Terkini

Muhyiddin Yassin dengan KPI Bahasa Melayu. Tapi ini belum terlambat!

Kita sudah merdeka hampir 54 tahun. Rupanya Bahasa Melayu tidak mempunyai KPI. Menurut Timbalan Perdana Menteri,Muhyiddin Yassin satu kaedah perlu dirangka bagi menilai tahap pencapaian penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta selain diberi ruang dalam Indeks Prestasi Utama (KPI) di semua peringkat eksekutif.Rupanya Muhyiddin terlepas pandang dengan Bahasa Melayu.

Muhyiddin Yassin mencadangkan dalam era kepemimpinan yang menekankan kepada KPI untuk memastikan segala dasar dan perancangan pembangunan negara tercapai dengan optimum, dasar bahasa juga perlu diberi ruang dalam KPI.


Nampak betul Muhyiddin Yassin otak pilihanraya.Musim terdapat KPI ,baru teringin buat KPI untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Bukan buat KPI atas dasar kebertanggungjawab,tetapi kerani era KPI.


“Penilaian ini lebih menjurus kepada tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dengan diberi keutamaan dan status sewajarnya, sebagai contoh urusan surat menyurat, pengendalian mesyuarat, ucapan serta perbincangan." kata Muhyiddin Yassin dekat musim pilihanraya ini.


Cuba tanya Guru Bahasa Melayu, adakah mereka dapat komputer riba untuk P & P atau dapat elaun 5 peratus daripada gaji kerana mengajar Bahasa Melayu. Mereka yang dapat guru Bahasa Inggeris dan Guru Matematik Sains. Guru Bahasa Melayu yang mencelikkan pelajar dengan bahasa kebangsaan dipinggirkan.


Kita jangan hipokrit, sebenarnya Bahasa Melayu di zaman Mahathir /BN perintah , tak banyak sangat berkembang.Sampai kini kita lihat Menteri BN bercakap dalam TV ,Bahasa Inggeris.Zaman Khir Johari jadi Menteri Pelajaran hilang tulisan jawi.Zaman Mahathir perkenal PPSMI. Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia.Padahal dalam perlembagaan tiada pun Bahasa Malaysia,yang ada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.


0 Response to "Muhyiddin Yassin dengan KPI Bahasa Melayu. Tapi ini belum terlambat!"

Post a Comment