasi sehinggalah keputusan 9 Februari selesai.

DS Nizar memberi contoh pemalsuan Pegawai Khas DS Nizar yang bernama "HAMZAH".Bagi DS Nizar pihak tv 3 dan tv 9 itu berniat jahat.

Jadi DS Nizar menegaskan ,beliau telah meminta peguam Tuan Hanipa Maidin untuk menyaman pihak TV swasta itu.

"Sebentar tadi saya meminta Peguan Hanipa Maidin untuk menghantar notis kepada pihak berkenaan"tegas DS Nizar."Setelah kita memberi peluang untuk meminta maaf .pihak tv langsung tidak mengendahkan"kata DS Nizar lagi.

Kita difahamkan DS Nizar diberi kawalan .Pergerakan DS Nizar akan dibantu unit kawalan sukarela rakyat. Sudah tentulah Unit Amal kita berperanan.Sewaktu kita bersolat Jumaat tadi pun kita melihat kelibat SB.

Dalam bertemu tenaga muslimat tadi,DS Nizar sempat berpesan supaya kita terus bermunajat ke hadrat Allah s.w.t supaya 9 Februari ini kemenangan kebenaran dan keadilan.

DS Nizar berpesan supaya kita terus bersedia untuk menghadapi pilihanraya dengan menyokong calon PR .

1 Response to "Betapa kental DS Nizar-sanggup menongkah arus!"

  1. lancarkan kutipan derma untuk unit amal yang sukarela menjaga dsNizar, jangan biarkan unit ini terus menabur bakti tanpa sokongan dan dokongan kita semua. Unit yang memberikan segalanya kepada perjuangan parti. sanggup menahan asakan polis, didakwa dimahkamah bantulah mereka dan keluarga mereka, ayuh lancarkan derma untuk unit ini, pastikan unit ini terus subur dan mampu bergerak ke depan melepasi sempadan kaum, agama dan segalanya.

    ReplyDelete