Terkini

Zambry Kadir punya rekod buruk- Dr Raja Ahmad Iskandar.

IPOH: Pemuda PAS Perak melihat Bicara Negawaran Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Ipoh 5 Disember lalu memberikan mesej penting kepada kepimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai ‘orang nombor satu’ di Negeri Perak.


Timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, teguran Tun Mahathir itu berpaksikan kepada kepimpinan semasa terutama di Perak yang mana BN pernah tumbang pada tahun 2008 dahulu.


“Sedar atau tidak, Zambry adalah penyokong Anwar Ibrahim ketika dipecat sebagai Timbalan Presiden Umno dahulu dan menyebabkan beliau tiada tempat di dalam Umno selepas itu.


Pada tahun 2002, tiba-tiba jawatan Ketua Pemuda Umno Perak telah disandang oleh Zambry selepas penyandangnya, Nasir Ismail melepaskan jawatannya secara sukarela.


Tahun sebelumnya, Zambry tumpas untuk merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Lumut daripada penyandangnya Datuk Mohd Wajidi Datuk Mohd Ishak ketika itu.


Katanya, tentu rakyat Pulau Pangkor tahu bagaimana Zambry berjaya menjadi calon DUN kawasan tersebut tahun 2004 yang dahulu disandang oleh Datuk Wajid.


“Jelas Zambry bukannya ‘naik’ mengikut landasan sebenar sebelum ini dan kami melihat, teguran Mahathir berkaitan Shahrizat agar faham keperluan meletak jawatan turut memberikan peringatan kepada Zambry,” ujarnya.

0 Response to "Zambry Kadir punya rekod buruk- Dr Raja Ahmad Iskandar."

Post a Comment