Terkini

NFC,Lepas menteri pencen baru kabinet sedar kena tipu-Mahfuz Omar.

ALA LUMPUR, 12 Dis: PAS mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil memberi penjelasan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diluluskan pada zaman beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, adalah tidak wajar jika tekanan hanya diberikan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sahaja, sedangkan projek yang dianugerahkan kepada syarikat suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat itu diluluskan sendiri oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertanian.


"Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri sahkan wang dikeluarkan kepada akaun khas dengan kelulusan pihak kementerian pertanian.


"Siasatan menyeluruh wajib diadakan bukan sahaja kepada dakwaan penyalahguanaan wang RM250 juta itu oleh keluarga Shahrizat, tetapi juga kena siasat pihak kementerian dan kabinet," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.


PAC sebelum ini juga mendedahkan duit RM250 juta tersebut habis dikeluarkan dari tahun 2008 hingga 2009, namun perjanjian hanya dibuat pada 2010.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini juga menjelaskan bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri.

"Apakah jawatankuasa itu sahaja yang buat keputusan? Tanpa kelulusan kabinet?


"Muhyiddin selaku bekas menteri juga perlu dipertanggungjawab. Kita nak tahu apa bentuk perbincangan yang menyebabkan kabinet luluskan projek ini," katanya.


Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, rakyat tidak mahu kes Fidlot ini sama mengulangi apa yang berlaku pada skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) di mana kabinet hanya sedar ditipu hanya selepas menteri berkenaan bersara.


"Lepas menteri pencen baru kabinet sedar kena tipu.

"Kita tidak mahu Fidlot ini jadi macam PKFZ, sebab itu kita minta siasatan menyeluruh ketika semua menteri terlibat masih belum pencen lagi ni," katanya.

1 Response to "NFC,Lepas menteri pencen baru kabinet sedar kena tipu-Mahfuz Omar."