Terkini

INDEKS PERSEPSI RASUAH 2011 : MALAYSIA DI KEDUDUKAN TERCOROT PERAK TURUT DAPAT KESAN


IPOH : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan kedudukan Malaysia yang berada pada tangga ke-60 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dalam dunia adalah sebagai sesuatu yang mengaibkan dan harus dimuhasabah oleh Barisan Nasional. Malaysia yang dahulunya sebaris dengan Korea Selatan,Singapore dan Taiwan kini jauh ditingalkan di belakang.

Tambah beliau lagi, adalah sesuatu yang pelik bilamana negara seperti Macau dan Bhutan mempunyai rekod yang lebih baik berbanding Malaysia. Saban tahun menunjukkan Malaysia semakin jatuh daripada tangga ke-36 pada tahun 2001 dan adakah perkara ini akan berterusan menjelang tahun 2020?


Ustaz Abu Bakar Hussain menjelaskan bahawa, gejala rasuah yang berleluasa ini bakal merosakkan ekonomi negara lantas melemahkan lagi nilai mata wang Ringgit Malaysia. “Adakah ini yang kita gelar sebagai Transformasi Berjaya sedangkan Malaysia berada di tangga ke-60 di samping mempunyai hutang sebanyak RM 437.2 billion?”, soal beliau.


Pesuruhjaya PAS Perak itu juga turut menyentuh tentang hutang awam kerajaan negeri perak yang bertambah ke RM 952.45 juta pada tahun 2010 akibat pengurusan ekonomi yang terlalu memfokuskan pada projek-projek besar.

Pada hujung ayat beliau, Pesuruhjaya PAS Perak mengingatkan pada smeua tentang sepotong ayat Quran yang mencela perbuatan rasuah :

“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”
Al Baqarah : 177

0 Response to "INDEKS PERSEPSI RASUAH 2011 : MALAYSIA DI KEDUDUKAN TERCOROT PERAK TURUT DAPAT KESAN"

Post a Comment