Namun ulasannya terhadap undang-undang ala-ISA ke atas Dr Aziz Bari amat menarik.
Profesor kangkung dan mengkangkung dunia akademik,satu istilah baru hasil kebobrokan pemerintahan UMNO.
Bagi penduduk Bukit Gantang ,Hj Mat Sabu akan bersama mereka pada 25 Oktober ,bermula 8.00 malam di Sungai Tinggi ,DUN Trong.
Marilah kita mengikuti pandangan Mat Sabu di bawah.
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Tindakan ala-ISA ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari akan 'mengkangkungkan' lagi dunia akademik negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Di negara kita sudah terkenal gelaran 'profesor kangkung' yang diberikan kepada pembodek-pembodek yang berjaya mendapat pangkat besar di universiti-universiti hasil membodek dan kemudian bercakap merapu melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah.
"Tindakan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) menggantung tugas Dr Abdul Aziz akhirnya akan melengkapkan tindakan menjadikan dunia akademik negara ini sebagai sarang dan dunia professor kangkung," kata beliau.
Mohamad juga menyifatkan tindakan menggantung tugas Dr Abdul Aziz sebagai tindakan ala-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Itu tindakan ala-ISA. Dia belum sempat dan tidak diberi peluang yang munasabah untuk membela diri terus digantung.
"Nampak benar kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ketagih ISA seperti ketagih dadah dan cakap-cakap kononnya hendak hapuskan ISA adalah pembohongan dan helah semata-mata," katanya sambil merujuk dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ISA akan dihapuskan oleh kerajaannya.
Sambil memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama di dalam protes di Masjid UIA membantah tindakan ke atas pakar perlembagaan itu lantaran berada di luar negara, Mohamad berkata tindakan sedemikian sukar dielakkan oleh pelajar dan rakyat yang mahu menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung.
"Rakyat yang berkesedaran tidak ada pilihan melainkan menggerakkan lebih banyak protes sedemikian bagi menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung.
"Jika perkara itu berlaku, dunia akademik negara ini pasti menjadi dunia yang sangat hina dan apa maknanya rakyat negara ini menghantar anak-anak mereka ke universiti-universiti?
"Tidakkah berdosa dan mengkhianati ilmu jika menghantar anak-anak belajar kepada professor-professor kangkung yang hina, penjilat dan langsung tidak bermaruah?" kata beliau.
0 Response to "Patutlah SMS 'waiting' Mat Sabu ada di luar negeri."
Post a Comment