Terkini

Sudah dua orang mati ,masih kes terpencil,itulah menteri BN.

Sudah menjadi resam BN apabila berlaku kematian,mereka akan menyatakan kes terpencil.Mana mungkin satu pusat latihan kepolisian yang dikatakan terbaik dunia dan sentiasa bersih serta selamat boleh mendapat musibah penyakit kencing tikus itu.


Negara kita negara sudah merdeka lebih 53 tahun.Jangkitan Adenovirus tidak sepatutnya berlaku di Pusat Latihan Polis.Jika berlaku di kawasan pedalaman ,kita pun tidak berasa khuatir.Seolah-olah Kuala Lumpur dan Pulapol sudah tidak selamat bagi penduduk.


Lihatlah sikap Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin hari ini hanya mampun memberi jaminan bahawa jangkitan 'Adenovirus' yang mengorbankan dua nyawa pelatih Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) setakat ini, tidak akan merebak ke tempat lain.

Beliau berkata virus itu dikategorikan sebagai virus 'isolated' (terpencil)dan hanya memberi kesan kepada kawasan sekitar, namun ia sedang dipantau ketat oleh kementerian agar tidak berulang.



Virus itu dikesan pada 4 Mac, dan pada Selasa lepas, ia mengorbankan seorang pelatih di institut itu Mohd Azizan Azizi, 21, dan awal pagi ini seorang lagi pelatih, Inspektor Mohd Redzuan Ishak meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

2 Responses to "Sudah dua orang mati ,masih kes terpencil,itulah menteri BN."

  1. Awak nak macam mana?? terpencil lah tu sebab dia hanya dalam Pulapol.. Kira ok kementerian nak kawal supaya tak merebak.. kalau dibiarkan je.. tak susah.. tikus tu haiwan kecik bang.. susah nak kawal walaupun Malaysia ni bersih.. dia bukan idup kat tempat kita nampak.. kalau dah dasar pembangkang.. keja membangkang je kan?? isk

    ReplyDelete
  2. Lepas ni kera jaan akan buat syarat baru utk masuk pulapole; "hidup mati tanggung sendiri, kera jaan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan"

    Cuba humbankan timb. mentri tu kat pulapole... baru betul punya terpencil...

    ReplyDelete