Terkini

Baru selesai bawa DS Nizar bertemu penduduk Bukit Gantang.

Baru selesai bawa DS Nizar  bertemu penduduk Bukit Gantang.
Penulis baru sampai rumah setelah bersama DS Nizar bertemu penduduk Bukit Gantang.Petang tadi bersama DS Nizar dan Ustaz Idris Ahmad dalam program jamuan raya Dun Changkat Jering.

InsyaAllah foto dan berita dari DS Nizar akan penulis paparkan nanti.

Bagi mereka yang berkelapangan esok DS Nizar akan bersolat Suboh di Masjid Bukit Gantang.Sementara itu pada pukul 10.00 pagi DS Nizar akan meraikan jemaah haji dari Parlimen Bukit Gantang di Surau Qariah Bt 6,Changkat Jering.

Maaf berita agak personal. Seronok dapat ikut DS Nizar pada hari ini 24 September 2011.

Mat Indera tidak bunuh Masyarakat Melayu- SC Atan Awang.

Mat Indera tidak bunuh Masyarakat Melayu- SC Atan Awang.

KUALA ROMPIN - Meskipun Muhammad Indera atau lebih dikenali sebagai Mat Indera dikatakan berfahaman komunis, namun lelaki berpendidikan agama itu, tidak mahu membunuh masyarakat Melayu.


Demikian pengakuan bekas Konstabel Polis Khas (SC), Atan Awang, 84, menyifatkan Mat Indera sebagai warak dan berpendidikan agama.


Menurut Atan, dia pernah berkawan dengan rakan Mat Indera ketika bertugas di Segamat, Johor.


“Rakannya memberitahu Mat Indera tidak pernah membunuh orang Melayu, meskipun dia berfahaman komunis,” katanya kepada Sinar Harian.


Atan berkata, Mat Indera adalah orang kanan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.


“Saya percaya Mat Indera bukanlah pembunuh orang Melayu dan dia bukan untuk dijulang dan diangkat sebagai hero atau dijadikan kempen politik oleh pihak tertentu berkepentingan,” katanya.


Menurutnya, semasa dia bertugas di Segamat, Mat Indera ketika itu di Muar, Johor sememangnya mempunyai kelebihan luar biasa.


“Sejarah tetap sejarah dan ia tidak boleh diubah dan kita tak perlu mengiktiraf Mat Indera sebagai pahlawan mahupun pemberontak negara kerana dia sudah tiada lagi di dunia ini,” katanya.


Atan meminta semua pihak tidak membangkitkan isu Mat Indera kerana ia menyebabkan ahli keluarga Allahyarham tertekan dengan pelbagai isu yang cuba dikaitkan dengannya.


“Saya percaya Mat Indera tidak sanggup melihat nyawa bangsanya rebah di tangannya sendiri,” katanya.SH ***********rakam foto sejarah kekejaman Inggeris :Samsung Galaxy Tap 1*

Pandang Sisi:SC,HG dan anggota polis sebelum merdeka semuanya bekerja untuk penjajah Inggeris. Contohnya Sarjan Che Wan ,polis Kerajaan British di Daerah Pasir Puteh,mati ditikam oleh Tok Janggut pada 28 April 1915.

Pada 16 Disember 1891 Dato'Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk Terua.

Memperingati dua dekad Pondok Pak Ya terbakar.

Memperingati dua dekad  Pondok Pak Ya terbakar.

YAN: Selepas lebih dua dekad, keluarga 27 pelajar Sekolah Agama Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah yang terkorban dalam kebakaran pada 1989, berkumpul buat pertama kali semalam bagi memperingati kejadian itu.


Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 Sept itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung bersama 27 penuntut, manakala enam berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan kecederaan lain termasuk patah pinggang.


Pengelola Program Memperingati 27 Syuhada Kebakaran Pondok Pak Ya 1989, Mohd Fikri Abd Razak berkata majlis itu bertujuan mengumpulkan buat pertama kali keluarga semua mangsa yang terlibat.


"Hampir tiga bulan saya dan tiga rakan Alumni (Pondok Pak Ya) lain mencari 27 keluarga mangsa tragedi tersebut kerana alamat yang ada tidak lengkap," katanya kepada Bernama, di sini.


Beliau berkata pada majlis itu mereka berpeluang bertemu semula dengan yang lain termasuk yang terselamat dan berkongsi cerita mengenai pengalaman selepas tragedi.


Maklum balas yang diterima daripada ibu bapa dan keluarga mangsa sangat baik dan rata-rata mahukan sekolah mengadakan majlis ini setiap tahun, kata Mohd Fikri.


Majlis itu yang berlangsung di sekolah tersebut dimulakan dengan slot pengkisahan oleh mangsa yang terselamat, diikuti majlis tahlil di pusara 27 yang terkorban.


Selain itu, turut diadakan pameran yang memaparkan gambar mangsa serta laporan berita mengenai tragedi tersebut.


Sementara itu, seorang mangsa yang terselamat Hartini Awang, 35, berkata program berkenaan membuatkan beliau terkenang ramai kawan karibnya yang terkorban dalam tragedi tersebut.


Katanya beliau nekad meredah api yang marak bagi menyelamatkan diri, mengakibatkannya mengalami lecur di tangan dan muka.


"Selepas berjaya keluar dari asrama itu saya melihat semua lapan bangunan asrama yang kami tinggal terbakar," katanya yang kini bekerja di Jabatan Perangkaan di Sungai Petani.


Yusof Lebai Hassan, 72, pula tidak dapat menahan sebak apabila mengingati adik bongsunya Maryani yang terkorban dalam kejadian itu.


Katanya ketika kejadian, arwah adiknya itu baru berusia 14 tahun.


"Saya masih ingat seminggu sebelum kejadian arwah minta duit belanja kerana dia tak dapat balik ke rumah kami di Sungai Ibor, Gurun," katanya. - BERNAMA

###Ke mana perginya Laporan Suruhanraya yang menyiasat dan memberi pandangan berkaitan sekolah agama rakyat.

***With UMobile, the world will now be your work and play space.****

Mat Sabu tak datang ke Jamuan Raya Dun Changkat Jering.Dia banyak urusan negara.

Mat Sabu tak datang ke Jamuan Raya  Dun Changkat Jering.Dia banyak urusan negara.
Ramai yang bertanya tentang Mat Sabu. Dahulu semasa kenduri durian di tempat yang sama Mat Sabu datang.

Untuk majlis pada kali ini,Hj Mat Sabu tak datang kerana dia sibuk dengan urusan negara.Mat Sabu banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO pada PRU 13 nanti.

Kita tunggu tarikh Mat Sabu bila dia datang Bukit Gantang.***blackberry foto raya ****

PAS Bukit Gantang perlu kuat,untuk halang UMNO Bukit Gantang pergi bermukim.

PAS Bukit Gantang perlu kuat,untuk halang  UMNO Bukit Gantang   pergi bermukim.
Seperti bulan lain bulan ini ,bulan yang padat dengan program PAS Kawasan Bukit Gantang. PAS Bukit Gantang melalui Dewan-dewan Muslimat,Pemuda dan Urusan Ulamak terus bekerja mendekati masyarakat ,melalui program dakwah dan politik.

Untuk bulan Septemberi ini ,terdapat dua ceramah .Pada 27 September ,Ceramah PAS Ganti umno di Permatang Raja,DUN TrongPenceramah YB Ir Amirudin Hamzah dan Hj Razman Zakaria.

Sementara itu 29 September ,Ceramah DS Nizar di Taman Berkat,Simpang bersama Hj Razman Zakaria.

Program-program lain seperti menyantuni penduduk tetap berjalan,tazkirah terus berjalan.Contohnya pada 25 September ini bermula pada 10.00 pagi ,DS Nizar dan Ustaz Nordin akan meraikan jemaah haji dari Parlimen Bukit Gantang,di Surau Bt 6,Changkat Jering.

Justeru itu PAS Bukit Gantang perlu terus kuat dan bekerja,bagi menghalang UMNO Bukit Gantang keluar kawasan untuk membantu kempen kawasan lain atau mengacau negeri pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kita tunggu ketibaan DS Nizar,yang namanya disebut selalu Zambry Kadir.


Pada 24 September ini ,Majlis Tindakan DUN Changkat Jering akan menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri .Program bermula pada 3.oo petang sehingga 6.00 petang.

Majlis Jamuan Raya ini akan berlangsung di Perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen,Taman Damai,Simpang Taiping.

Pemimpin utama yang dijangka turut hadir, Ustaz Idris Ahmad,Pengarah Tarbiah PAS Pusat.

Sudah tentulah ketibaan DS Nizar dinanti-nantikan kerana, Zambry Kadir sering menyebut nama DS Nizar sewaktu dia 'mengendeng ' penduduk Changkat Jering,baru-baru ini. ***minum untuk tenaga ****

DS Khalid Abu Bakar marah anak Mat Sabu tuduh polis sebagai dalang .

DS Khalid Abu Bakar marah anak Mat Sabu  tuduh polis  sebagai dalang .
Timbalan Ketua Polis Negara ,DS Khalid menasihatkan Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden PAS Mat Sabu supaya tidak membuat kenyataan sembarangan terhadap polis tanpa mempunyai bukti.

Datuk Seri Khalid Abu Bakar menegaskan , kenyataan anak lelaki Timbalan Presiden PAS itu yang menuduh pihak polis sebagai dalang dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini adalah menghairankan dan tidak masuk akal.


“Jangan cakap sembarangan. Sudahlah bapak dia cakap lepas, janganlah anak pun sama jugak.


“Kalau tiada asas untuk membuat tuduhan sedemikian, jangan,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat pangkalan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua di Tampoi hari ini.


Dalam pada itu berita dipetik melalui Bernama Online, jika Ahmad Saiful mempunyai bukti menyokong dakwaannya bahawa polis terlibat, anak Mat Sabu boleh membuat laporan polis atau jika enggan berbuat demikian, boleh berjumpa dengannya atau Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.***blackberry info pantas****

Pendakwaraya dari Putrajaya ,untuk mematikan karier politik Mat Sabu?

Pendakwaraya  dari Putrajaya ,untuk mematikan karier politik Mat Sabu?
Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.


Apa yang menarik terdapat niat pihak berkuasa Putrajaya untuk mematikan karier politik tokoh masa depan PAS ,Mat Sabu . Hal ini jelas dengan kehadiran pihak pendakwa dari Putrajaya.


Dua orang pendakwaraya itu didatangkan khas dari Putrajaya.Sepatutnya pendakwaraya dari Pulau Pinang sudah cukup kerana hanya Mahkamah Seksyen,Butterworth yang akan memutuskan.


Selain itu, Mat Sabu turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.


Pihak pendakwa yang didatangkan khas dari Putrajaya itu ,meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mat Sabu tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jelas dengan jaminan yang diminta oleh pihak pendakwa itu ada unsur untuk menyusahkan Mat Sabu.

Tiga Pegawai SPRM Samun KLIA Dilucut Tugas

Tiga Pegawai SPRM Samun KLIA Dilucut Tugas

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikecualikan dan dilucutkan daripada sebarang tugasan siasatan.


Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini, Selasa.


Menurut SPRM ketiga-tiga pegawai itu bukan terdiri daripada pegawai kanan tertinggi suruhanjaya itu seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini, dan menganggap dakwaan yang dibuat oleh akhbar itu adalah sesuatu yang serius.


SPRM berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendakwa tiga pegawai kanan tertinggi SPRM ditahan polis Selangor kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang pengurup wang di KLIA pada 15 Sept lepas.


Menurut suruhanjaya itu, pihaknya sedang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang dijalankan berkaitan kes berkenaan.


"Memandangkan siasatan ini adalah di bawah bidang tugas pihak polis, SPRM berkeyakinan dan percaya bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus mengenai dakwaan tersebut," menurut suruhanjaya itu. - BERNAMA

Zambry Kadir antara rakyat yang baik dan Miss Bikini Malaysia.

Zambry Kadir  antara rakyat yang baik dan Miss Bikini Malaysia.

Antara ucapan Zambry Kadir di Surau Larut Tin ,dalam Dun Changkat Jering 14 September lalu meminta penduduk menjadi rakyat yang baik.


Kemudian di DUN Pangkor pihak berkuasa membenarkan Miss Bikini Malaysia berlangsung.Wakil Rakyatnya MB Perak.


Apakah di Surau Larut Tin haram dan di Pangkor Island Beach Resort halal?


Jadi tidaklah hairan orang UMNO menyertai PAS,kerana sikap hipokrit Zambry.

"Miss Bikini Malaysia": MB, Mufti Perak digesa nyatakan pendirian.

"Miss Bikini Malaysia": MB, Mufti Perak digesa nyatakan pendirian.
IPOH, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak menuntut penjelasan Menteri Besar Perak, dan Mufti berhubung penganjuran Pertandingan Full Moon Beach Party (FMBP) yang bakal diadakan di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti.


Program itu juga difahamkan turut akan mempertandingkan Miss Bikini Malaysia.


Setiausahanya, Salman Saleh berkata pihaknya terkejut apabila penganjuran itu turut diiklankan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan juga dipromosikan melalui laman sosial Facebook.


"Jesteru itu, kami menuntut penjelasan berikutan sudah tersebarnya hebahan pertandingan tersebut yang jelas amat memalukan.


"Kami juga amat kecewa kerana ianya diadakan di kawasan (Menteri Besar) Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang kini sebagai orang nombor satu negeri Perak dan memegang portfolio agama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.


Tambahnya lagi, program pelancongan ini yang di bawah kendalian Datuk Hamidah Osman perlu peka dan sensitif terhadap perkara ini.


"Kami juga memohon Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri (Dr) Haji Harussani Zakaria agar memberikan nasihat kepada Kerajaan Negeri Perak di dalam isu ini," desaknya.


Beliau juga mahu program tidak bermoral tersebut dibatalkan dengan kadar segera.

Zizan pelakon filem Hantu Bonceng mohon maaf.

Zizan pelakon filem Hantu Bonceng mohon maaf.

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pelawak Mohd Razizan bin Abd Razak kerana berani mengakui kesilapan dan telah memohon maaf.


Ianya berhubung satu babak beliau dalam filem Hantu Boceng yang jelas menghina Rasulullah.


Mohd Razizan atau lebih dikenali sebagai Zizan dalam babak tersebut menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan), sekaligus mengundang kontroversi.


Bagaimanapun Zizan dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas Dewan Pemuda PAS pusat dan beberapa pihak lain mengecam tindakannya itu yang dilihat keterlaluan.


"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan," kata ketuanya, Nasrudin Hassan.


Menyatakan pendirian terhadap kegiatan seni, Nasrudin berkata Dewan Pemuda PAS sentiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya.


Namun Islam ujarnya mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.


"Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati.


"Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini," katanya.

Kes Mat Indera:Mat Sabu bebas dengan jaminan RM15,000

Kes Mat Indera:Mat Sabu bebas dengan jaminan RM15,000

BUTTERWORTH, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.


Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.


Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.


Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.******ganyang UMNO dengan galaxy*****

1,011 laporan polis, akhirnya Mat Sabu didakwa hari ini.

1,011 laporan polis, akhirnya Mat Sabu didakwa hari ini.
Polis akan mendakwa Mat Sabu mengikut Seksyen 500 Kanun Kesiksaan iaitu fitnah.Semuanya hasil 1011 laporan polis yang dibuat berdasarkan ceramah Mat Sabu di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

Mat Sabu akan didakwa di Mahkamah Seksyen,Butterworth pagi ini.Bagi mereka yang berkesempatan bolehlah ke Mahkamah Seksyen ,Butterworth.****info cepat******

Geng budak sekolah lempar Bom Petrol ke rumah Mat Sabu.

Geng budak sekolah lempar Bom Petrol ke rumah Mat Sabu.
Blog Milo Suam melaporkan rumah Mat Sabu dilempar bom petrol. Ini perangai budak sekolah,yang tak dak teloq.

Budak sekolah mereka tahu mereka salah ,mereka tahu tiada hujah ,jadi mereka tak berani berdepan .Lantas mereka gunakan bom petrol untuk menunjukkan kekuatan.

Betul-betul perangai budak sekolah lewat 90an. Berani di belakang,takut berhadapan secara terbuka,



Hishamuddin Rais turut menyiarkan bahawa ada cubaan untuk membakar rumah Mat Sabu di blog beliau. Bagaimana pun hanya pagar rumah Mat Sabu yang berjaya dibakar.


Tambah menghairankan, lampu jalan berhampiran turut terpadam seolah-olah sudah ada perancangan rapi dari si pengkhianat [Tukar Tiub].


Biasanya semut kat dalam hutan pun Polis boleh tahu IP Adressnya, boleh tahu alamat facebooknya malah boleh tahu tarikh lahir jirannya.


Kita lihat nanti betapa susahnya Polis nak tangkap pengkhianat yang baling bom petrol ni, cari jarum dalam laut pun tak susah macam ni.


ReJaM© "Kalau rumah Najib yang kena baling, tak sampai dua minit..."milo suam

Hantu Bonceng hina Islam.- Nasrudin Tantawi

Hantu Bonceng hina Islam.- Nasrudin Tantawi
Pemuda PAS menyatakan kekesalannya terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem "berbaur penghinaan kepada Islam" diterbitkan untuk tontonan umum, seperti filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham.


NONEKetuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.


Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).


"Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan," katanya.


Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.


Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Kehadiran Zambry Kadir di Bukit Gantang ,tidak menghalang 54 orang ahli UMNO jadi Ahli PAS.

Pak Hussain Mat Isa menyerah borang 54 orang Ahli UMNO ,Cawangan Kg Kelubong,Sg Tinggi,dalam DUN Trong untuk menjadi Ahli PAS kepada Ustaz Zulkifli Ahmad,TYDP PAS Kawasan Bukit Gantang.Turut kelihatan Ustaz Norazli Musa,Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Perak.
Borang Pak Hussain Bin Mat Isa berusia 74 tahun ,dulu menjadi Ahli UMNO kini meninggalkan UMNO untuk bersama parti PAS.
Penduduk Kg Kelubong dan kawasan sekitar meraikan kemasukan Ahli UMNO kepada Parti Islam Se Malaysia ,Kawasan Bukit Gantang.


Kehadiran Zambry Kadir pada 14 dan 15 September lalu di Parlimen Bukit Gantang,tidak dapat menghalang ahli UMNO Bukit Gantang menyertai PAS.

Pada malam kelmarin sejumlah 54 orang ahli UMNO cawangan Kampung Kelubong,Sungai Tinggi menyerahkan borang menyertai PAS.

Penyerahan borang dilakukan oleh Pak Hussain Mat Isa mewakili penduduk Kg Kelubong.Apa yang menarik di rumah Pak Hussain, UMNO cawangan Kg Kelubong ditubuhkan pada tahun 1966.

Selepas 45 tahun ,dalam sambutan kemerdekaan ke 54 ,di rumah Pak Hussain ini pula berlaku penyerahan borang menjadi ahli PAS. Selepas ini dijangka ramai lagi akan menyerah borang kemasukan menjadi Ahli PAS.

Di fahamkan UMNO cawangan Kg Kelubong menjadi lumpuh.Dengan izin Allah s.w.t satu kubu UMNO berjaya ditembusi PAS.

Hanya 100 ratus orang sambut Menteri Besar di Kuala Sapetang.

Hanya 100 ratus orang sambut Menteri Besar di Kuala Sapetang.
Baru-baru ini Zambry Kadir menggempur Parlimen Bukit Gantang.Kehadiran sebagai Menteri Besar Perak tidak sangat dirasai penduduk Bukit Gantang.

Semua program dibantu agensi kerajaan.Semua jemputan melalui arahan.Dengan program sepatutnya Osman Jailu boleh uruskan,terpaksa menggunakan Zambry Kadir untuk "cover line"kegagalan wakil rakyat mesra UMNO "itu.

Dari turap jalan,bagi geran tanah,bagi net book dan bantuan untuk penduduk miskin ,semuanya sepatutnya Osman Jailu boleh buat,tetapi Zambry terpaksa digunakan.

Cuma Osman Jailu tak boleh buat menyampaikan Tazkirah Maghrib di Surau Larut Tin seperti Zambry Kadir pada 14 September lalu.

Dalam pada itu teman-teman di Kuala Sapetang memberitahu penulis hanya 100 orang penduduk sambut Zambry Kadir.Hal itu pun disebabkan mereka ada kepentingan perniagaan dan projek.Hampir 3000 orang penduduk Kuala Sapetang tak kisah pun Zambry datang.

Hayatnya masih panjang:Imam Majid(PKMM) Pejuang Kemerdekaan.

Terbaring tapi masih mampu tersenyum



Abdul Majid Salleh atau lebih dikenali sebagai Imam Majid menyambut mesra kehadiran kami dengan senyuman walaupun keadaannya tidak mengizinkan. Beliau merupakan tokoh yang disegani khususnya dalam memperjuangkan kemerdekaan.Beliau sangat aktif bergiat dalam mempertahankan hak asasi seperti Kesatuan Sekerja. Beliau adalah tokoh terpenting dalam mengasaskan PKMM sebab itu beliau pernah menjadi Pimpinan Kanan PKMM. Malangnya, Imam Majid telah luput ditelan zaman. Bakti dan sumbangannya tidak pernah dinobat dan dihebahkan. Sumbangannya hanya tertulis dibuku- buku usang yang tersimpan digebuk- gebuk. Generasi ke generasi mengabaikannya, apatah lagi generasi muda yang lebih kenal Hazama AF.



Ketua Kesatuan Boroh Johor

Ustaz Akmal Kamarudin dan Ustaz Zawawi Abu Hassan dalam lawatan menelusuri Jejak Pejuang Kemerdekaan.

Kisah Perjuangan Imam Majid Yang Telah Dibukukan

Menjadi Pengerusi Mesyuarat

Lihat, Nama Imam Majid dan Mat Indera sebagai Setiausaha.
Imam Majid pernah ditawarkan untuk menjawat jawatan Menteri di Singapura. Beliau pernah berjuang dengan Mat Indera di Johor sebagai Setiausaha.
Tuduhan komunis terhadap Mat Indera dianggap sebagai "melampau".

























Beliau pernah menjadi rakan sejawat dengan Mat Indera, dan Imam Majid menyifatkan Mat Indera sebagai pejuang yang berani. Menurut anak Imam Majid, jika ada tayangan filem Bukit Kepong di tv, beliau akan berkata, "bohong"!! dan beliau akan terus menceritakan hal sebenar yang berlaku di Bukit Kepong. Kasihan kami melihat keadaan Imam Majid yang telah dilupakan. Hanya tinggal di rumah sewa. Tiada anugerah dari Kerajaan. Paling tidak hadiahkanlah tanah kerana beliau tokoh yang berpengaruh suatu ketika dahulu.


Inilah bahananya jika UMNO terus mengadakan propaganda yang tidak berasas, lantas pelbagai lapisan masyarakat sekarang ini sedang membuka helaian demi helaian sejarah kemerdekaan seterusnya membuka rahsia penipuan yang selama ini ditaja oleh UMNO. Bak kata pepatah, "SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK" kan dah lebam- lebam. Wahai tentera- tentera Allah teruskanlah berjuang demi mendaulatkan Agama Islam di muka bumi...TAKBIR!!!!sumber blog Teratak Kampung.