Terkini

Otak singkat apabila Dr Mashitah Ibrahim mengaji tak habis!

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi digesa mengangkat sumpah bagi menafikan beliau terlibat dalam kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang membuat gesaan itu berkata, sebagai seorang Islam, Anwar harus mengangkat sumpah sekiranya tiada bukti untuk dikemukakan bagi menegakkan kebenaran dalam kes itu.


“Saya juga mahu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah supaya bertanya kepada beliau kenapa tidak berani mengangkat sumpah bagi menafikan terlibat dalam kes tersebut.


“Mereka berdua sepatutnya lebih mengenali Anwar, jadi mereka perlu menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya mengambil tindakan yang sama seperti Mohd. Saiful Bukhari yang sudah dua kali mengangkat sumpah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Beliau mengulas tindakan Anwar yang enggan mengangkat sumpah sebaliknya hanya berani membela diri dalam kandang tertuduh – yang tidak memerlukannya mengangkat sumpah.


Tambah Mashitah, Anwar juga sepatutnya mengangkat sumpah bagi menafikan beliau tidak terlibat dalam video aksi seks yang dikaitkan dengan dirinya.


“Adakah Anwar takut termakan sumpah sekiranya beliau menafikan perkara yang benar-benar berlaku?” soalnya.

PS: Otak singkat orang bergelar doktor falsafah.Tidak berhujah berdasar hukum dan fakta.Berhujah berdasarkan nafsu UMNO.

0 Response to "Otak singkat apabila Dr Mashitah Ibrahim mengaji tak habis!"

Post a Comment